Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, May 24, 2005

Terima Kasih Makcik


“Dik?dik?” beberapa kali makcik separuh umur itu memanggil namun panggilan mak cik separuh umur itu tidak dijawab.
“ Doktor?doktor?” barulah panggilan makcik ini dijawab.

Terasa macam drama swasta plakkan. Tapi inilah realiti yang dihadapi oleh seorang makcik yang bertugas di Dewan Selera MRSM Serting.

Ana rasa nak tulis sependek mungkin untuk renungan kita bersama, terutama kepada mereka yang terdiri dari golongan professional, lebih-lebih lagi sebagai peringatan kepada diri ana sendiri dalam mengharungi kehidupan dunia ini.

Doktor yang dulu merupakan seorang pelajar MRSM Serting kini telah berjaya menjadi seorang doktor perubatan di sebuah Hospital Kerajaan.

Rentetan cerita ini telah diceritakan oleh makcik Teh yang bertugas sebagai Tukang masak di sekolah kami. Ana berkesempatan untuk ke sekolah dalam hujung minggu lepas bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara mengenai Sambutan 10 Tahun MRSM Serting dengan pihak pengurusan sekolah terutamanya makcik Teh.

Dalam awal tahun ini makcik teh dikurniakan oleh Allah dengan satu ujian, anaknya lelakinya kemalangan jalan raya, alhamdulillah anaknya selamat dan anaknya dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjutan.

Tatkala menjaga anaknya di hospital dia ada terperasan seorang doctor perubatan yang dirasakannya kenal, dalam ingat-ingat lupa dia merasakan doctor itu adalah bekas pelajar MRSM Serting.

Duk panggil 2, 3 kali dengan panggilan adik tidak disahut panggilannya itu, selepas itu tergerak hati makcik teh untuk memanggil doctor, bila dipanggil doctor barulah bekas pelajar ini berpaling. Tapi masih dalam kekeliruan.

Makcik Teh pon bertanya “ Dr. nie pelajar MRSM Sertingkan?”
“Iya, mana makcik tahu” jawab dan soal si doctor.
“Makcik nie kan tukang masak kek DS kamu dulu-dulu, tak konal ko dongan makcik.”
“Maaf makcik saya tak berapa perasan makcik”…selepas itu mereka terus berbual …

Menurut kata makcik Teh sikap bekas pelajar ini terhadapnya membuatkan dia rasa tidak best. Seolah-olah sang dr. ini tidak pernah mengenal dirinya, jika tidak perasan tidak mengapa, tapi sikap acuh tak acuhnya membuatkan makcik terasa sedikit.

Sungguhpon jika kita sudah berjawatan besar, jangan kita lupa akan orang yang pernah berbakti dalam hidup kita, walaupon sedikit. Jika kita tidak perasan orang itu sekalipon jangan kita tonjolkan sikap acuh tak acuh diri kita. Sikap ini akan membuat orang merasa kurang senang dengan diri kita.

Ini belum lagi menjawat jawatan yang lebih besar. Katakan kalau dah menjawat jawatan Pengarah Kesihatan sekalipon, janganlah kita lupakan jasa orang kepada kita.

Tanpa makcik DS sewaktu kita belajar dulu, pasti kita kebulurrrr....

Apa ada dengan gelaran? perlukah kita hanya menjawab panggilan orang yang hanya memanggil kita dengan jawatan kita.

Mungkin ada pembaca blogku akan mengatakan, ana bersangka buruk pada dr tersebut, tidak, ana tak bersangka buruk dengan dr itu, deep in my heart I hope she don’t do what the makcik DS had told me.

Cuma disini ingin mengetengahkan suatu suasana yang mana jika kita berada dalam golongan professional jangan lupa orang, jika tak perasan seseorang itu sekalipon jangan kita tonjolkan sikap acuh tak acuh kita pada orang tersebut.

Ana dan sahabat ana datang 2 orang secara ad-hoc ke MRSM Serting pada hari Sabtu tempoh hari, it was a nice comeback, ana personally terkejut tengok perubahan besar sekolah, selain dari itu ana terkejut dengan sambutan dari makci-makcik DS.

Hanya tinggal 4 orang sahaja anggota kerja Dewan Selera dari batch ana, siap sediakan minum petang lagi. Berburak macam dah kenal lama, especially sahabat ana yang memang talkative.

Seronok juga berbual dengan makcik-makcik nie, depa siap mintak cenderahati dari kami, tapi nak bagi apa? kami tak bawak apa-apa. Ada sekali tu seorang bekas pelajar datang ke MRSM dan menghadiahkan cap kepada mereka, mereka bulih ingat sampai ke la nie, siap mention waktu kami pi aritu ….

Sekadar mencoret sebelum pulang dari Upis ….
--------------------------------------------------------------
“Kerana pertolongan Allah. Dia akan menolong barangsiapa yang dikehendaki. Dan Dia adalah Maha Perkasa, Maha Penyayang.Janji Allah!! Tidaklah Allah akan menyalahi janjiNya. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Rum:5-6)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home