Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, June 23, 2004

Omong Kosong, Tiada Kebaikan.

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Allah mengurniakan lidah kepada manusia agar digunakan untuk perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri, individu lain dan masyrakat umumnya. Percakapan yang sia-sia adalah dicela oleh Allah, sekalipun ianya tidak sampai kepada peringkat yang haram. Ini kerana, jika seseorang hanya menggunakan lidahnya untuk kebaikan dan membawa manfaat, ini bererti dia telah bersyukur kepada Allah ke atas lidah yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Benarkah bersyukur kepada Allah itu suatu yang diperintahkan? Memang tidak dapat dinafikan menjadikan kewajipan kita sebagai makhlukNya untuk bersyukur atas nikmat yang dikurniakan, sungguh malang lah kita jika kita tidak tahu bersyukur atas nikmat yang dikurniakanNya. Mahukah kita menjadi rakan-rakan syaitan yang telah engkar akan perintah Allah.? Menjadi kewajipan kita untuk memanjat rasa syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kita pelbagai nikmat.

Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan(kenikmatan) ke atas mu, dan jika kamu engkar keatasnya, sesungguhnya azab seksaKu adalah sangat pedih. (Ibrahim:7)

Dari sisi lain, percakapan kosong atau berbual yang tidak membawa manfaat bererti telah menyia-nyiakan masa yang dengan kata lain seseorang tersebut telah terperangkap kepada perkara yang dibenci, iaitu pembaziran waktu.

Sesungguhnya orang yang berbual-bual kosong, pada hakikatnya telah mengalami satu kerugian yang besar tanpa disedari oleh individu itu sendiri. Kita mungkin tidak sedar akan perbuatan kita yang membicarakan sesuatu yang tidak bermanfaat. Andai kata masa itu kita gunakan untuk bertafakur (memikirkan keAgungan Allah yang mendatangkan rasa takjub kepadaNya dan membawa kepada taqwa) atau berzikir dan seumpamanya, nescaya kita akan memperolehi faedah yang besar.Salah satu cara kita menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah atas kurniaan nikmat lidah ialah selalu mengucapkan kata-kata yang baik. Cuba meninggalkan omong-omong kosong dan kata-kata kesat.

Di sini, adalah sangat wajar kalau seorang mukmin sejati itu dapat disifatkan sebagai berikut, Diamnya adalah berfikir dan bertafakur, pandangan matanya sebagai satu isyarat dan tutur katanya adalah zikir semata-mata.

Hendaklah dimaklumi bahawa modal bagi setiap hamba Allah ialah waktu dan masanya. Jika ia tidak pandai menggunakan waktu untuk kepentingan dirinya bagi mencari kebahagian dunia dan akirat, bererti ia telah kehilangan modal dan menderita kerugian.

Masa itu satu kehidupan adalah satu ungkapan yang paling sesuai bagi seorang muslim. Inilah ungkapan yang pernah diingatkan oleh seorang sahabat. Sahabat muda yang berjiwa besar dan matang. Masa bukanlah emas kerana emas boleh dijual beli dan boleh diganti tapi mana mungkin kehidupan yang telah berlalu dapat dikembalikan. Maka sebab itulah Imam Ghazali dalam 6 teka-tekinya kepada muridnya ada menitik beratkan tentang masa lalu. Masa yang telah berlalu adalah suatu yang paling jauh dan tidak mungkin dapat kita kembali walau bagaimana kita inginkannya sekalipun. Artikel ini adalah adaptasi dari tulisan Abu Mazaaya Al-Hafiz.

Sat lagi nak bertolak pi JB. One day trip. Site survey. Doakan perjalananku selamat dan dipermudahkanNYA ya sahabat-sahabat.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home