Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, December 23, 2004

Take 10 min ....


Alhamdulillah …hari nie kembali berada di pejabat. Setelah 3 hari berpusing bersama rakan setugas yang banyak membantu. Terasa untuk mengambil beberapa minit menulis sebelum menyambung tugasan.

Dalam 2 atau 3 minggu lalu ada ke blog kamal san, blog dia nie menarik juga sebenarnya sebab ada komik. :D. Teringat akan coretan dia mengenai orang kita selalu meninggalkan solat. Solat yang merupakan tiang agama ditinggalkan tanpa rasa gusar.

Mungkin ada kebenarannya kenyataan akhi kamal san, memang kebelakangan ini sering melihat orang yang meremehkan tuntutan solat. Bukan mereka tidak tahu solat itu wajib ke atas setiap individu muslim. Mengapa perkara ini boleh terjadi yer?

Bila duduk sorang diri kadang2 terfikir, kenapa ada sesetengah manusia jika diarahkan oleh bossnya untuk melaksanakan tanggungjawab pejabat atau assignment dia akan berusaha bersungguh2 untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan itu sebaik mungkin. Ada yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk melaksanakan arahan yang disampaikan oleh bossnya.

Satu perkara yang dapat diriku pikirkan ialah faktor keyakinan kurang dalam diri individu yang mengabaikan solat ini. Jika diarahkan melakukan suatu tugasan, kita akan nampak habuannya dihujung bulan atau semasa bonus dibayar. Ini menimbulkan keyakinan dalam diri kita bahawa kita akan diberi habuan oleh majikan.

Kayakinan yang kurang dengan janji-janji Allah menyebabkan seseorang itu gagal merasakan manisnya nikmat solat serta nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Teringat satu artikel yang pernah dikongsi oleh seorang sahabat, antara kata-kata seorang saudara baru (saudara baru dalam artikel tersebut) “ Alhamdulillah, aku berterima kasih dengan Allah kerana menemukan aku dengan nikmat Islam dan Iman terlebih dahulu dari aku menemui orang-orang Islam yang lalai, jika tidak pasti aku tidak mengenal Islam.”

Sekadar meluahkan rasa hati tatkala break sat…. Perbetulkan diriku jika diri ini silap.
wallahu ‘alam

--------------------------------------------------------------
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata, wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." ( Al-Baqarah : 127).

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home