Revert

Hari ini seusai solat Jumaat di MYF, khatib mengkhabarkan khabar gembira bahawa ada seorang hamba Allah berhajat untuk mengucap syahadah di hadapan kami semua. Nikmat Islam dan Iman ini tidak dirasai oleh semua manusia. ONLY selected person that had been choosen by Allah sahaja yang merasai nikmat ini.

Alhamdulillah, selesai Brother Chris mengucapkan syahadah, takbir bergema di dalam MYF. Allahuakbar !! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Disusuli dengan ucapan tahniah daripada para jemaah, termasuklah den. Bila bersalam dengan dia terasa sungguh diri ini kecik :D Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An’aam:125)
Labels: Islam
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home