Berpindah rumah
InsyaAllah dalam minggu ini atau minggu hadapan kami satu rumah akan berpindah rumah. Bersama rakan2 serumah mencari rumah baru untuk didiami. Bukan pindah rumah menconteng yer. insyaAllah diriku masih menggunakan medium yang sedia untuk menconteng (menulis).
Kami bertiga memberi laluan kepada seorang sahabat aka housemate kami untuk menetap dirumah yang sedia ada selepas dia mendirikan rumahtangga. Moga berjaya membina sebuah Baitul Muslim yang diredhaiNya Mael. Moga berupaya membina rumah yang disirami dengan mawaddah dan mahabbah. Ameennn….
Most probably berpindah dikawasan yang berhampiran juga rasanya. Antara sebab utama kerana kedudukan rumah kami buat masa ini agak strategic. Puchong berada ditengah-tengah, antara Shah Alam dan Bangi. Cuma jauh sikit dari Kuala Lumpur.
Nak pindah nie suatu yang memenatkan juga sebenarnya. Yang tak larat nyer nak angkat barang la.
Sekadar mnconteng2 di pagi ini.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home