Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, May 27, 2005

Apa itu Kebahagiaan?


Kebahagian itu bukanlah istana Abdul Malik B Marwan, bukan pula pasukan Harun ar-Rasyid, bukan rumah mewah al-Jashash, bukan harta simpanan Qarun, bukan yang ada dalam karya as-Syifa’ dalam karya Ibnu Sina, dan bukan pada syair al-Mutannabi, bukan di taman-taman Cordoba, atau kebun-kebun bunga yang lain.

Kebahagian itu, menurut para sahabat, adalah suatu yang tidak banyak menyibukkan kehidupan yang sederhana dan penghasilan yang menyegarkan.

Kebahagian menurut Ibnuk Musayyib adalah pemahamannya terhadap Rabbnya, menurut al-Bukhari Sahihnya, menurut al-Hassan al-Basyri kejujurannya, menurut as-Syafie hokum-hukum yang disimpulkannya, menurut Malik kehati-hatiannya, menurut Ahmad bin Hanbal sikap wara’nya, dan menurut Tsabit al-Bunani ibadahnya.

Yang demikian itu ialah ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. (At-Taubah:120)

Kebahagian tidak terletak pada cek yang ditunaikan, tidak pada kenderaan yang dibeli, bukan pada wangi yang semerbak, bukan pada gandum yang ditumbuk dan bukan pula pada kain yang dibentangkan.

Kebahagian itu adalah kerana keriangan hati kerana kebenaran yang dihayati, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang menjadi pedoman hidup, dan adakala ketenangan hati kerana kebaikan pada persekitaran.

Anggapan kita, tatkala berjaya meluaskan rumah, memperbanyakkan harta benda dan apa saja yang kita senangi kita telah berupaya membahagiakan diri kita, senang dan gembira. Kebanyakan perkara itu sebenarnya menambahkan keresahan di dalam jiwa kita secara tidak sedar. Kebanyakan kesenangan mata kita kita melihat sebenarnya menambahkan bebanan hutang kita. Kita membayar untuk memilikinya, jika tidak secara tunai secara hutang. Cuma hati kita terhibur seketika sahaja.

“Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah apa yang terdapat di dalam dadamu dan engkau tidak suka orang lain tahu hal itu”

Sudah lumrah alam, orang yang senantiasa berbuat kebaikan akan selalu tenang, sedangkan orang yang curiga akan sentiasa sibuk ingin tahu apa yang terjadi, apa yang terdetik di hati orang lain, benda apa sahaja yang bergerak dan segalanya.

Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan menuju kepada mereka ( Al-Munafiquun:4)

Seorang penunggang kuda memacu kudanya dengan kencang sehingga debu berterbangan di atas kepalanya. Ianya hanya ingin melihat Saad bin Abi Waqqas yang saat itu sedang mendirikan khemahnya di tengah-tengah padang pasir, jauh dari hangar binger, dan jauh dari perhatian orang ramai. Di dalam khemah itu sendiri, jauh dari keluarganya, hanya ditemani oleh beberapa ekor kambing bersamanya. Si penunggang tadi lalu mendekati khemah. Si penunggang adalah si anaknya, Umar. Si anak kemudiannya berkata kepada bapanya “Ayahanda, orang-orang sedang berebut kekuasaan, tetapi engkau hanya mengembala kambing.” Saad si ayah menjawab “ Aku berlindung kepada Allah dari keburukan dirimu, sesungguhnya aku lebih berhak memegang jabatan Khalifah daripada aku hidup dengan selendang yang menggantung di tubuh ini. Namun aku pernah mendengar Rasulullah bersabda ‘Sesungguhnya Allah sangat menyenangi seorang hamba yang kaya, yang taqwa, dan tidak menonjolkan diri.’”

Kemurniaan kualiti agama seorang muslim jauh lebih hebat daripada Kaiser kerajaan Romawi. Agamalah yang akan sentiasa bersama sehingga di syurga. Tetapi kekuasaan dan kedudukan akan padam apabila tiba masanya nanti.

Sesungguhnya Kami mewarisi bumi dan semua yang ada diatasnya, dan hanya kepada Kamilah mereka dikembalikan (Maryam:40)

Sumber : La Tahzan, Dr. ‘Aidh al-Qarni
--------------------------------------------------------------
“Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu ” (Az-Zumar:17)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home