Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, June 10, 2004

Kefahaman Yang Sahih

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna berkata “Perkara yang saya maksudkan dengan faham ialah saudara meyakii fikrah kita adalah Islamyang tulen. Saudara hendaklah memahami Islam sepertimana kami fahami, dalam lingkungan Prinsip Dua Puluh yang serba ringkas ini”

Keperluan Kefahaman Yang Sahih

Kefahaman yang sahih membantu kesejahteraan amalan pelaksanaan yang baik dan menjaga si pelaku dari tergelincir. Umar Abdul Aziz pernah berkata “Siapa yang beramal tanpa ilmu pengetahuan lebih banyak merosak berbanding mengelokkan.”

Seorang yang ikhlas beramal tanpa kefahaman yang sahih dan tidak meletakkan suatu perkara pada tempatnya, adakalanya boleh tersesat jauh dari landasan yang digariskan oleh Islam. Kelebihan itu bukan terletak pada banyaknya pengetahuan, hafalan dan amalan, tetapi dedngan kefahaman yang mendalam, kefahaman yang sebenar dan kesejahteraan. Rasulullah SAW bersabda “ Seorang faqih itu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang abid.” (HR At-Tirmizi) Umar Al-Khatab berkata “ Kematian seribu abid yang bangun solat malam dan berpuasa pada siang hari lebih remeh jika dibandingkan dengan kematian seorang bijaksana yang memahami halal-haram disisi Allah”

Rasulullah SAW bersabda :
“Allah memperelokkan rupa orang yang mendengar sesuatu hadith dari kami, lalu beliau menghafalnya sehingga menyampaikannya kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa kefahaman kepada orang yang lebih faham darinya dan kemungkinan orang yang membawa kefahaman bukanlah terdiri dari kalangan orang yang faham (faqih).” (HR Abu Daud)

Memang benar dan jangan kita salah anggap menghafal adalah suatu yang tidak baik. Menghafal dan memperbanyakkan amalan adalah sesuatu yang baik dalam kita mengejar keredhaan Allah. Tetapi amalan soleh yang kita laksanakan tanpa kefahaman ibarat jasad yang tidak akan hidup tanpa ruh. Dan ruh tersebut ialah kefahaman dan fiqh.

Allah telah melebihkan seorang Nabi mengatasi Nabi yang lain kerana dianugerahkan kefahaman mendalam,Allah berfirman ; “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu(yang banyak) .......” (Al-Anbiya ; 79)

Allah melebihkan Ibn Abbas sedangkan ia seorang yang masih muda berbading ramai lagi yang alim kerana ia dianugerahkan oleh Allah kefahaman yang baik, maka beliau maka beliau layak menjadi salah seorang anggota majlis Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khatab. Marilah kita berusaha kearah kefahaman yang sejahtera dan cermat. Iaitu kefahaman yang menerobos kepada perkara-perkara yang mendalam. Meletakkan setiap perkara pada tempatnya yang sebenar tanpa cuai dan melampau. Kefahaman yang menyeluruh suci murni dan menyeluruh. Sesiapa yang dianugerahkan oleh Allah kefahaman yang sahih akan dikurniakan oleh Allah kebaikan yang banyak, kelebihan yang besar, selamat dari terpesong dan terpelihara dari kepincangan.

Imam Ibn Al-Qayyim berkata ; Kefahaman yang sahih, dan niat yang baik merupakan antara nikmat besar dari Allah yang dianugerahkan kepada hambaNya. Bahkan suatu anugerah besar selepas Islam dan Iman, tiada yang lebih mulia mengatasinya. Keduanya merupakan tunjang agama Islam dan Islam terbangun diatasnya. Ianya memelihara hamba dari jalan yang dimurkai yang boleh merosakkan niat mereka dan jalan orang sesat yang pincang kefahaman mereka. Ia juga menjadikan mereka tergolong di kalangan orang yang diberi nikmat oleh Allah dan orang yang mempunyai kefahaman dan niat yang sejahtera.Merekalah dikalangan orang yang berada di atas jalan yang lurus, yang diperintahkan ke atas kita agar bermohon untuk dianugerahkan berada di atas jalan mereka pada setiap kali solat.

Kefahaman yang sahih merupakan cahaya yang dikurniakan oleh Allah ke dalam hati para hambaNya, yang membezakan antara baik dan buruk, antara haq dan batil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home