Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, December 05, 2006

Akal, Ilmu dan Makrifat

Bagi melepaskan diri dariada sebarang tipu daya, tiga perkara perlu diutamakan yakni akal, ilmu dan makrifat. Menurut Imam Ghazali akal adalah kekuatan pemikiran semulajadi yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia supaya dengannya manusia dapat mengenali hakikat suatu perkara.

Nabi SAW mementingkan akal sehinggakan apabila beliau diberitahu kehebatan ibadah seorang individu, baginda SAW akan bertanya berkenaan dengan akal orang tersebut. Apabila sahabat mengatakan akalnya baik, Nabi SAW berkata, “Demikianlah yang aku harapkan.” Apabila sahabat memberitahu perkara sebaliknya, Nabi SAW berkata “Tidak Sampai.” Hadith ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi.

Ilmu pula adalah pengetahuan yang membolehkan manusia mengetahui dengan jelas jalan yang dapat mendekatkannya dengan Allah dan jalan yang menjauhkannya dari Allah. Di samping itu, ilmu menunjukkan pada individu itu bahaya disekelilingnya, halangan serta tipu daya yang bakal dihadapi di dalam perjalanan.

Makrifat pula berkaitan dengan empat perkara iaitu mengenal Tuhan, diri, dunia dan akhirat. Apabila keempat-empat perkara ini dikenali dengan betul, keutamaan individu mennjadi tepat, matlamat hidup tercapai dan keredhaan Allah diperoleh.

Artikel oleh Dr Danial Zainal Abidin.

-------------------------------------------------------------

Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya (HR Muslim)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home