Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, April 30, 2005

24th KL International Book Fair


Rasanya hari ini nak pi melawat KL International Book Fair di PWTC. Harap-harap janganlah terlalu ramai artis yang datang kalau ramai yang datang confirm orang lebih kearah artis dari kea rah buku.

Contohnya macam tahun lopeh laa..poning kepalo den.Moga-moga dapek den beroleh buku yang bermanfaat hari nie.ameenn.
-------------------------------------------------------------
" Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".(Al-A'raaf:132)

Cinta Abadi


Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal.

Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta.Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai.CINTAILAH SESIAPA PUN, ASALKAN CINTA ITU DAPAT MEMBERI LORONG YANG SEBAIK- BAIKNYA UNTUK KITA TERUS MENYINTAI ALLAH. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain….

Cinta suci tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat.

Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.Jikalau cinta seseorang itu benar2 hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah.Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya Cinta nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya?Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri.

Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan.

Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Nota kaki :
Artikel ini diperolehi dari email seorang sahabat.Syukran sahabat…
-------------------------------------------------------------
" Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya .(Az-Zumar:32)

Friday, April 29, 2005

Sheikh Saad Said al-Ghamidi


Mungkin ramai di antara kita biasa mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Sheikh Saad Said al-Ghamidi di corong-corong radio.

Dan mungkin juga ada di antara kita ada memiliki koleksi CD dan MP3 nya. Alhamdulillah bacaan ayat-ayat suci oleh Sheikh Saad al-Ghamidi biasa didengari di radio IKIM.fm selain dari suara Sheikh Abdul Rahman Sudais dan Sheikh Mohd Ayub.
Minggu lepas ana ada dapat link untuk mendownloadkan surah-surah yang dibaca oleh Sheikh Saad Said al-Ghamidi dari seorang officemate. Untuk sahabat-sahabat yang mahu mendownloadnya bulih lah melayari di link di bawah ini.

Teringat dulu pernah bagi CD Sheikh Saad Al-Ghamidi pada seorang sahabat. Dan empat atau lima bulan selepas itu ada pula orang bagi cd tu pada ana. Alhamdulillah...Rezeki….TQ sahabat-sahabat.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Sheikh Saad Said al-Ghamidi.
--------------------------------------------------------------
"Dan sesungguhnaya telahpon diejek-ejekkan Rasul-Rasul yang diutuskan sebelummu (Wahai Muhammad), lalu Aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku timpakan mereka dengan azab; maka tidak terperi seksanya azabKu itu.(ar-Ra’ad:32)

Tuesday, April 26, 2005

Warisan John Paul II


Assalamualaikum warahmatullah ….
Artikel diperolehi dari akhi Ahmad Mustafa dari Suaraulama Yahoogroups, dan telah kutambah serba sedikit. Agak menarik artikel akhi Ahmad Mustafa ini.

Lama betul rasanya tidak menulis, kesibukan tugas yang kebelakangan ini memerlukan diriku berada di site membuatkan a bit hectic dan tidak berkesempatan untuk menulis. Bila di site confirm tiada internet connection. Kadangkala email di upis hanya mampu dibaca tatkala sudah sampai di rumah itupon setelah disavekan di thumbdrive. Contohnya email akhi Ahmad Mustafa ini.

Warisan Pope?

Antara perjuangan Pope yang menjadi ikutan para pemikir Islam dan bukan Islam ialah dialog antara agama, kesatuan agama dan pluralisme. Pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah muncul sejak tahun 1932 lagi. Gagasan dialog antara agama adalah gagasan yang sangat keji dan terlalu asing bagi umat Islam. Ia sebenarnya adalah suatu bentuk pemikiran keji yang dibawa oleh Barat yang mana sebelumnya tidak pernah muncul di dalam dunia Islam. Gagasan ini bertujuan untuk mencari "titik persefahaman" antara agama atau cuba membentuk agama baru. Jika kita perhatikan Tafseer dan asbab turunnya surah Al-Kafirun kita akan mampu menakwilkan satu kesimpulan yang mana Islam adalah untuk orang-orang yang beriman, tiada galang gantinya Islam walau sesaat. Propaganda Barat ini mahukan umat Islam dipesongkan dan di bentuk supaya bersetuju bahawa semua agama sebagai agama yang "baik".

