Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, April 26, 2005

Warisan John Paul II


Assalamualaikum warahmatullah ….
Artikel diperolehi dari akhi Ahmad Mustafa dari Suaraulama Yahoogroups, dan telah kutambah serba sedikit. Agak menarik artikel akhi Ahmad Mustafa ini.

Lama betul rasanya tidak menulis, kesibukan tugas yang kebelakangan ini memerlukan diriku berada di site membuatkan a bit hectic dan tidak berkesempatan untuk menulis. Bila di site confirm tiada internet connection. Kadangkala email di upis hanya mampu dibaca tatkala sudah sampai di rumah itupon setelah disavekan di thumbdrive. Contohnya email akhi Ahmad Mustafa ini.

Warisan Pope?

Antara perjuangan Pope yang menjadi ikutan para pemikir Islam dan bukan Islam ialah dialog antara agama, kesatuan agama dan pluralisme. Pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah muncul sejak tahun 1932 lagi. Gagasan dialog antara agama adalah gagasan yang sangat keji dan terlalu asing bagi umat Islam. Ia sebenarnya adalah suatu bentuk pemikiran keji yang dibawa oleh Barat yang mana sebelumnya tidak pernah muncul di dalam dunia Islam. Gagasan ini bertujuan untuk mencari "titik persefahaman" antara agama atau cuba membentuk agama baru. Jika kita perhatikan Tafseer dan asbab turunnya surah Al-Kafirun kita akan mampu menakwilkan satu kesimpulan yang mana Islam adalah untuk orang-orang yang beriman, tiada galang gantinya Islam walau sesaat. Propaganda Barat ini mahukan umat Islam dipesongkan dan di bentuk supaya bersetuju bahawa semua agama sebagai agama yang "baik".

Antara kesilapan utama dialog ini adalah bertujuan untuk mencari “titik persamaan”, inilah yang silap, kesilapan besar, alangkah indahnya jika dialog ini yang intipatinya untuk mencari kebenaran. Mencari kebenaran akan apa yang diperselisihkan oleh puak-puak yang telah menyelewangkan kebenaran yang datuk nenek mereka ketahui. Mencari kebenaran yang telah lama hilang dari penganut-penganut agama lain. Tidak salah untuk kita membongkar kekeliruan yang mereka timbulkan dalam hasil-hasil tulisan mereka melalui proses pembelajaran yang bersistematik bagi memantapkan usaha dakwah kita. Dengan belajar kita mampu membezakan kekeliruan yang mereka utarakan.

Gagasan “titik persamaan” dicetuskan oleh Perancis semasa mengutuskan delegasinya untuk berunding dengan ulama al-Azhar di Kaherah, bertujuan membahas idea penyatuan tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Gagasan ini diteruskan dengan direalisasikan dengan Persidangan Paris 1933 yang dihadiri oleh para orientalis dan misionaris dari berbagai universiti dari Barat. Persidangan antara agamaan dengan an diadakan sedunia telah berlangsung pada tahun 1936 dan merupakan persidangan terakhir sebelum perang dunia II, dan selepas itu Barat mula sibuk mengadakan persidangan yang serupa sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1964, Paus Paulus VI menulis sebuah risalah yang menyerukan dialog antara agama. Selanjutnya pada tahun 1969, Bandaraya Vatican telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk: Alasan Dialog Antara Kaum Muslim dan Kaum Kristian. Sepanjang dasawarsa 70-an dan 80-an lagi telah diadakan lebih daripada 13 pertemuan dan persidangan untuk dialog antara agama dan peradaban sedunia. Tidak ketinggalan juga umat Islam sendiri menjadi jaguh dialog antara agama di tempat mereka sendiri.

Justifikasi Dialog Antara Agama.

