Syukur Jangan Kufur
	 
	         Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para  peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Dalam Al-quran seringkali Allah menceritakan  tentang iblis dan syaitan. Allah mengatakan, iblis ini di kutuk dan di laknati  Allah disebabkan ia sombong dan takbur kepada Allah. Allah swt pernah menyuruh  iblis sujud kepada Adam tetapi iblis enggan sujud. Dalam surah Al-Baqarah Allah  menceritakan tentang sikap iblis ini. Iblis enggan mematuhi perintah Allah agar  ia sujud kepada Adam. Lantaran ia sombong maka ia termasuk dalam golongan  orang-orang yang kafir. Natijahnya ialah iblis mendapat laknat seumur hidup dan  akan diseksa Allah seumur hidup.
Kita sebagai manusia perlu mengiktibarkan kisah-kisah seperti ini tetapi seringkali kita lupa. Lantas apabila Allah memberikan kurniaan dalam bentuk kesenangan dan nikmat kepada kita, kita lupa bahawa yang memberikan itu ialah Allah. Anda masih ingat kisah kapal Titanic. Anda masih belum melupakan kisah ini saya rasa.

Kapal Titanic ini memang terkenal sehingga di  filemkan beberapa kali. Kapal ini merupakan suatu yang dibanggakan oleh British  pada awal abad ke-20. Kapal Titanic ini merupakan sebuah kapal yang paling  canggih pada awal abad ke-20 sebelum ini. Panjangnya 900 kaki. Beratnya 46,000  tan. Pakar-pakar yang mencipta Titanic mengatakan, It was virtually unsinkable  - kapal ini tidak mungkin tenggelam. Andaikata ia mendapat kemalangan ia  tidak mungkin karam sebab jika ia karam ia akan memakan masa selama 2 hari.  Dalam masa 2 hari kita dapat membantu, menolong dan akhirnya ia tak akan  tenggelam juga.
Ia tak mungkin tenggelam. Kata mereka ketika itu. Ia akan dapat diselamatkan walaupun apa saja yang berlaku keatas kapal Titanic. Pada bulan April 1912 dalam pelayarannya yang pertama ia tenggelam dalam jangkamasa tidak sampai 3 jam dan selepas ia tenggelam, bangkai kapal titanic tak di temui selama lebih kurang 3 suku abad. Ia!! manusia sombong.

Manusia berkata kapal itu tidak mungkin tenggelam  tetapi ia tenggelam dalam pelayarannya yang pertama. Jadi hebat mana kita. Kita  ada pangkat besar dan boleh membuat rumah sesuka hati kita. Kita berjawatan  tinggi sehingga tidak perlu menghadiri mesyuarat. Kita di gelar datuk dan  seumpamanya sehingga boleh membatalkan apa-apa projek yang kita suka. Kita  pemimpin yang kononnya boleh buat apa yang kita mahu. Kita, kita dan kita ini  perlu belajar dari kisah iblis dan kapal titanic yang di cipta manusia dan  akhirnya tenggelam pada pelayarannya yang pertama.
Justeru Allah swt. menyuruh kita mencontohi sebagai contohnya Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman yang kaya raya dan kekayaannya tidak ada tolok bandingannya. Nabi Allah Sulaiman tidak sombong. Lantas kita boleh kaya. Islam tidak menghalang kita mencari kekayaan asalkan cara yang halal.

Nabi Allah Sulaiman kaya raya tetapi Nabi Allah  Sulaiman berdoa kepada Allah. Anda boleh melihat doa yang indah ini dalam surah  An-Naml ayat 19 yang bermaksud, "Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku  tentang cara terbaik untuk aku mengsyukurimu kerana nikmat yang kamu berikan  kepadaku ". Itu permintaan Nabi Allah Sulaiman yang kaya raya,  yang hebat kekuasaannya bermohon kepada Allah agar ditunjukkan tentang cara  terbaik untuk mengsyukuri Allah.
Baginda sudah pasti mensyukuri Allah tetapi nak minta Allah tunjukkan lagi apa yang sepatutnya baginda lakukan untuk bersyukur kepadanya secara yang lebih halus. Kemudian baginda meneruskan doa dengan berkata, "Dan ilhamkan kepadaku agar aku sentiasa beramal soleh dan amal soleh itu kamu redho".

Nabi Allah Sulaiman minta kepada Allah kekuatan  untuk sentiasa beramal soleh tuan-tuan & puan-puan. Apa yang anda dan kita  minta hari ini tuan-tuan & puan-puan. Minta untuk beramal soleh ?. Nabi  Allah Sulaiman meminta agar amal soleh itu di redhoi. Bukan sekadar beramal  soleh. Minta amal itu Allah redhoi. Bukan amal soleh yang orang redho. You are  good, you are great, you are fantastic, bukan itu yang baginda mahu. Manusia  tidak redho biarkan. Aku mahu kamu ya Allah redho.
Inilah kisah-kisah daripada quran. Kisah-kisah yang sepatutnya kita amati. Kisah yang sepatutnya kita berikan keperihatinan kita di era dimana manusia sombong, berlagak, salah guna kuasa, salah guna jawatan tinggi dan manusia tidak sedarkan diri.

Maka disaat seperti ini marilah kita kembali kepada  Quran. Ambil contoh-contoh baik daripadanya sebagai contoh Nabi Allah Sulaiman  agar insyaallah menjadi orang yang sentiasa mengsyukuri nikmat Allah secara yang  betul dan kita juga menjadi orang yang sentiasa beramal soleh dimana saja kita  berada dengan niat amal itu diredhoi oleh Allah swt bukan sangat diredhoi oleh  makhluk-makhluk yang lemah seperti kita.
Semoga insyaAllah tenggelamnya kapal titanic tidak menyebabkan kita juga tenggelam. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita bersama insyaAllah
Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 6 November 2006, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 MHz

-----------------------------------------------------------------------------------------
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. ( Al-i`Imran : 145)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home