Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, May 30, 2005

Tanpa Tajuk


Alhamdulillah perjalanan Sambutan 10 Tahun MRSM Serting selesai dilaksanakan pada hujung minggu lalu di PD Palm Spring Resort. Setelah agak lama dirancangkan, dan setelah berapa kali hamper gagal akhirnya pihak AJK Ansara Serting berjaya juga menganjurkan Sambutan 10 Tahun MRSM Serting.

Alhamdulillah ada beberapa orang guru bersama ahli keluarga mereka hadir dalam majlis yang kukira agak menarik. Ustazah Hashimah, Cikgu Suhairy, Cikgu Kamaruzza, Cikgu Hamidah dan juga Cikgu Hashimah. Terima kasih cikgu.

Beberapa Exco Ansara Pusat juga hadir pada majlis ini. Antara compliment yang manis yang diutarakan oleh AJK Ansara Pusat ialah ucapan tahniah kepada AJK kerana berupaya mengumpulkan bekas-bekas pelajar MRSM Serting dari Batch pertama sehingga Batch ke sepuluh. Mabruk!!! guys ….

Alhamdulillah, penginapan juga agak menarik. Terima Kasih Semua….

Sebenarnya hari ini ingin berkongsi artikel yang kukira menarik juga yang sempat kubaca pagi tadi yang terdapat di dalam Mingguan Malaysia semalam.
Isu mengenai Lawatan Mantan PM kita Tun. Dr. Mahathir ke Palestine. Pengalaman pahit beliau disana. Ada perkara yang diutarakan oleh Mahathir nampak menarik tapi sebagai manusia biasa ada juga kelemahan yang terdapat dalam jawapan yang beliau berikan kepada wartawan.

Pendedahan dari beliau agak menyedihkan, dengan apa yang dilakukan oleh ZIONIST. Tapi personally sy rasa wartawan yang menemuramah Dr M perlu serba sedikit membuat homework dalam Isu Israel-Palestine ini, kadangkala terdapat soalan yang kurang menarik diajukan. Apa-apa pon terima kasih wartawan kerana membuat temuramah ini.

Artikel kedua ialah catatan pengembaraan Mukhriz Mahathir yang turut bersama bapanya ke Palestine.

Dan artikel ketiga terjumpa ketika berjalan-jalan kea lam siber sewaktu nak mencari gambar Mat Det.

Disini ana letakkan linknya, baca sambil berfikir(Itupon kalau nak baca).

1. Jangan berhenti kutuk Israel - ``Kalau tahu kezaliman Yahudi kita tidak akan bersimpati
2. Catatan Perjalanan Mukhriz Mahathir
3. Malaysian PM Repeats Charge That Jews Rule the World


Wallahu ‘alam
--------------------------------------------------------------
"Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku; (Nuh:3)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home