Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, May 08, 2005

Ilkone i-800


Beberapa hari lepas waktu tengah duk buat banner Misi Suara Hati terpanggil untuk membuka laman web dek kerana status seorang sahabat di YM. Status yang bertajuk telefon Islamic yang pertama di Malaysia. Berita itu bersumberkan akhbar Berita Harian di seksyen komputernya. Di bawah ini sy pastekan ulasan akhbar berkenaan.


TELEFON bimbit pertama dunia yang memenuhi keperluan umat Islam, Ilkone i-800 dijangka akan berada di pasaran Malaysia bulan ini selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ilkone i-800 menyediakan aplikasi bersesuaian dengan keperluan pengguna Islam, antaranya seperti laungan azan bila masuk waktu, sistem arah kiblat dan kalendar Islam.

Ini adalah antara features yang kukira menarik, especially calendar Islamnya kerana kita selalu terlupa dengan kiraan tahun hijriah.

Pengurus ilkone Asia Pte Ltd (ilkone), Mohammed Ismail Abdullah, berkata setelah menunggu hampir lapan bulan, (kenapa lama sangat yer?) akhirnya ilkone i-800 mendapat kelulusan KDN pada persidangan Majlis Lembaga yang dipengerusikan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, pada 12 April lalu.

Katanya, ilkone i-800 yang membabitkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama dua tahun dengan membabitkan kos lebih RM7.6 juta mendapat lampu hijau melalui unit teks al-Quran yang bertanggungjawab terhadap produk ini berpuas hati dengannya.

“Dengan kelulusan ini, telefon bimbit unggul dunia ini yang menyediakan rumusan Islam lengkap kepada penggunanya insya-Allah akan berada di pasaran Malaysia pada bulan ini selepas kerja berkaitan seperti pelantikan rangkaian pengedar selesai,” katanya kepada KOMPUTER ketika dihubungi melalui e-mel, baru-baru ini.

ilkone i-800 pertama kali diperkenalkan di Lebanon dan diikuti Jordan, Syria, Sudan dan Algeria, selain negara Islam lain seperti Turki, Iran dan Pakistan.

Telefon dengan tiga gelombang GSM ini menyediakan waktu sembahyang automatik di mana saja penggunanya berada di dunia berserta sistem arah kiblat yang boleh menunjukkan arah Makkah dengan tepat daripada 5,000 lokasi di dunia.

Di samping itu, pengguna boleh menetapkan sistem penggera yang akan mengaktifkan fail laungan azan setiap kali masuknya waktu sembahyang daripada tiga muazzin terkenal iaitu dari Makkah, Madinah dan Mesir.

Aplikasi teks penuh al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar juga tersedia.

Inilah features kukira yang paling menarik, rujukan ayat-ayat Al-Quran bulih dibuat on the spot. Alhamdulillah ….. Menarik sungguh features nie, disebabkan features inilah insyaAllah den akan beli this phone.

Mohammed Ismail berkata, telefon ini dijangka mendapat sambutan memandangkan ia turut tersedia dengan teknologi termaju seperti skrin TFT dengan 65,000 warna tajam selain cip suara Yamaha bagi menghasilkan mutu audio hebat, khususnya untuk laungan azan.

Katanya, selain itu telefon ini menggunakan GPRS kelas 12 dan WAP 2.0 sedangkan pengeluar lain masih menggunakan GPRS kelas 8 dan 10 di samping ciri menaip, menghantar dan menerima dalam teks Arab untuk sistem pesanan ringkas (SMS).

“Untuk membolehkan ilkone i-800 ini dimiliki ramai pengguna negara ini, syarikat berusaha menjadikan harganya mampu dibeli iaitu dalam lingkungan RM1,400 di samping skim pembayaran mudah,” katanya.

Tahun lalu di CommunicAsia 2004 di Singapura, ilkone Asia merancang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk pelancaran rasmi produk ini di Asia.

Jom kita pakat ramai-ramai beli telefon nie

Baca lagi mengenai telefon Ilkone

Wallahu ‘alam…

Jalan-jalan alam siber
Sewaktu berjalan-jalan di alam siber pada cuti hujung minggu nie, terjumpa satu laman yang menarik ini.
Alhamdulillah …Lagi kejayaan Muslim di tanah asing.
--------------------------------------------------------------
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? (Al-Muzzammil : 17)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home