Pada mulanya, para peserta persidangan agama mencadangkan agar membendung aktiviti "kekufuran" dan atheism yang wujud dalam negara Kesatuan Soviet pada masa itu yang berideologikan komunisme. Di samping itu juga, sikap mereka yang ingin membela "orang yang beriman" di muka bumi (konsep Unity of Faith) serta memandang kebenaran yang bersifat relatif dan nisbi. Di mana tidak boleh mana-mana individu mendakwakan bahawa agama mereka adalah yang paling benar. Kebenaran bagi meraka mestilah datang dari suara majoriti dengan menggunakan kaedah demokrasi.

Apabila telah dibentuk justifikasi-justifikasi, maka timbul beberapa cadangan ke arah kesama-rataan agama dalam banyak dialog dan persidangan sedunia. Di mana antaranya ialah:

1- Memberi definisi dan dimensi baru kepada beberapa istilah antaranya kufur, atheis, syirik, iman, Islam, moderat, ekstrem, terorisme dan fundamentalisme. Akhirnya istilah tersebut tidak akan menjadi faktor pemecah belah kepada penganut agama yang berbeza.

2- Mencari titik persamaan atau titik pertemuan antara Islam, Kristian dan Yahudi yang meliputi aspek akidah, moral dan budaya. Bertujuan mewujudkan kesatuan agama (unity of faith), kerana pada dasarnya ahli kitab adalah orang yang beriman yang menyembah Allah.

3- Mencipta piagam yang serupa dengan hak asasi manusia. Bertujuan agar dapat hidup harmoni dan memantapkan perdamaian antara sesama agama yang berbeza. Ini dapat dilakukan dengan menghilangkan keyakinan batas-batas prinsip agama masing-masing dan menghapuskan sikap permusuhan dalam budaya bangsa dan politik negara.

4- Melakukan pembinaan semula terhadap sejarah dan kurikulum pendidikan dengan menghapuskan perkara yang membangkitkan kemarahan. Serta pembahasan akidah dan ibadah juga perlu diubah.

5- Memerlukan pemahaman yang sama terhadap beberapa perkataan yang berbeza seperti keadilan, perdamaian, wanita, hak asasi manusia, demokrasi, etika kerja, pluralisme, kebebasan, masyarakat madani dan lain-lain lagi.

Orang-orang kafir memang tidak berupaya menjauhkan kaum muslimin dari akidah mereka. Oleh yang demikian mereka memerlukan missionaries dan orientalis, dengan mengeluarkan artikel dan jurnal kebudayaan dengan memanipulasikan politik, ideologi dan media. Walaubagaimanapun semua ini gagal. Tindakan mereka ini telah digambarkan oleh Allah dalam Al Quran yang berbunyi:

"……Mereka tidak henti-hentinya memerangi kalian sampai mereka dapat mengembalikan kalian dari agama kalian (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu…." (al-Baqarah:217)

Jadi mereka pun menggunakan institusi sah di negara mereka dan di negara umat Islam seperti universiti dan pusat pendidikan, dewan gereja dunia dan menjalin kerjasama dengan gerakan-gerakan Islam. Oleh itu, penggunaan istilah dan ungkapan-ungkapan yang mempunyai makna tidak jelas seperti reformasi, globalisasi, civilasation, universal knowledge dan etika, keharmonian, toleransi, kesederhanan dan membuang fanatisme dan ektrimisme untuk menipu umat Islam.

Orang-orang kafir Barat sentiasa memperbaiki berbagai pemikiran yang bersumber dari ideologi kapitalis dan mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Akibatnya sebahagian kaum muslimin dan yang sedihnya pejuang Islam sendiri menyangka ia berasal dari Islam. Pemikiran yang terpesong itu, seringkali menjadi perdebatan adalah demokrasi, kebebasan, plularisme politik dan lain-lain lagi. Sebaliknya perkataan Islam seperti jihad, hudud, poligami disifati sebagai kolot dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba canggih dan maju. Nyata sekali pemikiran seperti itu adalah pemikiran yang dibentuk daripada pemikiran kapitalis. Di mana kapitalis menggunakan fakta sebagai sumber hukum, bukan menundukkannya sebagai objek penerapan hukum. Serta manfaaat seringkali dijadikan sebagai standard untuk mengambil dan menolak sesuatu hukum, dan bukannya halal dan haram.

