Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, May 18, 2006

Terima Kasih Makcik Khadijah & Keluarga

Alhamdulillah, semalam selesai satu urusan penyewaan rumah baru. Thank You Allah for what You have granted for me. Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah. That was the things that keep on my head throughout last night.

Ucapan terima kasih juga diucapkan buat makcik khadijah dan ahli keluarganya yang bersusah-payah menemui kliennya dipetang hari, kira-kira jam 1845. Bukan sengaja untuk menemui makcik khadijah dan keluarganya lewat, tapi apakan daya waktu pejabatku habis jam 1800. Udah lah berjanji di petang hari, makcik dan keluarganya datang dari Gombak ke Shah Alam, kesian tengok makcik dan anak-anaknya.

Memang tidak dapat kugambarkan kegembiraan, aku bersyukur dengan nikmat kurnianMu ya Allah, Engkau ketemukan aku dengan seorang hambaMu yang cukup baik hati dan bermurah hati untuk menyewakan rumahnya kepadaku. Inilah pertama kali aku terasa sebegini gembira apabila menyewa rumah.

Rumah yang disewa boleh dikatakan complete dengan semuanya, Alhamdulillah, dengan beberapa kali dail sahaja diriku dapat menghubungi makcik Khadijah. Inilah namanya rezeki kurniaan Allah, setelah dail beberapa nombor yang tidak berangkat ku dail pula nombor makcik khadijah. Alhamdulillah dapat dan pergilah ziarah rumah dia untuk melihat rumahnya terlebih dahulu.

Secara jujur diriku tidak rasa ralat untuk mengeluarkan bayaran lebih dari kadar biasa untuk menyewa di rumah makcik ini. Lebih pon sebenarnya masih di dalam zon selamat, insyaAllah.

Di akhir pertemuan kami, aku berjanji pada makcik khadijah dan keluarganya yang aku akan berusaha untuk menjaga rumahnya sebaik mungkin. InsyaAllah. Jadi bagi individu yang bakal menjadi temanku dirumah ini, dirimu juga perlu berusaha untuk menjaga rumah ini.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Mei 2006
--------------------------------------------------------------

“Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.” ( Al-Ahzaab : 3)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home