Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, December 19, 2004

Adab Membaca Al-Quran


Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Hari nie ada peluang sedikit untuk menconteng dirumah sendiri. Bila ada free time sikit2 kek upis den poie bloghopping ke blog rakan-rakan dan sahabat2. Cuma dapek menulis komen jer di blog shbt2. Jarang berpeluang menconteng kek sini kebelakangan ini.

Salah satu adab membaca Al-Quran yang diketengahkan di dalam Sairus Salikin ialah membaca Al-Quran dengan mata hati. Macam mana yer nak membaca kitabullah dengan mata hati? Macam2 cara ada, salah satu daripadanya kita istiqamah dalam membaca tafseer, dengan cara bertadabbur kita akan lebih memahami wahyu Ilahi dan secara tidak langsung kita akan berupaya untuk membacanya dengan mata hati.

Al-Quran terus menjadi mukjizat terunggul yang kita miliki sehingga kini dan juga di masa hadapan. Didalamnya masih banyak ilmu yang belum diterokai. Terlalu banyak khazanah yang masih tersimpan didalamnya yang sedikit demi sedikit terungkai, yang mana satu ketika dahulu manusia tidak terfikir. Penemuan-penemuan sains membuktikan ianya adalah Wahyu dari Allah. Berapa ramai insan kuffur yang telah dikurniakan oleh Allah taufiq dan hidayahNya setelah mengungkai kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran.

Al-Quran jika dibaca dengan mata hati ianya akan membawa seribu tafseeran baru yang mana akan memberi manfaat kepada kita manusia begitulah antara kata al-fadhil Ust Harun Din dalam kuliahnya pada hari Khamis lepas. Antara contoh yang dikemukakan oleh beliau ialah dalam penafsiran Surah A-Fatihah.

Sewaktu beliau membuat Phd nya di Darul Ulum ada seorang sahabatnya yang juga membuat Phd di Al-Azhar. Beliau sempat bertanya kepada sahabatnya apakah tajuk thesis yang dibuat oleh sahabatnya itu. LAlu sahabatnya menjawab dia membuat penafseeran surah Al-Fatihah. Belaiu sedikit terkejut, lalu beliau bertanya lagi kepada sahabat nya itu, " La nie hang dah buat sampai mana?" Sahabat beliau menjawab "Dah hamper separuh, ada dalam 1600 muka surat yang telah dibuat." MasyaAllah … Surah yang kita baca setiap hari sebanyak 17 kali sehari yang didalamnya mengandungi 7 ayat boleh ditafseerkan sebegitu detail. Dan dalam final viva (open viva yer) sahabatnya itu yang sempat dihadiri oleh al-fadhil Ust Harun Din beliau cukup kagum dengan sahabatnya itu, sahabatnya berupaya menghasilkan sebuah tafseeran surah Al-Fatihah sebanyak 4 volume yang mukasuratnya berjumlah lebih kurang 3500 pages. Begitulah anugerah yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, ayat yang pendek mampu ditafseerkan sebegitu detail. Subhanallah…

Dan menurut beliau lagi ada juga topic yang penafseeran suatu ayat Al-Quran untuk dijadikan thesis Phd, ayat yang beliau maksudkan itu ialah ayat "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." (Al-Hijr:9) . Satu ayat untuk satu thesis Phd. Maha Suci Allah.

Mungkin ramai di antara kita kenal akan Harun Yahya, beliau banyak menulis buku-buku ilmiah. Dan salah satu buku ilmiahnya ialah Miracles of Quran yang buleh didownload dihalamannya.
Click ur mouse right button to save target as Miracles of Al-Quran written by Harun Yahya. This file is in the zip format, so u need to extract the file to get the MS Word format.

Malam tadi sewaktu bloghopping ke blog sahabat2 tersentuh dan insaf dengan berita pemergian insan2 yang dikasihi menghadap Allah. Ada 2 berita kematian thro' blogging yang ana baca, satu di Taiping dan satu lagi di Bangi yang mana kemalangan jalan raya itu berlaku di highway yang ku lalui sewaktu perjalanan ke Surau An-Nur, Bangi. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang abrar. Ameenn ... Al-Fatihah. "Kematian adalah suatu yang paling hampir dengan kita (Imam Al-Ghazali)"

Wallahu 'alam.
--------------------------------------------------------------
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Ibrahim:38)

1 Comments:

Anonymous el7cosmos said...

Mari memperbanyak membaca Al-Quran.

Kalo pngn membaca dan mendengarkan ayat-ayat Quran secara online, bisa berkunjung ke halaman ini.

14/10/09 07:46  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home