Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, May 03, 2005

IKLBF 2005


Assalamualaikum warahmatullah ….
Alhamdulillah hari Sabtu lepas berpeluang ke 24th International Kuala Lumpur Book Fair 2005 di PWTC. Habih office hour berehat sebentar di rumah and dalam pukul 3 lebih baru bertolak ke rumah sahabat dan seusai solat Asar baru bergerak menuju ke PWTC.

Duk bertapa kek sana sampai tutup kedai. Lebih kurang sampai kol 9 malam la ado kek sano. Lopeh t uterus balik Seremban. Alhamdulillah smooth traffic sebab pada siangnya traffic agak heavy di highway, doBot terpaksa menggunakan jalan jauh untuk mengelakkan traffic jam.

Alhamdulillah tahun nie tak de artis yang hadir kek PWTC pada hari yang den poie, cuma ada satu kumpulan yang ada di PWTC iaitu Raihan di gerai Saba Media. Mungkin hari Sabtu lepas clash dengan AIM itu yang buat artis tak dapat menghadirkan diri. Memang bersyukur sangat-sangat. Macam tahun lepas memang tak dapek nak berpusing-pusing sebab crowded sangat, agak pening kepala den. Bukannya tahun nie tak ramai, masih ramai tapi tak seramai bila artis ada. Tahun lepas nak melintas depan gerai Karangkraf pon tak dapek. Pada Pesta Buku kali ini hanya dapat berpusing dengan hati yang sedikit lapang selepas solat maghrib, jika dibandingkan dengan tahun lepas memang pening kepala.


PWTC tatkala matahari melabuhkan tirai siangnya.


Rasa-rasanya surau masjid PWTC nie kena ditambahkan lagilah tempat untuk berwudhu’, waktu berwudhu’ tempoh hari ada dengar seorang hamba Allah nie berkata, “Macam nak berwudhu’ di Mekkah la plak” … den hanya mampu tersenyum sahaja.

Tempoh hari ketika membaca blog abg Jiwarasa ada terbaca komen seorang pembaca blog beliau yang menyatakan yang dia terpaksa membawa pulang hadiah yang banyak setelah melanggan majalah-majalah terbitan Karangkraf. Kesempatan yang ada selepas solat maghrib kerana suasana sudah semakin kurang crowded membuatkan den berkesempatan untuk ke gerai karangkraf untuk membuat subscription majalah favourite den. Majalah I, alhamdulillah dapat free gift. Den amik stationery, amik 2 set, satu set den bagi kek adik den, Syaza.

Di Book Fair kali nie berkesempatan untuk membeli tiga buah buku, dan insyaAllah in the near future dah target nak dapatkan satu buku keluaran al-Hidayah publisher. Tak berkesempatan membeli tempoh hari kerana ongkosnya sudah kekurangan.

Di Pesta Buku kali ini berpeluang memiliki tiga judul buku, The International Jew by Henry Ford, The New Jerusalem ; Zionist Power in America by Micheal Collin Piper dan The Religion of Abraham & the State of Israel ; A View from the Qur’an by Imran N. Hosein. Buku The Religion of Abraham & the State of Israel; A View from the Qur’an dibeli atas request seorang sahabat agar membelikannya kerana beliau tidak mampu untuk datang ke pesta buku buat kali ke-empatnya lebih-lebih lagi pada hujung minggu kerana terlalu ramai orang pada hujung minggu. Pada mulanya beliau berhasrat untuk memiliki buku Jerusalem in the Qur’an tulisan pengarang yang sama. Malangnya buku itu tiada di Pesta Buku ini. Buku itu memang ada dijual oleh Saba Media tetapi mungkin tidak dibawa ke PWTC ini, buku ini bulih di dapati di Saba Media Outlet.

Buku tulisan Imran N Hosein ini gak menarik untuk dibaca. Perlukah kita muslim di seluruh dunia mengiktiraf taraf kenegaraan sebuah Negara Israel yang sedang dibina oleh bangsa Yahudi?

In this book also the writer tries to show us how Torah the Jews Holy Scripture (As they claim) had been corrupted by their own follower. Buku ini juga memaparkan persempadanan negeri Kana’an (Palestine kini) yang pelbagai yang termaktub di dalam Torah, ini membuktikan ianya telah diperbaiki tulisannya ataupon keasliannya sudah terusik. Mana mungkin terdapat 3 kaedah persempadanan yang diarahkan oleh Tuhan. Mana mungkin Tuhan silap dalam menurunkan wahyuNya.

