Bunuh dan Lepas

Apa persepsi masyrakat sekeliling? Bila berita ini terpampang di dada akhbar utama semalam. Para ofismateku berkata, Biasalah anak datuk, memang lah lepas, cuba kalau ikan bilis, confirm dah dalam jail dah mamat tu”. Lihatlah betapa kes ini hanya membangkit rasa prejudis masyrakat kepada sistem kehakiman negara kita yang nampaknya sangat longgar.
Lebih menyentuh hati aku bila para hakim mempersoalkan kredibiliti seorang pegawai Jabatan Kimia. Alasannya si pegawai kimia ini baru 5 bulan memperolehi ijazah kedoktorannya dan bukanlah seorang pakar dalam bidang berkaitan DNA.
Inisiatif yang dilaksanakan oleh KPN amatlah dihargai, dan sudah menjadi kewajaran untuk mencari keadilan bagi setiap kes. Bayangkan jika kita berada di kasut keluarga Mohd Hosni, apakah yang kita rasa? Tiada siapa yang bersalah dalam kes bunuh ahli keluarga kita sedangkan ianya disahkan mati kerana sebab-sebab pergaduhan. Apa agaknya yang kita kan rasa.
Secara peribadinya kalau ditanya apakah pandanganku mengenai sistem perundangan Malaysia, akan kukatakan perundangan Malaysia tidaklah adil mana. Oleh yang demikian bagi golongan yang cintakan kedamaian, fikirlah dengan bijak sebelum melakukan jenayah. Kita semua hamba Allah dan sentiasa diperhatikanNya. Jika terlepas di sini,di sana menanti kita. Hadirkan rasa ihsan dalam diri kita.
1. KPN arah siasat - Tentukan sama ada kelemahan kes libatkan ‘Man Datuk’ disengajakan. – Utusan Malaysia, 26 Januari 2007
2.Kes Bunuh Paling Cuai – Harian Metro, 25 Januari 2007.
Labels: Isu Semasa, Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home