Orang kafir inginkan semua agama dan peradaban adalah universal melalui dialog ini. Orang kafir juga berkehendakkan orang Islam dapat beritegrasi ke dalam semua aspek budaya Barat. Kerana Islam dianggap agama yang tidak mempunyai peradaban. Dengan begitu dialog antara agama ini hanya ditujukan kepada kaum muslimin.

Khatimah

Wahai Kaum Muslimin yang mulia,

Kita diperintahkan melakukan amal perbuatan sesuai dengan hukum Islam, kerana kewajiban ke atas kita untuk menyesuaikan amal perbuatan dengan segala perintah dan larangan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

"….apa yang diberikan Rasul kepadamu maka ambillah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.." (al-Hasyr : 7)

Maka setiap perbuatan umat Islam mestilah terikat dengan hukum syara', diharamkan mengambil pandangan dan pemikiran yang datang daripada selain Islam (contohnya Barat). Dialog antara agama dan antara peradaban untuk mencari titik persefahaman dan peradaban baru manusia adalah ilusi dan khalayan semata-mata. Justeru itu, mesti dilakukan pertembungan pemikiran (ash-shira' al-fikri) di antara agama dan peradaban, bukannya kesefahaman. Akhirnya hak dan batil, kehinaan dan kemuliaan akan dapat diketahui. Allah SWT berfirman

"Buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, sementara yang memberi manfaat kepada manusia akan tetap ada di bumi. (ar-Ra'd:17)

Apa yang telah diperjuangkan oleh Pope John Paul II sebenarnya adalah aktiviti memurtadkan umat Islam beramai-ramai. Aktiviti ini adalah aktiviti terancang dan teratur yang disokong dan dibantu dari segala sumber oleh negara-negara kafir Barat dan mereka-merka yang membenci Islam. Oleh yang demikian umat Islam, wajib menyediakan segala persedian yang termampu untuk melakukan pertembungan dan konfrantasi melawan musuh Islam. Sama-sama kita renungkan, tatkala Pope John Paul II mula memimpin tampuk Gereja Roman Katholik pada Oktober 1978, dianggarkan kira-kira 887 juta pengikut gereja Roman Katholik. Dan tatkala dia disemadikan di bawah Basilika St Peter pengikut gereja Roman Katholik sudah bertambah kepada 1.1 billion. Peningkatan hampir 20% sepanjang 26 tahun pemerintahan Pope John Paul II. Siapakah sasaran golongan gereja ini? Asia dan Afrika…..Two major continent that had been the objective for this church to control.

" Dan sediakan akan kamu kekuatan apa sahaja dan dari kuda yang tertambat untuk mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu.. (al-Anfal:60)

Daulah Khilafah adalah persedian yang paling signifikan untuk menagkis serangan ini dan dapat mengalahkan segala bentuk serangan orang kafir. Daulah Khilafah akan terjun turut serta ke medan pertarungan baik yang berbentuk fizikal dan jihad (ash-shira' al-madi') mahupun pertarungan pemikiran (ash-shira' al-fikri). Semua ini ditujukan dalam rangka menyebar-luaskan peradaban Islam yang tinggi dan benar serta memusnahkan peradaban kapitalis palsu dan rosak.

Wallahua'lam.

Nota kaki:
Semalam semasa membaca koleksi email-email terjumpa satu artikel yang agak menakutkan. Perkara ini bukan perkara baru. Telah banyak kali diriku mendengar perkara ini di kuliah-kuliah cuma tiada pengkhabaran nya sahaja di dada akhbar.
50,000 Remaja Melayu Lembah Klang mohon murtad

--------------------------------------------------------------
Katakanlah (Ya Muhammad) Hai orang-orang kafir. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tiada menyembah apa yang aku sembah. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pula tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku. (Al-Kafirun : 1-6)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home