Buku ini agak menarik untuk dibaca. Bahasanya juga agak mudah untuk difahami. Sesiapa yang berhajat untuk memiliki buku ini bulihlah ke outlet Saba Media yang berdekatan. Cewah … Buat promotion plak untuk Saba’ Media.


Buku The International Jew by Henry Ford dan The New Jerusalem pula tulisan Micheal C. Piper


Buku The International Jew by Henry Ford pula menarik perhatian den dek kerana ianya ditulis oleh seorang anti-Semites yang berketurunan Yahudi dan juga kerana dia merupakan pengasas kereta Ford. Di samping itu juga di dalam buku ini juga terdapt beberapa Protokol Antarabangsa Yahudi yang diasaskan oleh mereka untuk membina Negara Israel dan untuk menakluk dunia.

Buku The New Jerusalem pula tulisan Micheal C. Piper yang pernah berkunjung ke Malaysia mendedahkan beberapa taktik-taktik buruk puak Yahudi (zionis) untuk menguasai dunia dengan menguasai US. Percaya atau tidak 11% of Elite people in America are Zionist. This is a rough figure of Zionist population in the Elite American, and it do not reflect their economy power that they had established in the State. In fact the economy power of the Zionist is more than 11%. This is book is the latest book produce by Micheal C. Piper, prior to this books, he wrote Final Judgement which he claimed was banned in the US and the other controversial title was The High Priest of War which had been translated to Malay.

Sewaktu berpusing-pusing di Pesta buku tempoh hari dan ketika menyinggah di Saba Media untuk membeli ketiga-tiga buku tersebut, ada beberapa dialog yang ku kira menarik dan kelakar sedikit. Ini adalah dialog den bersama dengan seorang Volunteer di Saba Media.

Volunteer: Assalamualaikum Brother, Do you have any specific book that u are looking for?
Ana : Tak de, Cuma jalan-jalan dan pusing-pusing dan lihat-lihat dahulu. Jika ada berkenan di hati insyaAllah saya beli. Tapi ada satu buku yang saya rasa saya nak miliki sangat-sangat tapi belum berkesempatan dan tak mampu buat masa ini.(Sambil mengukir senyuman)
Volunteer: Which books brother?
Ana : Yang itu (Sambil menunding jari ke buku yang den idam-idamkan).
Volunteer: Brother mungkin bulih beli jilid by jilid rasa nya.
Ana : Tak bulih kot…sebab dah pernah tanya.
Volunteer : Biar saya cek dulu harganya, mana tahu bulih beli satu-satu.
Ana : rasa nya macam tak bulih.
Seusai dia bertanya di kaunter. Dia tersenyum.
Ana : Mahalkan harga nya,
Lagi melebar dia senyum.
Ana : Berapa yer?
Volunteer: RM3,000.00. Saya pon terkejut dengar harganya 3 grant.
Ana : Saya pernah tanya dulu, memang harganya diluar kemampuan saya buat masa ini.

Buku yang ana maksudkan ialah set lengkap Tafseer Fi Zilalil Quran. Buku ini pernah direkomenkan oleh seorang sahabat untuk didapatkan di Saba' Media, tapi harganya lah plak terlalu best.

Nota Kaki
- Layarilah Radio MISG, agak menarik juga nasyid-nasyidnya. Siap bulih request lagi nasyid apa yang hendak kita dengar. Semalam sebelum tidoq sempat dengar sikit jer Kuliah Seerah MSM siri ke 12.
MISG.fm

- Mula-mula ingat nak balik malam nie, tapi bila call PLUS dalam pukul 1230 mlm tadi dia kata trafik dari Senawang ke Seremban dan OK tapi trafik dari Seremban ke Nilai plak agak jam. Dan my mother pon kata, balik besok je la Long, terus pi upis. Den pon ghase ada eloknya den balik esok.

- Kepada sahabat-sahabat yang memesan, insyaAllah den akan poskan nyer, untuk sahabat jauh insyaAllah ianya bakal menyusul.

--------------------------------------------------------------
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yassin : 68)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home