Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, June 20, 2004

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya

In The name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Minggu lepas mungkin di antara kita ada yang membaca tulisan Zuarida Mohyin di dalam akhbar utusan Utusan Malaysia. Hari Isnin 14 June 2004.Bahagian Agamanya Sewaktu menikmati makan tengahari di kedai mamak berdekatan dengan ofisku, terselak satu page yang betul2 menyentuh. Percaya atau tidak. Itu adalah realitinya. Realiti yang kita semua patut lihat sebagai satu gejala yang sebenarnya merbahaya. Solat lima waktu - 80% tidak mengerjakannya. Solat yang merupakan tiang Agama sudah mula dipandang enteng oleh masyrakat kita. Penulis (Zuarida) berpeluang menghadiri majlis pelancaran buku DFMK, yang mana di majlis tersebut DFMK mendedahkan situasi yang saya kategorikan ini parah. Sememangnya parah!!! Masyrakat melayu Islam Malaysia sudah tidak mempedulikan tuntutan agama. Tuntutan yang dianggap tiang agama. Jangan sampai kita semua terpengaruh dengan ideologi komunisme yang diasaskan oleh Karl Marx sudah ... nauzubillahi min zalik .... Idea yang berjaya mengkorup segelintir golongan masyrakat. Idea yang menyatakan Agama itu ibarat candu kepada masyarakat. Secara peribadi saya rasa Karl Marx GILA!!!!Cuba menidakkan sunatullah. Memang tak masuk dek akal kita yang waras.

Bacalah artikel yang ditulis oleh Zuarida itu. Mungkin kita akan rasa terkejut. Ada sesetengah ibubapa yang tidak sanggup mengejutkan anak-anak mereka semata-mata kasihan pada mereka (macam tak masuk akal kan bunyinya) Mungkin mereka tidak sedar dengan cara mereka ini membuatkan kanak-kanak merasakan solat itu suatu yang tidak wajib. Masa tidak mengizinkan untuk terus menulis, sekadar berkongsi bahan yang mengejutkan diriku minggu lepas. Moga kita semua sentiasa beroleh hidayah dan taufikNya agar menjadi insan yang diredhaiNya. Dalam berusaha mencari keredhaanNya marilah kita sama-sama berusaha melaksanakan segala tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home