Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, May 16, 2005

Salam Hari Guru


“Guru Berkualiti, Pemangkin Kegemilangan”, itulah ungkapan tema hari guru tahun ini.

Kepada guru-guru,jasamu menabur ilmu kepada anak murid mu sememangnya tidak dapat disangkal oleh sesiapa pon di dunia ini. engkaulah muallim, engkaulah murabbi engkaulah sahabat, engkaulah segala-galanya. Terima kasih kepada semua guru-guru di dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya.

Terima kasih banyak-banyak wahai guru-guruku sedari diriku di sekolah rendah hinggalah diriku tamat di universiti, dan juga guru-guru informalku. Jika hendak kusebut satu-satu nama guruku disini mungkin tidak kesemuanya kuingati. Enam buah sekolah yang telah kuhadiri sebelum diriku ini mengikuti pengajian di alam pre-U dan Universiti membuatkan diriku tidak ingat semua guru-guruku. Sekali lagi kuucapkan Thank You cikgu.

Kepada sahabat-sahabat yang berkecimpung dalam dunia perguruan kudu’akan kalian menjadi seorang guru yang diredhaiNya, kepada sahabat-sahabat yang menjadi guru-guru part time juga diharapkan kalian sentiasa dalah kerahmatanNya. Sama-sama kita laksanakan tanggungjawab kita dengan niat untuk meraih keredhaanNya.

Akhir kata, Selamat hari Guru & terima kasih cikgu...

----------------------------------------------------------

“Hati adalah organ yang paling mulia, manakala mengajar dan menjadi guru pula adalah pekerjaan yang paling mulia – antara kata-kata Imam Nawawi -.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home