Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, January 25, 2006

Insan Tidak Berakal

Alhamdulillah setelah hamper seminggu bertugas di JB dan Penang hari nie kembali semula ke pejabat, insyaAllah akan menyelesaikan beberapa tugasan di pejabat hari ini sambil memerhati progress kerja di Kapar Power Plant thro’ panggilan telefon.

Apa yang membuatkan ku terasa tidak senang hari ini adalah apabila membaca satu email dari seorang sahabat. Sakit hati, kecewa dan pelbagai rasa yang kurang enak ku rasa selepas membaca artikel dibawah ini.

Terkejut apa lagi, musykil pon ada, terfikir-fikir kenapa indvidu seperti ini dibenarkan membicarakan suatu perkara yang batil di kaca tv. Tidakkan stesen tv berkenaan sedar akan bahayanya statement yang keluar dari individu-individu yang tidak berakal ini.

Kenapa kukatakan mereka ini tidak berakal. Banyak sebabnya sebenarnya,cuma mungkin tak sempat hendak ku tulis dalam waktu singkat rehat pejabat ku ini. Tapi asbab yang ku nampak yang boleh menyebabkan mereka ini jatuh dalam kategori orang tidak berakal adalah kerana menyatakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah tp cuba diputar belitkan oleh mereka atas dasar memuaskan hawa nafsu semata-semata-mata.

Mereka sepatutnya melihat hukum Allah ini sebagai satu sistem secara menyeluruh, bukan hanya melihat satu bahagian dan terus mengatakan ini tak releven, ini tak adil dan sebagainya. Hukum Allah yang memberi manfaat kepada manusia dan alam semesta. Hukum Allah jika mereka faham saling berkaitan antara satu sama lain dan memberi manfaat kepada manusia dalam usaha manusia memakmurkan bumi Allah. Dalam memahami hukum-hukum Allah, direct translatioan semata-mata tidak memadai jika tiada ilmu.

Apa pon personally den amat terasa dengan tindakan tv3 memberi ruang kepada mereka untuk bersuara. Begitu juga golongan tidak berakal ini diberi ruang seluas-luasnya dalam akhbar Mingguan Malaysia dalam satu kolumn akhbar berkenaan.

Diriku amat berharap golongan individu tidak berakal ini tidak diberi ruang untuk menulis di akhbar perdana atau tv-tv di Malaysia. Idea-idea mereka yang jijik ini hanya akan mengundang kebinasaan kepada Islam dan Malaysia. Jangan dek kerana tekanan sesetengah pihak, pihak media sanggup menjadi pak sanggup dalam usaha menghancurkan pemahaman Islam di dalam masyarakat Malaysia.

Akhirul kalam, kita telah diberi peringatan oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Quran dalam menangani golongan-golongan seperti ini, Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat:6)

Marilah kita memanjatkan du’a agar golongan ini dan kita semua beroleh taufik dan hidayah Allah agar senantiasa dalam limpah rahmatNya. Wallahu ‘alam.

Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali
Wednesday, January 11 @ 12:57:38 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan berharap pihak TV3 khususnya penerbit rancangan Wanita Hari Ini perlu berhati-hati memilih ahli panel bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan hukum Islam.

Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz berkata, ahli panel yang bercakap tentang Islam perlu terdiri daripada seorang yang mahir atau arif dengan perundangan Islam dan bukannya mempertikaikan hukum Islam.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang mempertikaikan hukum Islam oleh wakil Sister's In Islam (SIS) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan jam dua petang pada hari Jumaat lalu.

Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya mendapat 1/8 sahaja.
Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja.

Sehubungan itu, Ustaz Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara langsung.
"Rancangan itu ditonton seluruh Malaysia kalau wakil SIS yang terdiri daripada orang Islam boleh mencabar hukum Islam, apatah lagi orang yang jahil tentang Islam," katanya.
Menurut beliau, dari segi hukum orang yang mempertikaikan hukum Islam boleh membawa murtad kerana hukuman itu sudah ada nas yang jelas.

Dewan Ulama PAS Wilayah amat kesal dengan kenyataan tersebut dan berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak membiarkan kumpulan seperti ini untuk terus menghina Islam.

Beliau berharap pihak kerajaan perlu menasihati kumpulan yang menghina Islam supaya sikap itu tidak akan merosakkan akidah mereka.

"Saya sedih kumpulan seperti ini diberi peluang bercakap tentang hukum Islam.
Kumpulan seperti ini jika bercakap tentang Islam dan tidak ada orang yang membetulkan kenyataannya sudah pasti ramai orang akan terpengaruh dengan mereka," tegasnya.
Tambahan pula katanya, umat Islam masih mempunyai tahap pengetahuan Islam yang sangat rendah.

Menurut beliau, kejahilan itu membuktikan kegagalan sistem pendidikan yang tidak menekankan tentang pendidikan Islam sebaliknya pendidikan yang ada sekarang belum boleh melahirkan orang yang mahir tentang perundangan Islam.

Sebaliknya tambah beliau, umat Islam hari ini akan lebih mudah dipengaruhi dengan idea barat atau mereka yang memusuhi agama Islam.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk bulan Januari 2006.
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
----------------------------------------------------------
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.(Al-Qamar:42)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home