Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, November 01, 2005

Bantu Hidayah Centre

Kini anda boleh menyumbang dengan sangat mudah iaitu dengan sms sahaja.

TAIP "HC5 dan Hantar ke 32672"

Kalau nak menyumbang RM10, RM15 atau RM20 tukar no 5 dengan 10, 15,atau 20.

Sebarkanlah mesej SMS yang berbunyi "HidayahCentre, Pusat Sokongan Saudara Baru anjuran JIM memerlukan dana untuk operasi. Taip "Hc5 dan hantar ke 32672" untuk menyumbang RM5.

Bila sumbangan diterima mereka akan menerima SMS "T/kasih kerana menyumbang utk HidayahCentre, pusat sokongan saudara baru anjuran JIM. Layari Hidayah Centre "

Bayangkan tiga kali nama JIM dibaca, apa lagi kalau ada yang melayari laman web kita.

TAPI realitinya adalah usaha kita ini adalah usaha "amal makruf" bukan "hiburan". Memang orang Melayu sukakan hiburan - apa tak nya, Mawi berjaya mengutip 1.7juta SMS dalam masa satu minggu. Ada yang sanggup membeli reload berjumlah RM200 hanya untuk memastikan Mawi menang. Yang pastinya bukan hanya Aura Mawi tapi publisiti meluas yang diberi oleh semua dari Media Massa nya sehingga ke cerita cerita yang keluar dari semua termasuk mak cik mak cik di kampung.

Bagaimana agaknya kita nak dapatkan aura kerja dakwah nih ya?, bagaimana nak dapatkan "passion" ke arah meralisasikan Big Picture?, bagaimana nak tukar mentality orang melayu supaya suka memperbanyakkan amal?. Bagaimana nak buat publisiti supaya ada orang di luar sana yang sanggup membeli reload RM200 hanya untuk menaip HC 5 dan hantar ke 32672 instead of taip Afundi Mawi dan hantar ke XXXXX?.

Sudi apalah kiranya, semua dermawan untuk mencuba barang sekali menaip SMS "HC 5" dan hantar kepada 32672. Kemudian war warkan seluas luasnya program realiti JIM ini ke seentero dunia. Pastikan lawati laman web HidayahCentre untuk perjelaskan tentang HidayahCentre jika ada yang bertanya. Tak payah keluar dah, tak payah nak cari masa berjam jam. Taip HC 5 dan hantar ke 32672 hanya mengambil masa 10 saat, nak forwardkan sms tentang hidayahCentre lagi 10 saat. Jumlah 20 saat - buatlah sementara lepas tarawikh ke, sementara menunggu subuh ke atau waktu rehat tengahari.

Wassalam dan JZKK atas sokongan.

Abdul Rashid

--------------------------------------------------------------

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 261)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home