Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, May 05, 2005

Petrol Oh Petrol



Hari ini diriku sedikit kecewa dengan kenaikan harga petrol. Baru sahaja harga petrol dinaikkan dalam bulan Oktober yang lepas harga telah kembali naik pada hari ini. Banyak juga naiknya, kenaikan RM0.10.

Setahun yang lepas harga minyak adalah lebih kurang USD35.00 / barrel dan harga itu meningkat pada penghujung tahun 2004. Dan kemuncak kenaikan harga minyak tertinggi dalam pasaran dunia ialah pada awal April 2005 iaitu USD58.28 / barrel.

Dan antara perkara yang paling menarik tentang situasi minyak antarabangsa ini ialah, tatkala harga minyak antarabangsa sudah mula menampakkan penurunan harganya, Malaysia pula sedang menaikkan harganya. Pasaran miyak mentah antarabangsa seperti dilaporkan semalam telah menurun pada takat bawah USD49.00 / barrel.

Mungkin ada yang mengatakan diriku tiada perasaan belas-kasihan dengan kerajaan, sanggup melihat kerajaan menanggung subsidi bernilai RM16 Billion setahun termasuk cukai (8 Billion harga minyak mentah dan hampir 8 Billion cukai berbayar). Bukannya diriku tidak kasihan dengan beban yang ditanggung oleh kerajaan, memang ada perasaan kasihan, tapi apa guna wujudnya sebuah kerajaan jika tidak membantu meringankan beban rakyatnya. Ada kedengaran juga bunyi-bunyi mengatakan inilah akibatnya jika tiada suara pembangkang di dalam Dewan.

Mungkin juga ada kebenarannya dakwaan sesetengah pihak itu. Dengan kehadiran pihak yang membangkang sudah pasti untuk membuat sesuatu keputusan agak sukar. Di sini mungkin win-win situation bulih dicapai.

Sedarkah kita kerugian sebanyak ini (RM16 Billion) tidak akan ditanggung selama-lamanya oleh kerajaan kita. Perlu diingat, unjuran ini dilakukan berdasarkan pada harga minyak antarabangsa sekitar USD 54 / barrel, tapi seperti yang dilaporkan semalam oleh laman web Opec, harga minyak sudah turun pada paras bawah USD 49 / barrel. Ini bermakna bebab subsidi sudah bukan pada nilai RM16 Billion.

Personally diriku merasakan kadar kenaikan pada Oktober lalu agak berpatutan, tatkala kerajaan sedang berdepan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak pada ketika itu. Kenaikan RM0.05 masih bulih diterima oleh ramai anggota masyarakat, kenaikkan 10 sen pada masa ini agak keterlaluan untuk satu tempoh masa yang singkat. Dalam tempoh masa tak sampai setahun jumlah kenaikan sudah mencapai 15 sen. Dalam bahasa yang mudah, kalau nak naikkan, naikkan lah bila perlu, tapi bila rasa keadaan dah ok turunkan lah balik harganya. Mungkin ini lebih relevan. When was the last time the petrol price was cut down? Macam tak pernah berlakukan?

Tidak perlulah memansuhkan petrol sebagai barang kawalan jika ingin mengikut pasaran semasa sekalipun. Harga petrol masih perlu dikawal. Bayangkan jika harga petrol kembali berada pada paras USD 35 / barrel dan harga petrol kita masih pada harga RM1.52. Rasanya macam tak wajarkan?

Sekadar menulis melepaskan kegeraman. Wallahu ‘alam .

-------------------------------------------------------------
" Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).”(Al-Ana’am:88)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home