Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, March 12, 2006

Tugasan Luar

Alhamdulillah, hari nie berpeluang untuk mencoret serba sedikit tulisan. Ku kira coretan ku kali ini lebih kepada apa yang ku lalui dalam tempoh dua minggu yang boleh kukira agak sedikit sibuk.

Minggu 27 Februari sehingga 3 Mac diriku disibukkan dengan urusan di utara tanahair, sehari di Lumut dan sehari di Penang. Alhamdulillah 3 hari aku dan seorang technician berada di sana. Alhamdulillah urusan berjalan lancar. Hari Isnin 27 Februari mendapat panggilan dari Pangkalan TLDM Lumut yang menyatakan ada masalah sikit dengan system kami di sana, alhamdulillah bila sampai system kami di sana telah normalized, diriku hanya dapat meyarankan agar pihak Navy dapat kiranya memperbaiki earthing system di facilities mereka agar perkara yang sama tidak berlaku di kemudian hari.

Selesai sahaja urusan di Lumut kami bergerak ke Pulau Mutiara pula. Dalam perjalanan ke Pulau Mutiara ada satu fenomena yang agak menarik kuperhatikan di stesen-stesen minyak yang ku lalui. Punya lah ramai orang nak isi minyak kereta, dalam hati den apo depa nie tak leh tunggu esok ke nak isi minyak.

Dalam kemusykilan ada jugak terfikir, mungkin jugak harga minyak nak naik kot besok, tu yang ramai orang berpusu-pusu pi stesen minyak. Maklumlah kami berdua tak sompek nak menonton TV dek kerana sedikit terkejar-kejar menyelesaikan urusan kerja. Apo laie den pon tipon lah adik den untuk mendapat kesahihan prasangka kami. Den suruh dio cek kek Bernama sobab dio pon tak nengok news malam tu, maklumlah time tu dio tengah sibuk dengan operasi penangkapan ayam di sekitar Kuala Lumpur.

Bilo adik den call den balik, masyaAllah terkejut betul den ngan harga baru, apa lagi siap pi carik petrol pump terdekatlah, kebetulan plak petrol kereta den pon memang dah nak abih time tu, cari punya carik di area tu tak banyak petrol pump, alhamdulillah akhirnya jumpa jugak petrol pump di Bandar Sri Iskandar, Stesen Minyak Petronas. Keadaan di petrol pump, masyaAllah ponuh sosak. Alhamdulillah sompek den isi minyak ponuh sebelum meneruskan perjalanan ke Penang.







Gambar-gambar kesesakan di Stesen Minyak Petronas, Bandar Sri Iskandar yang sempat dirakam oleh lensa kamera tatkala menunggu giliran.


Minggu 6 hingga 10 Mac pula sibuk di Johor Bahru, bertolak ke Johor Bahru pada hari Rabu dan tiba di kediaman rasmiku di Puchong kira-kira jam 11 malam hari Jumaat.

Ada beberapa peristiwa yang mendebarkanku sepanjang berada di JB. Antaranya ialah keretaku tidak bulih start, masyaAllah dah gabra dah den. Alhamdulillah selepas digodek2 sedikit dengan khidmat nasihat abahku tak perlu ku panggil pomen untuk memperbetulkan masalah keretaku. Syukur Alhamdulillah.

Anak ke Johor, Bonda ke Sg Petani. Bonda pergi ke Sg Petani untk menghadiri kursus persaraan. Alhamdulillah, pagi Isnin sempat den hantar bonda ku ke Mindef, dan dari sana dia bertolak ke Sg Petani degan kenderaan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pertahanan.

Program bonda di Sg Petani habis pada hari Khamis, tp bonda baru sampai petang tadi, maklumlah di sana ada sepupuku yang menetap di Changlun, makcik den bilo tahu bonda den nak mai Changlum dia pon turun samo pi umah anak dia.

Bonda sompek la berpusing2 ke Padang Besar dan Pekan Rabu. Petang tadi bilo balik, masyaAllah banyak jugak barang yang dio boli, siap dah berpesan2 kek den, lopeh nie kito bulih poie plak sano untuk beli2 barang. Den cakap tengoklah dulu nanti jika berkesempatan.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Mac 2006
--------------------------------------------------------------

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(A-li 'Imraan:139)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home