Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, May 19, 2005

Misi Suara Hati 2


Sekadar ingin mencurahkan buah fikiran di dalam blog dengan perjalanan program Misi Suara Hati yang dianjurkan oleh Astro dan Yayasan Budi Penyayang.

Diriku bukanlah penderma yang menyumbang dalam suatu jumlah yang banyak dalam perjalanan projek ini, namun dengan kadang-kala mengikuti perkembangan pelajar-pelajar ini rasa untuk menderma wujud secara automatic dalam diri ini, alhamdulillah ada jugalah sumbangan kecilku ini untuk 2 orang adik yang memerlukannya.

Kekurangan pengalaman membuatkan pelajar-pelajar ini menunjukkan mereka kurang menggunakan sumber yang ada di negara kita yang terkenal dengan budi bahasanya ini untuk mengisi dana, insyaAllah pengalaman manis mereka ini akan mereka gunakan sebaik mungkin di masa hadapan. Bukan diriku hendak menyalahkan mereka secara total dalam perkara ini, cuma ada beberapa perkara yang diriku rasa kekurangan dalam pelajar-pelajar ini mengumpulkan dana.

Sebelum diriku menyuarakan pandangan berdasarkan pengalaman bagi menambah dana elok kiranya kuutarakan satu perkara yang ku rasa kurang sesuai dengan fikrah kita. Secara peribadi, I’m against the concert in order to raise money for these 2 unfortunate kids. There are lots of way to raise money in a proper ways, and I don’t think so this idea was really a good idea, in fact the idea is forbidden. Kalau diriku dihampiri oleh para peserta misi suara hati dan meminta diriku menyumbang untuk malam konsert mereka, definitely I would say NO!!!, nasib baik laa depa nie tak datang kek den, kalau tak tahu la apo den nak cakap kek depa.

Satu lagi part yang kelakar malam tadi ialah kenyataan hos rancangan Misi Suara hati ni, Is it an appropriate way to ask people especially muslim to buy the table to see the concert? Marilah kita menderma dan beramal lebih-lebih lagi pada hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah hari yang mulia.(macam lucu jer bunyinykan) Untuk pengetahuan pembaca blog ku yang tidak dapat mengikuti projek ini, konsert itu akan diadakan pada 20 Mei ini, yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Macam tak kena jer, berderma untuk melihat perkara yang forbidden. Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah, mungkin mereka tidak peka dengan perkara ini. Mungkin? Husnu Zuhn lah yer …..

Secara ringkasnya collaboration peserta projek dengan badan berkuasa agak sedikit lemah. Mereka bertindak seolah-olah terlalu meminta daripada anggota masyarakat.

Di sini ingin kukongsi satu pengalaman yang benar-benar kualami dalam tempoh 3 bulan lepas, memang agak sukar untuk dipercayai, dalam tempoh kurang dari tiga jam berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM19,000.00…. Quite a huge amount I think. Macam mustahil tapi itulah realitinya. Sebenarnya banyak cara yang ada dan boleh diaplikasikan oleh pelajar-pelajar yang menyertai projek ini selain dari menambahkan lagi aktiviti kurang sihat yang semakin bertambah dari semasa ke semasa atas nama kerja amal or in the right words perkara mungkar.

The RM19,000.00 was raised during Forum Perdana Surau An-Nur. A magnificent figure, walhamdulillah ….. Sebenarnya jika pelajar-pelajar ini berpeluang membuat koloborasi dengan pihak-pihak seperti JAKIM atau IKIM yang sering mengadakan siri Forum Perdana dan Forum Bicara Ad-Deen insyaAllah mereka bulih mengumpul dana dengan lebih banyak. Tidak ada salahnya seorang Muslim menderma untuk non-muslim…Ada sesiapa kata salah? Jika sesuatu program Forum Perdana yang dianjurkan oleh JAKIM, kebiasaannya akan meliputi kawasan yang luas dan berkemungkinan besar juga penonton / audience nya agak ramai. Di sini jika kena pada caranya insyaAllah JAKIM akan memberi ruang untuk projek ini, tak perlu lama cuma dalam 15 minutes buat a simple presentation slide complete with the video and then distribute the the tabung, insyaAllah bulih. Bak kata slogan Malaysia Boleh !!!! Yang sebenarnya Rakyat Malaysia Boleh !!!!

