Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, January 03, 2007

EK 352 & EK017

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Tanggal 27 December 2006 mungkin antara tarikh yang tidak dapat kulupakan dalam diari kehidupanku sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini.

Dengan izin Allah, diriku diberi peluang untuk terbang ke bumi Manchester. Perasaan gembira apabila bersama dengan orang yang disayangi memang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah.

Jam 1155 penerbangan EK017 selamat mendarat di T2. Alhamdulillah, perkara yang paling aku risau, yakni kandungan bagasiku melepasi pihak kastam dan Imigresen kerajaan UK.

Penerbangan dari KL-Dubai yang mengambil masa hamper tujuh setengah jam dipermudahkan Allah. Urusan di Dubai Airport juga tidak banyak permasalahannya. Dan yang paling melegakan urusan ku di kaunter Imigresen UK Allah permudahkan.

Penerbangan EK017 menterjemahkan kekuasaan Allah di pandangan mataku. Bukan aku ragu-ragu dengan kekuasaan Allah, cuma bila berada di atas sana kita akan lebih menghargai apa yang kita fahami. Allah jadikan kita hambaNya sebagai khalifah. Dalam menjalankan amanah untuk menjadi khalifah perkara pokok yang perlu ada dalam diri setiap individu adalah kebolehan berfikir.

Manusia diseru dan diperintah untuk berfikir. Kita sedia maklum berapa banyak fimanullah yang menyarankan agar kita berfikir. Bila kita berada di suatu tempat yang kita jarang berada (tidak kira di mana, langit, laut, angkasaraya), dan jika kita manusia yang tahu erti makna berfikir, kita akan berfikir bila kita berada di sana.

Dalam konteks penerbangan kita akan bertasbih, bertahmid dan bertakbir pabila melihat kekuasaan Allah dari atas. Mungkin para petugas di udara sudah biasa, tp aku hampir pasti, setiap petugas di udara juga akan ada rasa begitu bila melihat pertama kali kehebatan ciptaan Allah dari atas.

Aku pernah berbual dan bertanya dengan seorang pegawai TLDM berkenaan pelayaran di laut yang luas, memang tidak dinafikan perasaan kerdil itu akan hadir dalam diri individu seorang muslim bila melihat kekuasaan Allah di lautan luas.

Kekuasaan Allah seperti yang kita semua sedia maklum berada di mana-mana. Terlalu banyak kurniaan Allah untuk kita sama-sama renungi, cuma kita manusia sering terlepas pandang.

Alhamdulillah, setibanya aku di bumi UK, diriku dihubungi oleh En Hamidon yang berada di Nottingham. Dia menjemput kami suami isteri untuk menziarahi beliau di sana. Alhamdulillah, jemputan yang sangat bermakna bagi kami suami isteri. Layanan yang sangat istimewa daripada Hamidon & wife untuk kami suami isteri.

Kami ke bumi Notts dengan menaiki train, selepas selesai menziarahi sahabat zaujahku di Manchester pada Aidil ‘Adha (30/12/2006). Alhamdulillah, perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.

Selesai dijamu di rumah tuan rumah, kami di bawa beraya ke rumah-rumah orang melayu di Notts sehingga malam hari kemudian di sambung keesokan harinya. Seusai maghrib Aidil ‘Adha kedua. En Hamidon dan wife menghantar kami pulang ke Manchester. Terima Kasih En Hamidon.

Buat zaujah ku, akan ku doakan kejayaan mu, aku redha dengan apa yang engkau kerjakan selagi mana ianya tidak ditegah oleh Syariat. Moga Allah sentiasa mengurniakan taufik dan hidayahNya untuk kita semua. Ameen Ya Rabbil ‘Alamin.
--------------------------------------------------------------
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?( Al-Mukminun:80)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home