Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, July 01, 2005

Tengku Mahaleel kena beri penjelasan

Assalamualaikum warahmatullah ....
Mungkin ramai pembaca blogku tertanya kenapa agaknya akan bertanya kenapa agaknya diriku tertarik dengan isu Mahaleel ini. Banyak sebabnya, salah satu adalah kerana kedudukan Proton itu sendiri dalam pasaran tempatan, kredibiliti Penasihatnya juga agak menarik untuk diperhatikan, impak penasihatnya pada kerajaan, isu para jurutera Proton dan juga pekerja Proton itu sendiri.
 
Dan isu semasa Lembaga Pengarah memohon dia meletakkan jawatan, Mahaleel disokong kuat oleh penasihat Proton sendiri. Sebaliknya lain pula yang meletakkan jawatan, Datuk Abu Hassan Kendut, Pengerusi Proton pula yang meletakkan jawatan.
 
Teringat lagi wawancara dengan sebuah akhbar tempatan ketika menemuramah penasihat Proton "Kenapa harus kita membuang seseorang yang berjaya memimpin syarikat". Mungkin kejayaan yang dimaksudkan ini adalah kejayaan membina kilang baru di Tanjung Malim tanpa bantuan pihak kerajaan. 
 
Ya, memang benar Proton berjaya membina kilang yang hebat di Tanjung Malim, tapi apakah keperluannya. Dari segi teori memang nampak mudah untuk dikatakan, tapi dari segi praktikaliti dan pelaksanaannya mungkin agak sukar. Kilang yang besar mampu menghasilkan kereta dengan kapasiti 3 kali ganda lebih banyak dari kadar pengeluaran semasa. Tapi harus diingatkan, lambakan kereta sekarang memungkin pelaburan Proton dalam membina kilang baru di Tg Malim seperti satu langkah menjerat diri. Inilah sebenarnya yang dibimbangkan oleh mantan PM kita. Lambakan kereta luar membuatkan pasaran Proton semakin sempit. Kebolehan bersaing dengan kereta luar agak diragui.
 
Berikut adalah Laporan Berita Harian bertarikh 1 July 2005, terasa macam Lembaga Pengarah cuba mencri salah mahaleel, tapi apa yang dilakukan oleh ahli pengarah adalah tepatku rasa. Siapakah Mahaleel untuk mempertikaikan polisi kerajaan dalam meletakkan dasar automotif negara.
 
Tengku Mahaleel kena beri penjelasan Tindakan pertikai dasar automotif kerajaan
 
KUALA LUMPUR: Kedudukan Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff sebagai Ketua Eksekutif Proton Holdings Bhd sekali lagi mengundang tanda tanya apabila lembaga pengarah syarikat itu meminta penjelasannya berhubung tindakannya mempertikaikan dasar automotif kerajaan.
 
Difahamkan, Lembaga Pengarah Proton memanggil satu mesyuarat tergempar kelmarin bagi membincangkan kenyataan Tengku Mahaleel dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Dalam temu bual itu, beliau antara lain mendakwa ‘layanan buruk’ terhadap Proton oleh kerajaan – yang juga pemegang saham utama syarikat itu, menerusi Khazanah Nasional Bhd.

Difahamkan, Tengku Mahaleel tidak menghadiri mesyuarat kelmarin kerana berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Dalam mesyuarat itu, Lembaga Pengarah Proton dikatakan membuat panggilan telefon kepadanya meminta beliau menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuatnya dalam temu bual dengan akhbar berkenaan.

Beliau juga dikatakan diberi tempoh sehingga akhir minggu ini untuk memberi jawapan kepada lembaga pengarah syarikat berhubung perkara itu.

Lembaga Pengarah Proton tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu dan setakat ini, tindakan yang mungkin dikenakan terhadap Tengku Mahaleel jika mereka tidak berpuas hati dengan penjelasannya, belum dapat dipastikan walaupun timbul spekulasi kononnya Tengku Mahaleel akan dipecat.

Difahamkan, mesyuarat tergempar kelmarin dipanggil oleh Pengerusi Proton, Datuk Azlan Hashim, yang kemudiannya memaklumkan perkara itu di mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah Holdings, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Tengku Mahaleel gagal dihubungi untuk mengulas tetapi jurucakap Proton, Fauziyah Abu Hassan berkata, syarikat itu tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi.

“Saya rasa orang yang paling sesuai dihubungi untuk mendapatkan ulasan ialah dengan (ahli) lembaga pengarah (Proton),” katanya.

Perkembangan terbaru ini bukan yang pertama membabitkan Tengku Mahaleel dengan Lembaga Pengarah Proton. Sebelum ini, beliau pernah mengalami masalah hampir sama iaitu ketika syarikat itu dikuasai Petronas.

Awal tahun ini, Datuk Abu Hassan Kendut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Proton selepas keputusan lembaga pengarah syarikat itu untuk tidak memperbaharui kontrak Tengku Mahaleel, ditarik balik.

Tengku Mahaleel mula berkhidmat di Proton apabila dilantik Naib Pengerusi (Strategi dan Operasi) syarikat itu pada April 1996 dan menjadi Ketua Eksekutifnya pada 1997.

 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home