Istidraj 
	 
	      
 
  
 
    
    
	         In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful
Alhamdulillah Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.Hari ini ingin berkongsi ilmu tentang istidraj.Terima kasih sahabat kerana berkongsi ilmu.Teruskan berkongsi. Teruskan forwarding such email. I really appreciate your email.
Artikel ini pernah kubaca dahulu, cuma tidak berkesempatan untuk dikongsi dalam catatan kerana time constraint.Alhamdulillah ada plak sahabat yang menghantar email yang berkaitan tentang istidraj ini, yang mana kurasa ianya dikupil dari Tafseer Buya Hamka mungkin, Tafseer Al-Azhar yang pernah kubaca.
Istidraj 
Apakah istidraj? Ianya adalah pemberian  nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah  yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.bersabda , "Apabila kamu melihat  bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat  (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."  (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 
Tetapi, manusia  yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya  merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta  dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana  kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak  langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. 
Tetapi  bagaimana dengan ada orang yang solat 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam  bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa  sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?  Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak solat, puasa pun tak pernah,  rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya  dan mewah. 
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah,  orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!  Sombongnya mereka,takburnya mereka. 
Rasullulah s.a.w. naik ke langit  bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya  sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak  sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak  sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah  Allah. 
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat  maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang  yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,  sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun,  rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam  aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang  banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. 
Anai-anai, jika tidak  bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah  daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu,  bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat  nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat  nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. 
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak  terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya  nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain  mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri  lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.  
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?  Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan  seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. 
Tidak ada manusia hari  ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor  unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu  takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi  kaya,akhirnya binasa juga. 
Jadi,jika kita kaji dan fikir  betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.  Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.  Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.  Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya dan mengujinya. Untuk  apa hidup ini tanpa keredhaanNya? 
Tetapi jangan pula ada orang kaya  beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang  naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang  mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.  Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti  ada pegangan. 
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita  cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara  untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari  hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia  bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan  sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah  kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila  tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di  dunia dan akhirat. 




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home