Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, May 08, 2005

Kelahiran Yang Teristimewa


Assalamualaikum warahmatullah ….
Terasa dikesempatan ni nak bercerita mengenai hidup sehari plak.

Pada pagi hari berpeluang pergi ke rumah cikgu amir (ayah Syariz) yang merupakan jiran kami sekeluarga yang mengadakan sedikit makan-makan sempena kepulangan cikgu amir dengan makcik Nab dari mengerjakan umrah. Alhamdulillah, setiap kali dengar cerita orang mengerjakan ibadah umrah rasa excited lah plak. Pengalaman mereka yang bermacam-macam menarik untuk didengar.

Suatu pengalaman yang kukira menarik yang diceritakan kepadaku ialah kesempatan mereka merasai hujan batu, MasyaAllah…suatu pengalaman yang menarik. Bagaimana hujan yang berdetup-detup turun, dan apabila dipegang ia cair. Hebatnya ciptaan Allah. Mereka pergi dengan menggunakan khidmat Ust. Halim, mungkin kalau anda dari kawasan Seremban kenal siapa agaknya Ust. Halim nie, memang antara mutawif yang glamer di Seremban.

Alhamdulillah hari nie berkesempatan menghantar kereta kesayanganku untuk diservis. Sememangnya sudah patut diservis, malahan dah terlebih 1,000 km kalau diikutkan saranan pomen. Sepatutnya servis every 5,000 km, nie dah siap terlebih 6,143 km. Tukar oil filter, tukar engine oil, tukar mentol third brake dan mentol lampu depan sebelah kiri. Memang rutin pengservisan keretaku adalah di Seremban kerana sememangnya dah biasa berurusan dengan pomen yang sedia ada, malahan semua kereta familyku dan juga kereta pejabat abiku akan dihantar ke kedai ini.

Pada sebelah petang hanya berehat-rehat di rumah. Seusai solat maghrib waktu hendak pulang ke rumah singgah sebentar di pejabat Abiku, tengok dia tengah duk menyelesaikan beberapa urusan. Setelah agak lama tidak membuat rutin yang biasa dibuat suatu ketika dulu, kesempatan yang hadir kugunakan untuk membantu abiku menyelesaikan urusannya. Alhamdulillah sampai jam 11 malam barulah diriku pulang ke rumah.

Balik-balik rumah tengok bondaku sedang menontoton slot cerekarama. Macam dah jadi rutin bondaku dan adikku Syaza menonton slot Cerekarama dan Majalah 3 setiap hari Sabtu. Selalunya diriku tidak ambil pusing dengan slot cerekarama ini. Memang kadang-kala ceritanya agak menjengkelkan. (ada ke perkataan tu?). Tapi slot cerekarama kali ini membuatkan diriku tertarik untuk melihatnya. Pada mulanya ingatkan nak makan tapi terpanggil dek selawat yang berkumandang di TV.

Kelahiran Yang Teristimewa itulah tajuk slot cerekarama minggu ini. Mengisahkan seorang muslimin yang bernama Abdul Muhaimin yang terpesong dari tuntutan Islam berusaha untuk menjadi seorang muslim yang dicintaiNya. Menceritakan bagaimana Mim (Abdul Muhaimim) memperoleh Nur Hidayah Allah. Bukan dari anggota keluarganya tapi dari temannya ketika terlantar di hospital yang merupakan saudara baru. Bukan bermakna keluargan Mim tidak mendidiknya tetapi kerana dek kerana kekerasan kepala Mim sendiri.

Mim terlantar di hospital setelah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Di hospital dia koma selama 3 minggu, kemudian apabila dia sedar dia tidak boleh berkata-kata. Di hospital beliau bersua dengan Muhammad Ridzuan yang merupakan seorang saudara baru.

Dan disinilah titik mulanya Mim mengenal bibit-bibit erti apa itu Islam. Terbit rasa penyesalan dalam dirinya selepas mendengar apa yang disampaikan oleh Muhammad Ridzuan.

Kenapa kukatakan cerita ini agak menarik, pertama terdapat unsur-unsur dakwah dalam plot cerita ini. Seorang yang keras kepala akhirnya memperoleh Nur Ilahi dari seorang mualaf. Secondly, extensive usage of Al-Quran verse in order for Muhammad Ridzuan (the mualaf) to reveal the sweetness of Islam and Iman to Mim.

“Kau sepatutnya bersyukur Mim, kau dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, kau umpama telah diberi kunci untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kau hanya perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanahNya dalam menyelusuri kehidupan ini. Tapi aku Mim baru kini beroleh Nur Hidayah dariNya Mim, aku perlu menunggu untuk memperolehinya Mim, Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku kini seorang Muslim.”

Lihatlah betapa sepatutnya bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang kita perolehi sejak kita lahir lagi. Adakah kita bersyukur dengan kurniaan Allah yang paling Agung ini? Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang senantiasa bersyukur.

Drama-drama seperti ini lah yang sepatutnya diperbanyakkan di kaca TV kita. Drama-drama inilah yang lebih sesuai dengan usaha kerajaan melakukan pendekatan Had-harinya bukan budaya hedonisme, budaya konsert sana, budaya konsert sini dan pelbagai lagi budaya yang bercanggah dengan syariat. Drama-drama seperti inilah yang mungkin mampu menerbitkan rasa kehambaan kepadaNya, bukan seperti drama-drama yang sering disajikan di kaca TV, yang lebih kepada memenuhi tutntutan nafsu yang terlarang atau drama-drama yang memaparkan golongan korporat yang keparat.

Walaubagaimanapun masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dalam drama ini, tetapi secara jujurnya diriku harus memuji penerbit dan pengarah serta mereka yang terlibat dalam pembikanan drama ini kerana berani dan berusaha menyampaikan mesej yang menarik melalui plot ceritanya.

Wallahu ‘alam…

Nota Kaki
Terkilan sikit sebab tak sempat tengok dari awal, jarang-jarang den makan depan tv, hari nie den makan depan tv sebab duk tengok cerita tu.
--------------------------------------------------------------
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. (Al-Insaan : 28)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home