Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, December 13, 2004

Kecewa dengan KOSMO!


Sebelum berangkat pulang rasanya nak berkongsi kekecewaan tgk akhbar kosmo hari nie. Sewaktu menunggu upacara bermula kami diberi bahan bacaan, bahan bacaan yang ku maksudkan ialah akhbar kosmo.

Sesekali bertanya, apakah tujuannya penulis meletakkan satu berita yang mengaibkan di muka depan akhbar kosmo, dah tak de cara lain ker nak melariskan akhbar. Siap lotak gambar tu yg den tak tahan tu. Dah nak jadi akhbar yang sekadar wujud untuk melepaskan batuk di tangga atau akhbar yang mencanangkan berita sensasi semata-mata untuk melariskan penjualan akhbar ker? Bukan hendak menilai keikhlasan penulis berita tentang apa yang dipaparkan. Cuma menjadi tanda tanya pada diriku, jika penulis dan juga krew bertujuan menyedarkan pihak berkuasa dengan gejala sosial yang melanda di kawasan tersebut, bukankah ianya sekadar cukup untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin pihak berkuasa tidak ambil pusing dengan laporan mereka. Saya rasa jika pihak berkuasa tidak ambil pusing sekali pon jika laporan yang dibuat dapat meyakinkan pihak berkuasa mungkin mereka akan bertindak sewajarnya. Mungkinkah?

Diriku bukanlah seorang regular yang membaca akhbar kosmo, tapi bila dapat akhbar tu tadi rasa terkejut dan kecewa pon ada sebenarnye. Nak tahu apa tajuknya “Markas seks Mat Rempit” , tak ke tajuk nyer mengecewakan. Paparan yang memalukan, siap waktu den nak makan tongah hari ngan adik den ado seorang mamat nie sanggup membaca muka depan kosmo sambil berdiri sebelum mengambil makanan dia. Betapa kuatnya tarikan tajuk yang menyedihkan itu.

Yang lebih menyedihkan siap duk tayang gambar lagi. Dan yang menyedihkan lagi pengusaha bilik2 berkenaan menyatakan untuk kemudahan2 pelanggan mereka, mereka ada membuka kaunter jualan barang2 keperluan untuk pelanggan-pelanggan mereka. Sedih sebenarnya bila baca bondo cam nie, lebih2 lagi dipaparkan dimuka depan bersiap gambar, terlintas di hati kenapa sampai macam tu sekali yer masyarakat kita, ada yang melakukan maksiat tanpa rasa segan silu dan ada plak individu yang melaporkannya sekadar untuk mensensasikan akhbar yang tak laku. Poie lah cari bahan yang ilmiah sikit, bahan yang menarik sikit, masih banyak bahan menarik yang bulih dikupil. Most of the picture shown in the newspaper are men and women who seem to be like malays. (kulit sawo matang katakana, kita pon org melayu, takkan tak bulih recognize org melayu lain)

Sebenarnya den bukanlah suko sangat baco akhbar utusan nie, I rather read BH compared to Utusan. Terlalu meragukan. Dan section agamo dio pon sikit sangat. Kalu tak cayo cubo poie site dio. www.utusan.com.my , lopeh tu cubo klik link Bicara agamo dio, lopeh tu cubo lak compare ngan berita harian. Sedikit baik lah dari akhbar utusan.

Entahlah sekadar meluahkan rasa tak pueh hati malam nie. A bit ganeh sikit malam nie.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home