Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, May 14, 2006

Bantuan Kita Diperlukan

Mungkin ramai di antara kita yang tahu kenapa OIC ditubuhkan, dan mungkin ramai di antara kita tahu bilakah dan apakah yang menyebabkan OIC tertubuh.

Mungkin kita faham kenapa OIC gagal berfungsi sebagai apa asas tujuannya ditubuhkan. Tapi kenapa dalam keadaan sekarang OIC tak mampu langsung berbuat apa-apa, lebih mengkronikkan keadaan Liga Arab boleh gentar dengan ugutan sekatan yang akan dikenakan oleh US, kenapa harus gentar? Duit dah ada, tapi nak salurkan pon gentar ker? Bukankah duit kutipan orang ramai itu adalah hak rakyat Palestine.

Kita boleh faham kenapa Israel tak mahu kasi wang milik rakyat Palestine yang dikutip oleh mereka daripada hasil2 cukai yang dikenakan, sedangkan duit itu milik rakyat dan Palestinian Authority. Kita faham mereka ni golongan keji lagi zalim, tapi kita tak faham kenapa Liga Arab takut nak bagi duit yang dah ada dalam bank mereka, yang mana hasil pengumpulan wang-wang orang-orang Islam yang prihatin kepada saudara seIslamnya untuk diberikan kepada saudara mereka yang memerlukannya. Aku musykil dan sungguh kecewa dengan tindakan Liga ini yang terlalu takut dengan tindakan yang belum pasti dilaksanakan oleh US.

Dikesempatan ini diriku menyeru kepada sahabat-sahabat, pembaca-pembaca blogku dan lebih-lebih lagi diriku sendiri andai kiranya dapat kita menghulur bantuan kepada saudara seIslam kita yang memerlukan bantuan kita.

Bantuan boleh dihulurkan dengan memasukkan wang di Bank Islam atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia" cawangan Taman Melawati, nombor akaun: "12113010005797".

Simpanlah nombor ini di dalam diari kita, simpanlah di dalam wallet kita, mana tahu andai kita ada terlebih wang dan berhasrat untuk menderma dan kita nampak ada deposit machine Bank Islam yang berhampiran boleh lah kita terus ke sana tanpa kita perlu untuk tercari-cari nombor akaun JIM ini.

Marilah sama-sama kita membantu saudara seIslam kita yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.

Bayangkan saudara-saudara kita di Indonesia yang ekonominya kurang memberangsangkan pon berusaha untuk membantu mereka, inikan kita. Kenapa tiada usaha yang jelas dilaksanakan secara terbuka dan terang-terangan dalam membantu saudara kita di sana. I was wondering while I was reading this news Sumbangan dari rakyat Indonesia. Musykil sebenarnya kenapa tiada usaha menyeluruh dilaksanakan untuk membantu, tp demi nak menyedapkan hati, hati ku senantiasa berkata, mereka rakyat Malaysia membantu secara diam-diam, dan lebih membuat hati ku gembira bila melihat terdapat usaha-usaha kecil yang dilakukan oleh sesetengan individu, NGO, persatuan-persatuan yang tahu betapa pentingnya kita membantu.

Bacalah Link-link dibawah ini, lihatlah betapa rakyat Palestine terus ditindas dan terus ditindas.

1. Palestin...cukupkah sekadar berdiam diri?
2. Muslim Scholars Threaten Boycott Over Palestinian Aid
3. HAMAS dan Iran: Mangsa Israeli Security System dan Hasbara
4. Palestinian citizens start local fund-raising campaigns for their government

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Mei 2006
--------------------------------------------------------------

Maka pada hari ini, masing-masing di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya, dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya; dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim (yang berlaku syirik) itu: "Rasalah azab neraka yang kamu dahulu mendustakannya".(Saba' : 42)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home