Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, June 01, 2004

Realiti TV show …….

 In The Name Of Allah The Most Gracious Most Merciful 

Tahun lalu masyarakat Malaysia dikejutkan dengan satu demam baru. Demam Akedemi Fantasia. Demam AFUNDI kononnya …… Demam yang melanda kebanyakan remaja dan tidak ketinggalan juga golongan dewasa. Ada segelintir individu yang sanggup menumpang di rumah kawan-kawan yang melanggan siaran Astro semata-mata untuk melihat bintang ( so called, walaupun belum jadi bintang) pujaan mereka beraksi di atas pentas dan memerhatikan gelagat seharian mereka dikaca TV.Inikah yang dinamakan rancangan realitu TV? Apakah yang real nya? Bukankah aksi mereka boleh dilakonkan? Jadi bukanlah realiti namanya.

Masih ingat lagi dengan rancangan candid camera sekitar lewat 80-an dan awal 90-an. Candid camera merupakan antara pelopor rancangan realiti TV ini. Mungkin sesetengah kita tidak sedar kerana ianya tidak berada di dalam masyrakat kita. Terlalu banyak rancangan yang didakwa sebagai rancangan realiti TV yang dihasilkan oleh negara-negara barat. Masyarakat kita mula kenal dengan rancangan realiti TV ini setelah wujudnya rancangan Akademi Fantasia. Dan impaknya mula terasa oleh masyarakat Malaysia kini kerana ianya telah menyelusupi ke dalam masyarakat kita, tidak seperti rancangan realiti TV milik negara barat kurang dirasai kerana kita tidak berada di dalam lingkungan dan suasana masyarakat Malaysia. Pun begitu terdapat juga masyarakat Malaysia yang obsess terhadap rancangan bercorak realiti TV barat seperti Survivor, American Idol dan sebagainya.

Tahun ini lebih menyedihkan kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, program realiti TV semakin banyak di kaca TV. Jika dulu hanya terdapat di siaran berbayar Astro sahaja, tetapi kini siaran TV percuma juga berlumba-lumba untuk mengadakan rancangan hiburan berbentuk realiti TV.

Di sini diriku tidak mahu mengutarakan perilaku yang kurang manis para peserta rancangan yang berbentuk realiti TV ini. Perilaku yang tidak sedap dilihat ini sememangnya mengundang seribu kemarahan umat Islam di Malaysia yang masih sayangkan Islam. Dari pengamatan lepas, rancangan ini jelas menunjukkan perilaku buruk para peserta. Dan rata-rata dari kita TIDAK BERSETUJU dengan tindakan mereka dan pihak penganjur.

Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh stesyen-stesyen TV ini yang berpusu-pusu untuk menerbitkan rancangan berbentuk realiti TV ini? Adakah mereka cuba melahirkan lebih ramai masyarakat Malaysia yang suka berhibur dan suka menjadi penghibut? Adakah stesyen-stesyen TV ini cuba membentuk satu masyrakat Malaysia yang sentiasa hidup dalam fantasi hiburan? Dari apa yang kita lihat di masa ini, mungkin ada kebenarannya apa, stesyen TV cuba membentuk satu masyarakat yang sentiasa hidu dalam alam fantasi.

Negara memerlukan individu yang realistik, bukannya yang berada dalam fantasi bagi menerajui negara. Kemunculan rancangan seperti ini sebenarnya cuba meruntuhkan dan menjatuhkan negara pada masa hadapan. Masyarakat yang hidup di alam fantasi hiburan mereka tidak mungkin menerajui atau paling tidak menyumbang kepada kemajuan negara. 

Hiburan tidak salah, yang salahnya adalah penghibur. Penghibur gagal memilih genre yang bersesuaian dengan tuntutan Islam. Kebanyakan penghibur di bumi Malaysia ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam, sepatutnya golongan ini peka akan hiburan yang dilarang dan dibolehkan. Hiburan yang membolehkan kita lebih hampir kepada our khaliq amatlah bersesuaian untuk kita.

Berbalik kepada rancangan realiti TV tadi. Apa gunanya melahirkan graduan-graduan yang bertaraf penghibur. Adakah graduan-graduan ini membantu dalam pembangunan negara? Jawapannya pasti semua orang tahu. Menjadi penghibur hanyalah mengisi keseronokan yang sementara. Negara memerlukan golongan profesional seperti doktor, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain lagi dalam usaha menjana pembangunan negara. Bukannya golongan penghibur.

Apa yang lebih menyedihkan ada sesetengah penghibur mempunyai kelayakan akademik yang melayakkan mereka untuk bekerja di bidang profesional, tetapi mereka memilih untuk menjadi penghibur sebagai karier mereka. Ini merupakan satu pembaziran. Pembaziran pada diri sendiri, negara dan masyarakat. Usaha yang dilakukan bagi mendapat segulung ijazah telah dipersia-siakan. Ijazah bukan lah segala-galanya, tetapi peluang berada di dalam alam pekerjaan merupakan aset yang penting bagi memantapkan pengetahuan di dalam bidang yang kita pelajari semasa di alam universiti. Jika individu yang berkelayakan telah memilih untuk menjadi penghibur secara tidak langsungnya pengalaman dan pengetahuan di bidang berkaitan tidak akan berkembang. Tertiary education is just a stepping stone for a person to excel in his/her undertaking future. Masih banyak yang perlu dipelajari di alam pekerjaan.

Kebanyakan penghibur di negara kita memberi alasan mereka mencari rezeki dengan cara halal. Mereka mempunyai bakat kurniaan Tuhan, jadi apa salahnya mereka mencuba method ini untuk mencari rezeki. Mereka mencari rezeki untuk membantu keluarga mereka. Dan pada mereka apa yang mereka lakukan tidak salah dan halal. Mungkin kebanyakan orang yang mempunyai cita-cita menjadi penghibur tidak faham dengan konteks halal dan haram. Niat yang baik tidak menghalalkan cara.   Adakah artis kita ingin menjadi seperti Robin Hood? Membantu orang dengan melakukan kemungkaran. Bagi sesetengah peserta mungkin kerana mengejar kemahsyuran dan cara mendapat wang yang mudah mendorong mereka mencuba nasib untuk menyertai rancangan realiti TV ini. Bagi mereka dengan menyertai rancangan seperti ini ianya akan menjadi batu loncatan agar mereka dilamar menjadi artis yang kononnya menjanjikan pulangan yang lumayan.

Marilah sama-sama kita berdoa agar rancangan ini akan gagal, rancangan seperti ini banyak mengundang keburukan dari kebaikan. Di sini saya selitkan artikel didalam akhbar utusan yang mengulas kesan psikologi kesan dari rancangan realiti TV. 

 Wallahu ‘alam.

 Segala kebaikan itu datangnya dari Allah Yang Maha Agung, dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya. 

HOME


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

=) besh!

23/7/08 23:33  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home