Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, May 14, 2006

Rejim Tel Aviv miliki 300 bom nuklear

Aku cukup tersentuh bila terbaca berita ini, bukan suatu yang baru bagi diriku, tapi bila berita ini telah diakui oleh masyarakat antarabangsa, tapi tiada apa-apa tindakan pon yang dikenakan pada Israel aku merasa cukup sedih, lebih-lebih lagi dengan isu nuclear Iran yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat antarabangsa yang rata-ratanya menyekat kebebasan sesebuah negara untuk memiliki suatu teknologi yang mereka geruni.

Bagiku tindakan Iran suatu tindakan yang amat tepat. Biarlah nuclear enrichment Iran diteruskan, mereka ada hak untuk melaksanakan projek berkenaan kerana mereka ada ilmu. Menghalang mereka dari melaksana perkara sedemikian bermakna menghalang kebebasan manusia yang sering dilaung-laungkan oleh pihak barat yang kejam dan tidak berakal.

Sejarah telah membuktikan, tindakan US mengebom Hiroshima dan Nagasaki adalah satu tindakan yang amat bodoh. Mungkin orang yang tahu sejarah akan faham apa yang aku maksudkan ini. Jika tiada suatu kuasa yang dapat menangani kezaliman US ini sudah pasti sejarah akan berulang apabila mereka terdesak.
---------------------------------------

LONDON: Israel, satu-satunya negara kuasa nuklear di Asia Barat dan keenam di dunia mempunyai kekuatan berkenaan dilaporkan memiliki 200-300 kepala peledak atom, suatu perangkaan yang sepatutnya dibimbangkan dunia berbanding andaian yang dibuat mengenai agenda Iran dalam isu nuklear.

Statistik itu dinyatakan John Eldridge ketua pengarang majalah Jane's Nuclear, Biological and Chemical Defense – media pertahanan yang berpengaruh, dalam wawancara dengan agensi berita Agence France-Presse (AFP), kelmarin.

“Anggaran ini berdasarkan keupayaan pengeluaran reaktor nuklear negara terbabit,” katanya.

Institut Kajian Strategik Antarabangsa sebelum ini menganggarkan bilangan kepala peledak nuklear Israel ‘sehingga 200 buah’.

Negara Yahudi berkenaan turut memiliki sejumlah peluru berpandu darat ke darat termasuk jenis jarak dekat Jericho 1 dan sederhana Jericho 2 yang menjadi antara kekuatan strategik pertahanannya.

Israel yang menjadi antara negara utama mengecam program nuklear Iran biarpun Teheran mengakui ia bagi tujuan keamanan, juga diketahui memiliki tiga kapal selam Dolphin menggunakan diesel pada akhir 1990-an.

Setiap satunya yang berupaya menghabiskan masa sebulan lamanya dalam air, pula mempunyai kemampuan melancarkan sehingga enam torpedo.

Akhbar Washington Post sebelum ini mendedahkan Israel berjaya mengubah suai peluru berpandu buatan Amerika Syarikat yang mampu membawa kepala peledak nuklear dan dapat dilancarkan daripada kapal selam.

Setakat ini, Israel mengamalkan pendekatan tidak mengesahkan atau menafikan strategi pertahanan nuklear yang dimilikinya kepada pengetahuan antarabangsa.

Tetapi, sebuah kumpulan penasihat AS, Inisiatif Ancaman Nuklear (NTI) yang diasaskan Ted Turner – pengasas stesen Cable News Network (CNN) dan bekas senator, pula percayakan kekuatan pertahanan nuklear Israel ‘menyamai kuantiti dan kualiti dimiliki Perancis dan Britain.’

Dokumen sulit Britain yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan London membantu Tel Aviv memperoleh bom nuklearnya, 40 tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohammad ElBaradei, sudah beberapa kali meminta Israel menamatkan program rahsia pertahanan nuklearnya yang boleh menghasilkan perlumbaan senjata di Asia Barat.

Malah, Israel sendiri bukannya anggota Perjanjian Kawalan Senjata nuklear. - Agensi

Berita Harian
11 Mei 2006

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Mei 2006
--------------------------------------------------------------
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” Al-Anfal:60

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home