Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, January 12, 2007

Sayu & Gembira

Alhamdulillah, berpeluang melihat kebesaran Allah dan juga kesan-kesan peninggalan manusia kapitalisme selepas mengwalkkan zaujah ke Uninya.

Seusai solat di masjid underground University of Manchester, aku pon berlalu pulang. Setiap kali aku solat di masjid di bumi orang putih ini hatiku terasa sayu. Mungkin inilah juga yang dirasai oleh setiap individu muslim yang pertama kali menjejakkan kaki dan mendirikan solat di sini.

Masih terasa tatkala pertama kali solat di dalam Masjid Nabawi, Ya Masjid kedua suci, masjid yg dibina atas tanah anak yatim itu, satu perasaan yg sayu dan sungguh bangga. Bangga kerna apa? Bangga kerna umat Islam dihimpunkan dalam satu bangunan dengan satu matlamat tanpa mengira warna kulit. Matlamat mencari mardhatillah. Matlamat untuk bertemu sang Pencipta, matlamat untuk menjana nilai taqwa. Mungkin perasaan itulah yang kurasai bila mengerjakan solat Jumaat pertama ku di bumi Manchester ini, dan juga beberapa solat di masjid-masjid di sekitar Manchester. Terima kasih kepada akhi Azmir kerana sudi mengambilku untuk solat Jumaat pertamaku di bumi Manchester.

Solat Jumaat kedua ku pula ditemani oleh zaujah terchenta di Muslim Youth Foundation (MYF). Perasaan sayu datang bila melihat pelbagai rumpun manusia mendirikan solat. Betapa mereka ini tahu akan kewajipan utama kita yakni mendirikan solat ini hatta di atas bumi yang kononnya dimiliki oleh mereka yang tidak tahu nilai ketuhanan ini. Betapa mereka berjaya menolak nilai godaan duniawi semata-mata untuk mengejar redha Allah.Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.(An-Nahl:93)

Tidak kunafikan, mungkin perasaan ini akan berlalu jika aku sudah acapkali mendirikan solat di masjid-masjid di sini, tapi untuk saat ini aku masih terasa sayu dan teringat akan kekuasaan Allah menciptakan manusia pelbagai jenis dan kemudian disatukan dibawah rumahNya. Cuma kadang-kadang kita musykil, kuantiti kita yang ramai gagal menyumbang kepada kebangkitan, insyaAllah satu hari ianya akan kembali.

Peroalan ini bukanlah persoalan baru, persoalan dan penyelesaiannya telah lama wujud dan sedikit sebanyak kita boleh lihat akan perkembangan positif walaupon lebih banyak perkara negative baru yg wujud dalam dunia kita kini namun Islam tidak akan padam buat selama-lamanya. Ia pernah berlaku dan ianya tidak mustahil untuk kembali berulang. Mungkin teori Ibn Khaldun dalam Muqaddimah hanya valid untuk sesetengah tamadun sahaja, tapi bukan untuk kita sebagai Ummat Islam.

Wallahu ‘alam.
-------------------------------------------------------------
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat : 13)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home