Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, May 12, 2005

Tasik Chempaka, Bangi


Waktu balik dari office hari nie (11 May 2005) singgah sebentar di 7 Eleven untuk membeli sedikit makanan untuk mengisi perut yang agak kekosongan setelah hamper separuh hari berada di Kapar Power Station.

Lepas beli Bun den poie laa kek bahagian majalah dan akhbar. Satu perasaan yang lama sudah kurasa Cuma tidak berkesempatan untuk meluahkannya diblog. Satu kisah lama, kisah Asmaradana di Tasik Chempaka Bangi. Marah betul aku, mula-mula dengar khabar ini dari satu forum bekas pelajar sekolah den, yakni Mastika keluaran bulan April 2005 mengeluarkan kisah ini. Nasib baik tak berkesempatan untuk membacanya, ramai yang mual dan sakit hati dengan cerita itu.

Pada keluaran Mei juga majalah yang sama berkesemptan membacanya, itupon secara tak sengaja ketika berziarah seorang sahabat yang dimasukkan di hospital Putrajaya. Memang menyakitkan hati, hari nie waktu nak keluar dari 7 Eleven terbaca plak main page satu akhbar MURAHAN akan topic yang sama. Dah tak de topic lain ker nak tulis haaaa???

Penulis satu hal, yang membuat maksiat lagilah menyampah den. If you don’t want to act like a Muslim. Please don’t tarnished the image of MUSLIM in Malaysia!!!!!! Jangan duk buat muka tak malu bercengkarama kat khalayak ramai. Bila kena tangkap tahu malu, waktu buat tak tahu malu ngan orang sekeliling. Jangan duk menyusahkan ajk surau, jabatan-jabatan agama dan lain-lain organisasi yang terlibat dalam aktiviti mencegah maksiat, mereka ni banyak lagi tuntutan yang nak disempurnakan. Bukan nak pi tangkap orang bercengkarama sahaja.

Buat-buat penulis cerita-cerita murahan ini, janganlah terus menerus mendedahkan kepincangan ini. Malu umat Islam kat Malaysia nie, malu dengan orang beragama lain. Yang korang tak rasa mual ke duk publish cerita yang sama, walaupun dari tabloid atau magazine yang berlainan. Menulis atas dasar nak menunjukkan kebenaran. Ya den agree, ini satu kebenaran, tapi tak perlu lah duk ulang tayang cerita yang sama modus operandinya. Cara mudah untuk menaikkan rating tulisan anda.

Percayalah kalau rating anda naik sekali pun hanya untuk satu berita yang murah ini. Itu pon dek kerana ada unsur erotik. Tulisan-tulisan blogger seperti pakdi, nik nazmi dan lain-lain den ghaso lobih bermutu dari cerita yang ditulis tanpa memerlukan akal fikiran.

Apo lah penulis-penulis nie, tak pernah fikir ker bagaimana impression non-muslim kepada kita semua, fikir-fikir lah apabila menulis, terlalu acapkali sangat mendedahlan benda yang sama tidak membawa apa-apa manfaat.

Ada orang cakap kalau den mual, den bonci, toksah laa baco….. Yo memang den tak baco pon, sobab ceritanya lebih kurang sama jer. Cuma kalau dah font frontpage nyer sebesar 30 points takkan tak nampak, den kalau bukak spec pon bulih nampak tulisannya. Tapi apo yang den concern sebenarnya pandangan orang sekeliling, pandangan non-muslim, kesan pada golongan remaja bila membaca berita ini. Arghh … nie perkara biasa, dalam paper sibuk orang memperkatakan benda nie. Ini perkara biasa, dari membaca mereka akan mencuba.

Wallahu ‘alam … mencoret berserta unsur geram dek kerana berita yang den terbaco tadi.

Dibawah ini den sertakan satu lagi ketidak puas hatian orang ramai disebabkan kenaikan harga petrol. Mengambil dari email seorang sahabat. Bahasanya sudah diedit serba sedikit kerana ada unsur-unsur kemarahan terlampau.

----------------------------------------

Ada orang-orang di atas berceloteh mengenai kenaikan harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di Malaysia.

Sayang seribu kali sayang, begitulah pemikiran seorang pemimpin cetek pemikiran, ilmu hisab darjah satu pun masih tak paham-paham. Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter orang Britain (British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan).
Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81) seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.52 seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang makanan lagi. Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur dengan harga yang amat murah.Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa RM50??? Sardin cap ayam pun dah dekat RM2.30 setin

Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain oleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas kerja 6 bulan. Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam.......

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam dunia.

--------------------------------------------------------------
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, (Adz-Dzaariyaat : 20)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

bn mmg bodo. kerajaan gile. naikkn la gaji semua org ke 20k sebulan dan semua barang tu dimurahkn. bengong punya kerajaan. debik kang.

17/1/08 13:22  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home