Antara kesilapan utama dialog ini adalah bertujuan untuk mencari “titik persamaan”, inilah yang silap, kesilapan besar, alangkah indahnya jika dialog ini yang intipatinya untuk mencari kebenaran. Mencari kebenaran akan apa yang diperselisihkan oleh puak-puak yang telah menyelewangkan kebenaran yang datuk nenek mereka ketahui. Mencari kebenaran yang telah lama hilang dari penganut-penganut agama lain. Tidak salah untuk kita membongkar kekeliruan yang mereka timbulkan dalam hasil-hasil tulisan mereka melalui proses pembelajaran yang bersistematik bagi memantapkan usaha dakwah kita. Dengan belajar kita mampu membezakan kekeliruan yang mereka utarakan.

Gagasan “titik persamaan” dicetuskan oleh Perancis semasa mengutuskan delegasinya untuk berunding dengan ulama al-Azhar di Kaherah, bertujuan membahas idea penyatuan tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Gagasan ini diteruskan dengan direalisasikan dengan Persidangan Paris 1933 yang dihadiri oleh para orientalis dan misionaris dari berbagai universiti dari Barat. Persidangan antara agamaan dengan an diadakan sedunia telah berlangsung pada tahun 1936 dan merupakan persidangan terakhir sebelum perang dunia II, dan selepas itu Barat mula sibuk mengadakan persidangan yang serupa sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1964, Paus Paulus VI menulis sebuah risalah yang menyerukan dialog antara agama. Selanjutnya pada tahun 1969, Bandaraya Vatican telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk: Alasan Dialog Antara Kaum Muslim dan Kaum Kristian. Sepanjang dasawarsa 70-an dan 80-an lagi telah diadakan lebih daripada 13 pertemuan dan persidangan untuk dialog antara agama dan peradaban sedunia. Tidak ketinggalan juga umat Islam sendiri menjadi jaguh dialog antara agama di tempat mereka sendiri.

Justifikasi Dialog Antara Agama.

Pada mulanya, para peserta persidangan agama mencadangkan agar membendung aktiviti "kekufuran" dan atheism yang wujud dalam negara Kesatuan Soviet pada masa itu yang berideologikan komunisme. Di samping itu juga, sikap mereka yang ingin membela "orang yang beriman" di muka bumi (konsep Unity of Faith) serta memandang kebenaran yang bersifat relatif dan nisbi. Di mana tidak boleh mana-mana individu mendakwakan bahawa agama mereka adalah yang paling benar. Kebenaran bagi meraka mestilah datang dari suara majoriti dengan menggunakan kaedah demokrasi.

Apabila telah dibentuk justifikasi-justifikasi, maka timbul beberapa cadangan ke arah kesama-rataan agama dalam banyak dialog dan persidangan sedunia. Di mana antaranya ialah:

1- Memberi definisi dan dimensi baru kepada beberapa istilah antaranya kufur, atheis, syirik, iman, Islam, moderat, ekstrem, terorisme dan fundamentalisme. Akhirnya istilah tersebut tidak akan menjadi faktor pemecah belah kepada penganut agama yang berbeza.

2- Mencari titik persamaan atau titik pertemuan antara Islam, Kristian dan Yahudi yang meliputi aspek akidah, moral dan budaya. Bertujuan mewujudkan kesatuan agama (unity of faith), kerana pada dasarnya ahli kitab adalah orang yang beriman yang menyembah Allah.

3- Mencipta piagam yang serupa dengan hak asasi manusia. Bertujuan agar dapat hidup harmoni dan memantapkan perdamaian antara sesama agama yang berbeza. Ini dapat dilakukan dengan menghilangkan keyakinan batas-batas prinsip agama masing-masing dan menghapuskan sikap permusuhan dalam budaya bangsa dan politik negara.

4- Melakukan pembinaan semula terhadap sejarah dan kurikulum pendidikan dengan menghapuskan perkara yang membangkitkan kemarahan. Serta pembahasan akidah dan ibadah juga perlu diubah.

5- Memerlukan pemahaman yang sama terhadap beberapa perkataan yang berbeza seperti keadilan, perdamaian, wanita, hak asasi manusia, demokrasi, etika kerja, pluralisme, kebebasan, masyarakat madani dan lain-lain lagi.

