Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, January 21, 2007

Sijil ISO

Macam-macam sekarang ini, adakah ini akan disusuli dengan pensijilan masjid-masjid di Malaysia pula. Mungkin ada pro dan kontranya jika pensijilan seperti ini dilaksanakan di Malaysia. Di bawah ini adalah artikel asal mengenai sebuah kuil di Klang mendapat pengiktirafan ISO.

Untuk pengetahuan kalian, kuil ini juga terdapat laman webnya sendiri.

--------------------------

Kuil Hindu Pertama Capai ISO 9001:2000
KLANG, 21 Jan (Bernama) -- Kuil Sri Sundararaja Perumal Klang dipercayai kuil Hindu pertama di negara ini malah di dunia, mencapai pensijilan ISO 9001:2000 November lepas kerana kualitinya dalam perkhidmatan agama, budaya dan sosial kepada penganut Hindu.

Kuil itu, terletak di tepi lebuh raya Klang-Pelaburan Klang, dikenali sebagai "Thirupathi Asia Tenggara" bersempena Kuil Thirupathi termasyhur di India.Kuil Vaishnavite terbesar di Malaysia itu, dibina lebih 100 tahun lalu.

Pihak pengurusan kuil itu telah bekerja keras untuk mencapai pensijilan itu dalam tiga tahun lalu dengan berusaha memenuhi keperluan pentabiran yang meningkat termasuk membantu sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua-tua, kerja-kerja amal melibatkan agama, sosial dan kemanusian.Presiden kuil tersebut, S.Anandakrishnan berkata beliau ingin membawa perubahan tentang cara dewan perkahwinan ditempah.Misalnya, kata beliau, jika seseorang datang untuk menempah dewan, garis panduan standard yang jelas akan menyatakan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Sementara itu, setiausaha kehormat kuil P. Maheswaren berkata Menteri Kerja Raya, yang juga Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, akan merasmikan majlis anugerah sijil ISO 9001: 2000 Rabu ini.Wakil-wakil dari Malaysian Book of Records akan menyampaikan sijil berkenaan kepada kuil itu.

Artikel oleh Bernama (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=242482)

-------------------------------------------------------------
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".(Al-Kahfi:109)

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home