Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, July 02, 2005

Kapar Power Plant

Alhamdulillah ….
Semalam bertapa di SJSSAA, Kapar sehingga hampir waktu Maghrib.
Alhamdulillah tugasan hamper selesai yang satu nie.
Bulih tahan amik banyak gak gambar, ada satu scenary tu agak menarik, dari depan power plant.

Tapi ada plak perkara yang tak diingini berlaku.
Sampai Seremban ingat nak transfer image ke notebook, tapi hajat tak kesampaian.
Tetiba SD card kamera macam rosak.

Habih la den,
Dah la kamera adik den tu,
Sedih sangat-sangat dibuatnya.
Terpaksa lah menggantikannya kalau betol2 rosak.

Terasa macam ingin meletakkan gambar Kapar Power Plant aka Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz (SJSSAA).
Gambar ini bersaiz 1024x768, sesuai untuk desktop.
Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengsavekannya, anda hanya perlu klik pada gambar untuk mendapat imej saiz sebenar.

Klik disini untuk melihat gambar size sebenar.

This photo was taken from the New Ash Pond.


Nota Kaku
Sebenarnya kan, mengdownload gambar dari kamera dengan menggunakan card reader nie kurang bagus, lebih elok kalau kita download/transfer gambar gunakan USB cable yang dibekalkan. Notebook sy ada built in card reader, dalam minggu nie menggunakan card reader sebab tak amik cable dari adikku. Tapi dek kerana guna card reader tu lah kot SD card tu rosak.
--------------------------------------------------------------
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat)..” (Al-Araaf:147)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home