Tapi yang peliknya depa nie lebih interested untuk mengutip dana ditempat-tempat yang kurang tepat. Baru-baru ini mereka mengadakan satu kutipan di My Friends Corner milik seorang deejay, dan hasil kutipannya pula agak kurang memberangsangkan, hanya sekitar RM600.00, dalam masa tabung itu diedarkan kedengaran suara-suara artis yang berkata, seringgit tak maulah yer, kasi lah lebih sikit. Memang betul jumlah yang sedikit tapi jika diberi dengan ikhlas pahalanya ada, tapi kalau bulih hulurkan lebih sedikit. Kutipan yang hanya menjejak RM600.00 ku kira agak sedikit, pada mulanya kukira kutipannya mungkin banyak jika berdasarkan kepada orang yang hadir ditempat makan itu, tapi sangkaan ku meleset sekali. Alangkah baiknya jika mereka memilih tempat yang lebih tepat.

Satu lagu perkara yang mereka mungkin mereka lupa dalam menambah dana ialah online power. Internet is one of powerful medium to promote this project especially Astro is not applicable to all people in Malaysia. Secara peribadinya diriku pernah mengemail para peserta projek ini dengan idea mempromosikan projek mereka secara online dengan membina satu blog, a simple blog, a simple posting pon tak pe. Paling tidak pon mengkhabarkan pada masyarakat jumlah kutipan setakat ini.

Bagi diriku, kesempatan yang kurang disebabkan terlalu banyak tugasan yang hendak dilaksanakan bukanlah satu alasan yang munasabah. Cuma memerlukan simple update, jika sibuk sekalipon just update the total amount of money, because this project is all about money. The Malaysian citizen would like to know the status.

Teringat Apprentice Season 2 dalam satu task yang diamanahkan kepada mereka, mereka menggunakan online power untuk memastikan jualan murah baju pengantin mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari bakal-bakal pengantin. Bagaimana mereka berupaya membuat demikian? A good collaboration with the Bridal Boutique, create a win-win situation for the boutique and the apprentice candidates itself. Depa pi mintak email address sebanyak lebih kurang 3,000 bakal pengantin dan hantarkan kepada mereka dan pada masa yang sama mereka menggunakan stok-stok lama baju pengantin untuk dijual dengan harga murah. Stok lama pon habis terjual, their corporation pon menang. A good example of online power and good collaboration.

Di Yahoogroups sahaja ada berapa banyak groups yang disertai oleh penduduk Malaysia. Diriku hanya pernah sekali sahaja menerima email mengenai projek ini dari seorang mailis di hidayahnet, sepatutnya kepelbagaian medium menyampaikan harus lebih digunakan.

Secara amnya saya mengajak seluruh rakyat Malaysia dan juga diri saya sendiri agar kita bersama-sama membantu pelajar-pelajar ini dalam menjayakan misi mereka ini. Tanpa kita, usaha murni mereka membantu mereka ini tidak akan berjaya. Setiap insan yang diamanahkan tugasan sudah pasti tidak mahu akan kegagalan. Marilah sama-sama kita membantu mereka dengan menghulurkan derma-derma ikhlas kita. Tapi satu jer saya berharap, kalau bulih kita janganlah membantu mereka dalam membeli meja-meja konsert yang dianjurkan oleh mereka. Kita tidak mahu saham kita tidak bernilai disisiNya. Kita mahu melihat satu usaha kearah mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang prihatian dengan makhluk Allah yang kurang bernasib baik.

Kita dikurniakan nikmat yang terlalu banyak oleh Allah, andai satu nikmat kita ditarik olehNya pasti kita akan rasa kehilangan. Sama-sama kita bayangkan jika nikmat mata kita ditarik. Sudah pasti kita tidak dapat melihat lagi alam ini. Kita sebagai makhlukNya teramat wajarnya selalu bertahmid memuji dan bersyukur kepadaNya yang melimpahkan kita dengan nikmat yang terlalu banyak ini….. Alhamdulillah ….

Wallahu ‘alam …
Jazakumullahu khairan katheera …..

--------------------------------------------------------------
There is no day that dawns upon the servants but two angels descend during it. One of them says, “O Allah! Give to the person who gives (in charity)” ; while the other one says. “O Allah! Destroy the one who withholds (charity) – Narrated by Bukhari

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home