Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, September 26, 2006

Pintu Keampunan

Alhamdulillah, semalam Terawih pertama ku di negeri Shah Alam. MasyaAllah, the jemaah di Masjid negeri Shah Alam memang outstanding. Alhamdulillah.

Kebelakangan ini aku sering berasa sedih, ada banya asbabnya aku bersedih, biarlah tidak kukongsikan di sini. Hatiku cepat betul tersentuh buat masa ini. Masa yang berlalu buat minggu lepas terasa begitu lama berlalu. Saat-saat tersalah ke kereta dan pelbagai lagi saat membuatkan aku rkadang-kala senyum sendirian.

Berbalik kepada Ibadah Terawih, alhamdulillah, masyarakat kita sebenarnya masih cinta untuk mengerjakan dan mengejar ibadah. Buktinya pergilah ke Masjid Negeri Selangor, rata-rata menjejaki masjid ini semata-mata mengejar maghfirahNya, mengejar keredhaanNya dan mengejar seribu keberkatan yang dijanjikan Rabbul ‘Izzati.

Berpusu-pusu manusia berlumba-lumba ke masjid. Alhamdulillah. Moga jemaah yang ramai ini sentiasa istiqamah sepanjang Ramadhan. Jika tidak di masjid ini, perform lah di mana-mana, asalkan kita sama-sama berusaha bertaqarrub kepadaNya. Hidup ini amat singkat, tempoh yang Allah pinjamkan kepada kita tidak terkira nilainya. Jika panjang umur, kita bakal menginjak umur 60,70 atau 80 tahun. Jika Allah izinkan kita hidup hingga esok, maka Ramadhan inilah Ramadhan yg terakhir buat kita. Sudahkah kita fully utilizekan Ramadhan ini.? Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhaiNya.

Dalam orang berpusu-pusu berusaha menambah kebaikan untuk saham akhirat, ada pula dek kerana kebaikan yg dilaksanakan mereka dihumban ke dalam lokap.

Orang nak buat kebaikan pulak yang kena lokap; apa dah jadi dengan undang-undang dan penguatkuasaan sekarang nie. Laporan dibuat, tiada penguatkuasaan, dimanakah silapnya. Kesian den tengok 3 hamba Allah yang cintakan kebaikan ini. Bacalah artikel dibawah untuk merasa kesedihan dengan situasi yang berlaku. Cuba cegah maksiat di bulan yang mulia, ini pula jadinya pada mereka. Moga mereka bertiga dikurniakan ganjaran oleh Allah dengan kebaikan yang mereka lakukan. Ameeeennn.
Orang lain yang patut ditahan, orang lain pula ditahan.
--------------------------------------------------------------

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).(Al-Qasas:10)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home