Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, June 06, 2004

Zikrullah

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

“Aku di tentang sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa Ada bersamanya ketika dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya didalam DiriKu. Dan jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan meningatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya” (Riwayat Baihaqi)

Huraiannya:

Berzikir kepada Allah s.w.t. sangat penting bagi umat Islam pada bila?bila masa saja. Sebab berzikir itu merupakan suatu Ibadat yang tidak terikat dengan sesuatu syarat. Tidak seperti solat, yang terlebih dahulu dimestikan kita bewudhuk, kemudian untuk memasuki solat juga ada syarat?syaratnya yang tertentu.

Adapun berzikir kepada Allah Taala, dibebaskan kita mengucapkannya di mana-mana saja, tanpa terikat dengan apa-apa syarat pun, asalkan tidak di tempat yang kotor, seperti di tandas, kerana tentulah tidak sesuai tempat itu diucapkan zikir atau doa. Pada tempat?tempat yang lain boleh saja kita berzikir, malah dituntut sangat untuk berzikir, agar masa tidak berlalu dengan sia-sia tanpa lidah kita mengucap dan mengingati Allah. Orang Yang sanggup melakukan seperti ini tentulah pahalanya berganda-ganda, dan Allah sentiasa ada bersama-samanya dan tetap memeliharanya.

Balasan Allah Ta'ala kepada orang-orang yang berzikir itu sentiasa lebih baik dan apa yang kita dapat lakukan. Umpamanya, bunyi Hadis ini kalau kita mengingati Allah di dalam diri kita, yakni di dalam hati, ataupun dalam keadaan bersendirian, niscaya Allah mengingati kita di dalarn DiriNya, ataupun ZatNya Yang Maha Mulia dan Yang Maha Agung. Siapalah kita, sehingga Allah Taala memberikan balasan begitu besar, dan begitu tinggi sekali. Meskipun kita menyembahNya siang dan malam, berzikir kepadaNya siang dan malam, atau seumpamanya, belum boleh kita berhak balasan seperti itu. Akan tetapi Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Penyayang. DiberiNya kita balasan sebegitu tinggi untuk menggalakkan kita supaya sentiasa mengingatiNya. Dan kalau kita terus-menerus mengingati Allah, tiada siapa pun yang akan memperoleh keuntungan daripada amalan itu, kecuali kita sendiri. Tuhan tidak akan mendapat apa?apa faedah atau keuntungan daripada zikir kita itu.

Kemudian sambung Hadis ini lagi: Kalau kita mengingati Allah di hadapan orang ramai, umpamanya di dalam majlis-majlis tahlil, tahmid dan sebagainya, niscaya Dia akan mengingati kita di hadapan orang ramai Yang lebih baik dari kumpulan kita; iaitu di hadapan para MalaikatNya. DikatakanNya kepada para Malaikat itu: Cuba kamu lihat si fulan, dan si fulan, dan si fulan, mereka mengingati Aku. Saksikanlah, bahwa Aku telah mengampuni dosa-dosa mereka. Kemudian sampuk Malikat: Ya Tuhan kami! Di situ ada si fulan Yang terlalu banyak dosanya, dan si fulan yang bukan datang untuk berzikir, yakni maksudnya lain tetapi apabila dilihatnya orang berzikir dia pun duduk bersama?sama berzikir. Maka disahut oleh Allah: Mereka itu adalah suatu kumpulan, Yang tiada seorang pun akan dikecewakan. RahmatKu mendahului kemurkaanKu. Demikianlah maksud dari sebuah Hadis Qudsi Yang lain.

Tetapi bila berzikir, hendaklah bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan rendah diri. Jangan sampai lisannya saja yang berzikir, namun fikirannya menerawang ke sana ke mari. Sebab zikir yang sempurna itu ialah bila yang disebut di lisan itu turut diikuti oleh hati dan fikiran, sehingga dia menghayati siapa yang sedang dia berzikir kepadaNya, agar dia dapat membesarkanNya dengan sepenuh perasaan dan memujiNya serta mensucikanNya dengan penuh kerohanian, agar zikir yang diucapkannya terasa kemanisannya. Cara begitulah vang sebaik-baiknva.

Kalaupun tidak dapat sampai ke tingkat berzikir dengan lisan dan hati sekaligus, namun berzikir dengan lisan saja pun memang ada faedahnya, yakni lebih baik daripada tidak berzikir sama sekali. Akan tetapi, kalau beramal itu biarlah senonoh (sempurna). Kita telah duduk penat-lelah untuk berzikir, mengapa sampai tidak menyempurnakannya, supaya kita dapat pahalanya juga sempurna dan cukup. Apa yang menghalangi kita dari mengucapkan zikir itu dengan hati yang hadir dan khusyuk, bukankah itu lebih baik, dan lebih wajar untuk kita katakan zikir kita itu ditujukan kepada Allah Ta'ala. Namun begitu, memang ada kalanya manusia itu terlalai, sehingga. tiada teringat bahwa dia sedang berzikir. Maka yang begitu pun tidak kurang faedahnya dari tidak berzikir sama sekali. Lantaran itu, lazimkanlah diri kita dengan berzikir kerana faedah dan manfaatnya banyak sekali pada diri dan untuk meneguhkan keimanan.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home