Orang-orang kafir memang tidak berupaya menjauhkan kaum muslimin dari akidah mereka. Oleh yang demikian mereka memerlukan missionaries dan orientalis, dengan mengeluarkan artikel dan jurnal kebudayaan dengan memanipulasikan politik, ideologi dan media. Walaubagaimanapun semua ini gagal. Tindakan mereka ini telah digambarkan oleh Allah dalam Al Quran yang berbunyi:

"……Mereka tidak henti-hentinya memerangi kalian sampai mereka dapat mengembalikan kalian dari agama kalian (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu…." (al-Baqarah:217)

Jadi mereka pun menggunakan institusi sah di negara mereka dan di negara umat Islam seperti universiti dan pusat pendidikan, dewan gereja dunia dan menjalin kerjasama dengan gerakan-gerakan Islam. Oleh itu, penggunaan istilah dan ungkapan-ungkapan yang mempunyai makna tidak jelas seperti reformasi, globalisasi, civilasation, universal knowledge dan etika, keharmonian, toleransi, kesederhanan dan membuang fanatisme dan ektrimisme untuk menipu umat Islam.

Orang-orang kafir Barat sentiasa memperbaiki berbagai pemikiran yang bersumber dari ideologi kapitalis dan mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Akibatnya sebahagian kaum muslimin dan yang sedihnya pejuang Islam sendiri menyangka ia berasal dari Islam. Pemikiran yang terpesong itu, seringkali menjadi perdebatan adalah demokrasi, kebebasan, plularisme politik dan lain-lain lagi. Sebaliknya perkataan Islam seperti jihad, hudud, poligami disifati sebagai kolot dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba canggih dan maju. Nyata sekali pemikiran seperti itu adalah pemikiran yang dibentuk daripada pemikiran kapitalis. Di mana kapitalis menggunakan fakta sebagai sumber hukum, bukan menundukkannya sebagai objek penerapan hukum. Serta manfaaat seringkali dijadikan sebagai standard untuk mengambil dan menolak sesuatu hukum, dan bukannya halal dan haram.

Orang kafir inginkan semua agama dan peradaban adalah universal melalui dialog ini. Orang kafir juga berkehendakkan orang Islam dapat beritegrasi ke dalam semua aspek budaya Barat. Kerana Islam dianggap agama yang tidak mempunyai peradaban. Dengan begitu dialog antara agama ini hanya ditujukan kepada kaum muslimin.

Khatimah

Wahai Kaum Muslimin yang mulia,

Kita diperintahkan melakukan amal perbuatan sesuai dengan hukum Islam, kerana kewajiban ke atas kita untuk menyesuaikan amal perbuatan dengan segala perintah dan larangan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

"….apa yang diberikan Rasul kepadamu maka ambillah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.." (al-Hasyr : 7)

Maka setiap perbuatan umat Islam mestilah terikat dengan hukum syara', diharamkan mengambil pandangan dan pemikiran yang datang daripada selain Islam (contohnya Barat). Dialog antara agama dan antara peradaban untuk mencari titik persefahaman dan peradaban baru manusia adalah ilusi dan khalayan semata-mata. Justeru itu, mesti dilakukan pertembungan pemikiran (ash-shira' al-fikri) di antara agama dan peradaban, bukannya kesefahaman. Akhirnya hak dan batil, kehinaan dan kemuliaan akan dapat diketahui. Allah SWT berfirman

"Buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, sementara yang memberi manfaat kepada manusia akan tetap ada di bumi. (ar-Ra'd:17)

Apa yang telah diperjuangkan oleh Pope John Paul II sebenarnya adalah aktiviti memurtadkan umat Islam beramai-ramai. Aktiviti ini adalah aktiviti terancang dan teratur yang disokong dan dibantu dari segala sumber oleh negara-negara kafir Barat dan mereka-merka yang membenci Islam. Oleh yang demikian umat Islam, wajib menyediakan segala persedian yang termampu untuk melakukan pertembungan dan konfrantasi melawan musuh Islam. Sama-sama kita renungkan, tatkala Pope John Paul II mula memimpin tampuk Gereja Roman Katholik pada Oktober 1978, dianggarkan kira-kira 887 juta pengikut gereja Roman Katholik. Dan tatkala dia disemadikan di bawah Basilika St Peter pengikut gereja Roman Katholik sudah bertambah kepada 1.1 billion. Peningkatan hampir 20% sepanjang 26 tahun pemerintahan Pope John Paul II. Siapakah sasaran golongan gereja ini? Asia dan Afrika…..Two major continent that had been the objective for this church to control.

