Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, December 20, 2004

Diari 2005 .....


Tahun depan insyaAllah akan pakai diari Islamiyah keluaran al-Hidayah publisher. Salah satu sebab den berubah angin adalah kerana diari keluaran al-Hidayah publisher ada menyediakan planner untuk setiap bulan yang mana ku kira penting juga planner nie.

Bukan nak kata sterling punya diari tidak bagus, ianya masih bagus. Cuma diriku memerlukan planner bagi setiap bulan. Kita hendak merancang sesuatu lebih mudah jika dilihat pada satu muka surat jika dibandingkan untuk membelek setiap helaian muka surat bagi mengset appointment atau tanggungjawab.

Satu lagi ciri yg patut kita lihat apabila hendak memiliki diari Islamiyah nie ialah tentang penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran. Jika kita seorang yang mobile, elakkan penggunaan diari yang mengandungi ayat-ayat suci, takut2 kita termiss place or meletakkannya ditempat2 yang tak sepatutnya.

Kedua-dua diari yang disebut di atas tidak mengandungi ayat2 suci Al-Quran. Tapi ada sesetengah yang ada dipasaran ada meletakkan ayat2 suci Al-Quran di dalam diari keluaran mereka. So far yang nampak ada satu publisher.

Jadi belilah diari keluaran al-Hidayah ataupun keluaran Sterling. Al-Hidayah kulitnya kurang menarik sedikit tetapi isinya agak menarik. Sebab utama den boli dio sobab ado planner. Sterling pon ok juga, covernya agak menarik tetapi satu kekurangan utama yang tidak sesuai dengan citarasa den ialah ketiadaan planner. OK sekadar buat promotion akhir tahun tanpa bayaran.:D

--------------------------------------------------------------
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-‘Asr:1-3)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home