Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, January 02, 2006

PADI

Terasa lama sungguh tidak mencoret di dalam blog ini, sedih juga bila sekali sekala berkesempatan membuka blogku yang agak gersang tanpa pengisian. Tugasan yang tak kunjung habis sejak dari lewat Syaban hingga kini membuat diri tidak menang tangan untuk menulis. Dikesempatan ini diriku ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat dan juga pembaca-pembaca blogku dan juga individu-individu yang mengemailku yang mana tidak sempat kujawab.

Alhamdulillah, mungkin tugasan akan beransur berkurangan sedikit selepas ini, walaubagaimanapon sudah kedenganran satu projek yang menarik yang bakal kunjung tiba pada tahun 2006, berkemungkinan besar awal 2006, insyaAllah. LOI sudah berada di tangan dan sekarang ini kami menanti LOA nya pula.

Terasa rindu sangat hendak menulis, tetapi kekangan masa membuat diriku tidak berkesempatan untuk mencoret panjang, alhamdulillah kata-kata dalam sebuah artikel yang kubaca terus ku semat dalam dada untuk menjadi peringatan buat diriku yang sentiasa lupa. Antara kata Ust Hasrizal dalam artikelnya, kalau hendak menulis, si penulis hendaklah banyak membaca, bila si penulis banyak membaca barulah dia tahu apa yang hendak ditulis.

Bukan lah niat ku untuk bertukar arah dari seorang project engineer untuk menjadi penulis, bagiku dalam menulis di dalam blog pon kita hendaklah mempunyai ilmu untuk menyampaikan kepada pembaca, walaupon blogging adalah lebih kepada cetusan rasa seorang penulis atau boleh juga kita katakana diari online, walaubagaimanapon kadang-kala ada eloknya seorang blogger menyelitkan unsur ilmiah dalam penulisannya. Ini hanya buah fikiranku, terpulang kepada individu pemilik blog untuk menulis apa yang dikehendakinya.

Jika hendak dikongsikan segala pengalaman tugasanku selama hampir 4 bulan mungkin tidak terkata untuk kucoretkan disini.

Tapi dikesempatan ini ingin kukongsikan satu pengalaman kerja yang kuperolehi sekitar November lepas, pengalaman yang ku kira menjadikan diriku agar lebih bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.

Pengalaman berada di Coal Yard area Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz membuatkan diriku seharusnya berasa berterima kasih kepada PADI (Pekerja Asing Dengan Izin). Pengalaman yang mengajarku jika bekalan elektrik terputus janganlah cepat mengeluh, sewajarnya kita harus bersabar tanpa mengeluh dengan dugaan terputus bekalan elektrik.

PADI menupakan golongan majority di kawasan Coal Yard area, mungkin kalian tahu apa itu Coal Yard area. Inilah kawasan yang paling kotor dan kawasan yang paling tidak sihat untuk bekerja jika anda bertugas di Stesen Janakuasa. Arang batu yang terlalu kecil boleh membuat individu yang bekerja di kawasan ini mengalami kesan-kesan sampingan.

Kawasan yang penuh dengan debu-debu hitam. Tidak ramai orang-orang kita yang mahu bekerja dikawasan ini, dengan keadaannya yang tidak menyelerakan untuk bekerja membuatkan ramai orang tempatan tidak gemar dengan kerja-kerja ini.

Pengalaman memasang Sistem CO2 membuatku berpeluang kekawasan ini dengan lebih dekat, bukan tidak biasa dengan kawasan ini, Cuma kali ini diriku berpeluang untuk tampil lebih dekat ke kawasan ini yang sememangnya kurang hygienic.


Kulihat, PADI bekerja untuk memperolehi rezeki, ku lihat kegigihan mereka bekerja walaupon keadaan kawasan ini sangat merbahaya. Sewajarnya kita berterima kasih kepada mereka, sewajarnya kita tidak mengeluh jika bekalan elektrik yang terputus hanya beberapa seketika.

Ya keputusan bekalan elektrik bermakna kerugian berjuta malahan berbillion ringgit mungkin, tapi bagi syarikat yang tahu akan kepentingan bekalan elektrik ini tidak seharusnya bergantung 100% kepada apa yang dibekalkan, sewajarnya mereka mengadakan back up electric generator. Jika rumah kita terganggu bekalan elektrik dan jika kita tidak mahu bekalan terganggu ada baiknya kita letakkan genset di rumah kita. Tapi jika bekalan elektrik terputus beberapa minit janganlah kita mengeluh jika kuta tidak mampu menyediakan genset.

Sudah sewajarnyalah kita berterima kasih kepada golongan yang bekerja untuk kemudahan ini, Allah tempatkan mereka di bumi Malaysia untuk menyediakan perkara-perkara asas kita, dan wajiblah kita beryukur akan nikmat Allah ini. Allah menempatkan mereka di sini untuk mereka bekerja dan memudahkan kita. Kita sering terlepas pandang dengan perkara ini.

Seperkara lagi perkara yang benar-benar menarik perhatian ku sebulan yang lalu adalah isu Wahabi yang digembar-gemburkan oleh pihak media yang tidak bertanggungjawab secara tidak adil dan membabi-buta tanpa ada asas rujukan yang sahih.

Siap letak di front page lagi tu, apa motifnya pon den tak paham.

Dalam mencari ilmu kita perlu bersikap adil terhadap ilmu, kita perlu adil dalam ilmu yang digapai.

Mungkin akhbar itu tidak menulis nama tokoh2 ilmuwan yang terlibat tapi secara tidak langsungnya pemerhati-pemerhati sepertiku tahu siapa yang dimaksudkan oleh pihak akhbar berkenaan.

Tapi apa yang pasti tulisan mereka di akhbar bulih ku kira sebagai tidak berkualiti yang tidak ada nilai-nilai rujukan, mungkin mereka hanya menulis dengan hanya mendengar apa yang orang cerita kepada mereka tapi mereka sendiri tidak pernah pergi kepada orang yang didakwa dan mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Sepanjang pemerhatianku, tidak pernah tokoh2 yang mereka dakwa begitu dan begini mengungkai kata-kata yang media perkatakan. Jelik dan kelakar bila pihak media mengatakan golongan ini tidak membenarkan berzikir, jika perkara ini berlaku bermakna golongan ini telah menidakkan Kalamullah, mana mungkin ASWJ menidakkan Kalamullah yang terang-terang nasnya dalam al-Quran menceritakan tentang kehebatan zikrullah.

Penulisan media menimbulkan kekeliruan kerana tidak ada unsur penyelidikan, sudah menjadi keharusan bagi pihak media mencari kebenaran sesuatu perkara dengan meneliti sesuatu perkara dengan kemas, perkara-perkara aqidah ini tidak sewajarnya ditulis tanpa ada penyelidikan yang adil, ditakuti menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat.

Wallahu ‘alam …..

--------------------------------------------------------------

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.(Al-Israa':30)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home