" Dan sediakan akan kamu kekuatan apa sahaja dan dari kuda yang tertambat untuk mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu.. (al-Anfal:60)

Daulah Khilafah adalah persedian yang paling signifikan untuk menagkis serangan ini dan dapat mengalahkan segala bentuk serangan orang kafir. Daulah Khilafah akan terjun turut serta ke medan pertarungan baik yang berbentuk fizikal dan jihad (ash-shira' al-madi') mahupun pertarungan pemikiran (ash-shira' al-fikri). Semua ini ditujukan dalam rangka menyebar-luaskan peradaban Islam yang tinggi dan benar serta memusnahkan peradaban kapitalis palsu dan rosak.

Wallahua'lam.

Nota kaki:
Semalam semasa membaca koleksi email-email terjumpa satu artikel yang agak menakutkan. Perkara ini bukan perkara baru. Telah banyak kali diriku mendengar perkara ini di kuliah-kuliah cuma tiada pengkhabaran nya sahaja di dada akhbar.
50,000 Remaja Melayu Lembah Klang mohon murtad

--------------------------------------------------------------
Katakanlah (Ya Muhammad) Hai orang-orang kafir. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tiada menyembah apa yang aku sembah. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pula tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku. (Al-Kafirun : 1-6)

Sunday, April 17, 2005

Hi-Tea


Alhamdulillah hari nie kami sekeluarga berpeluang untuk ber Hi-Tea bersama keluarga di sebuah hotel di Seremban.

Waktu sampai-sampai dan masuk sahaja entrance hotel den sedikit terkejut dengan promosi yang diadakan. Tatkala masyarakat gusar dengan pelbagai isu keruntuhan akhlak hotel nie dengan selamba buat this kind of occasion yang den ghaso jarang ado kek seremban.

Den terpikir, betul ker bondo nie dibuek? Hish …… Kalau betul lah benda nie ada, tak mustahil apa yang kubaca di Mingguan Malaysia hari ini benar-benar berlaku di Malaysia.

Sapa yang baca posting Astora Jabat ari nie (Mingguan Malaysia) mesti terkejut dengan apa yang ditulis oleh dio, kesumbangan, keruntuhan akhlak remaja dan juga masyarakat kita dah terlalu pelik.. Tapi part yang paling tak best artikel dio nie mesti ado unsur-unsur mengampu dan mengutuk PAS. Itulah style AJ, semua orang tahu..

Monday, April 11, 2005

Kesempatan mencoret seketika


Assalamualaikum warahmatullah ….

Alhamdulillah, semalam baru berkesempatan membeli dua majalah yang mesti kubeli setiap bulan, majalah I dan juga majalah Anis.

Saja je beli sedikit lewat dengan tujuan agar segala urusan yang lebih utama diselesaikan terlebih dahulu sebelum mebeli majalah-majalah ini.

Part yang best semalam tengok front page majalah I, ustaz Ismail Kamus tu di frontpage majalah I, terkezut sekejap den. Ustaz nak bagi kuliah pon payah ini plak ado kat front page majalah I, alhamdulillah.

Jangan lopeh nie majalah I berkubur dek kerana wajah ustaz di front page sudah. Dahlah ini antara majalah ilmiah yang bulih den kategorikan sebagai menarik dan wajar dimiliki oleh setiap individu. Harganya plak murah sesangat, RM4.90 sahaja jika dibeli terus dari kedai-kedai buku. Kalau langganan lain lah harga dia,25% off.

Banyak juga paparan menarik bulan nie, antara yang best ialah artikel Ust Dr Mohd Asri tentang pro dan kontranya Islam Hadhari yang mana kosa kata yang lebih sesuai digunakan ialah Pendekatan Islam Hadhari rather than Islam Hadhari itu sendiri. Penjelasan dan kupasan yang menarik oleh dr. Asri.

InsyaAllah jika berpeluang untuk menyalin semula artikel berkenaan akan ku kongsi di sini. Ada beberapa individu yang menyarankan agar disalin dan disebarkan dialam siber ini agar mereka yang tidak dapat memiliki dapat membaca dan mencerna apa yang ditulis oleh ilmuwan-ilmuwan ini, insyaAllah jika ado kosempatan den type balik semula.

Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
"Dan sesungguhnaya telahpon diejek-ejekkan Rasul-Rasul yang diutuskan sebelummu (Wahai Muhammad), lalu Aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku timpakan mereka dengan azab; maka tidak terperi seksanya azabKu itu.(ar-Ra’ad:32)