Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, July 11, 2006

Walimatul Urus

Alhamdulillah, hari ini ada peluang seketika untuk mencoret sesuatu di dalam blog yang dah hampir bersawang ini. In fact dah bersawang dah pon kan ?

Kesibukan tugas yang tak putus-putus membuatkan diriku tidak sempat untuk menulis dan mencoret sesuatu di dalam blogku ini, moga selepas ini diriku lebih istiqamah menulis, insyaAllah.

Sibuk dengan tugasan di Jakarta di hujung Mei, kemudian sibuk dengan tugas di Stesen Janamanjung di sekitar June dan kini kembali sibuk dengan kerja-kerja MAXIS Nationwide, insyaAllah. Tanggal 6 June 2006 merupakan satu tanggal yang kami sekeluarga tidak bulih lupa. Rumah ibubapa ku dimasuki perompak. Habis harta ibuku dirompak. Kasihan betul kulihat seluruh ahli keluargaku, abahku, makku dan adik-adikku semuanya diikat dibilikku. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupon perompak itu bersenjata. Cuma diriku kasihan melihat bondaku yang sedikit trauma dengan peristiwa tersebut.

Jemputan di bawah sudah cukup untuk mengkhabarkan segalanya mungkin.



Download file PDF untuk walimah Mohd Faizul Irwan B Mohd Razali & Hazratul Mumtaz Lahuri.

Kami berharap sahabat-sahabat dan pembaca blogku kiranya dapat lah mendoakan agar kami berupaya membina sebuah Baitul Muslim yg diredhai dan diberkati oleh Allah. Doakan kami sentiasa dalam limpah rahmahNya, doakan kami sentiasa diberi taufiq dan hidayahNya untuk terus menjadi khalifah Allah di muka bumi ini, doakan kami bahagia dunya dan ukhrawi.

Dengan segala hormatnya diriku menjemput sahabat-sahabat dan juga pembaca blogku untuk hadir ke majlis walimah kami. Kalau bulih emailkan padaku jika kalian hadir agar mudah untuk pihak keluarga kami untuk menganggar kehadiran. Jika tak kenal pon tak ngapa, inilah masa untuk kita berkenalan, insyaAllah.

Kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat kuhantarkan kad jemputan, dengan rasa ikhls hati diriku menjemput kalian datang ke majlis kami. Kadang-kadang alamat kalian telah hilang dalam simpananku, itu yg menyebabkan tidak berkesempatan untuk menghantarnya.

--------------------------------------------------------------

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”(Ar-Ruum:21)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home