Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, June 13, 2004

Antara Belajar Tak Habis dgn Belajar Tak Habis-Habis

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

 

Sekadar untuk berkongsi artikel yang ditulis Us Amaluddin Mohd Napiah. Artikel ini boleh dibaca dalam bentuk hardcopy di dalam Majalah I Bulan Jun. Topik bulan nie agak menarik juga. "Islam Hadhari;Gimik Politik atau Agenda Realistik." Dan insyaALLAH bulan depan (Julai) Majalah I akan membicarakan tentang Kepercayaan terhadap kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Opsss! seisi promotion Majalah I plak sekejap.

 

DALAM kehidupan beragama, kefahaman yang tepat itu penting sekali. Berserta gandingan iman dan akhlak, kefahaman yang tepat juga bagaikan nyawa bagi agama. Justeru penting dan asasinya perkara ini, sejarah telah mencatatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mendoakan sahabat‑sahabatnya yang akan dihantar sebagai guru besar umat di serata pelosok bumi dengan doa;“Ya Allah, kurniakanlah kepadanya kefahaman dalam agama.”

 

Maka sebagai seorang Muslim sejati, sewajar dan selayaknya ia bercakap, bertindak, merancang dan menghukum berdasarkan kefahaman yang tepat lagi sahih. Bukan main congak‑congak dan tangkap muat sahaja. Bukan boleh bercakap menurut logik akal dan nafsu semata-mata. Bukan boleh menghurai Islam menurut kaca mata nasionalis, sosialis, kapitalis, marxis.

 

Dewasa ini, kedengaran ramai orang kelihatan berdegar‑degar bercakap dalam soal agama. Walhal kalau diteliti, kefahaman mereka tidaklah sampai ke mana, malah bercelaru dan jauh dari disiplin ilmu. Tak kurang juga yang ghairah mahu menghurai berkenaan Islam ialah si jahil yang tidak tahu apa‑apa (tiada langsung kefahaman walaupun pada asas‑asas agama). Dan yang lebih menakutkan bila si jahil itu didapati pernah terbentuk untuk satu tempoh waktu dengan ideologi-ideologi bikinan manusia yang sesat lagi menyesatkan. Malapetaka mencampuradukkan ajaran agama dengan beberapa falsafah ideologi sesat itu pasti berlaku. Kala itu, jadilah agama macam ais kacang. Bermacam‑macam warna jadinya!

 

Sekadar didedahkan kepada beberapa istilah Arab dan menghafal beberapa ayat dan hadis, ada umat Islam yang sudah rasa 'ok' dan mantap kedudukan agama mereka di sisi Allah. Sudah belajar setahun dua secara'celup-celup' mereka rasa sudah berpuas hati dan sewenang‑wenang 'menghukum' itu ini. Situasi ini cukup membimbangkan kita. Kenapa?  Musnahnya agama Islam ini lebih cepat berlaku di tangan penganut‑penganutnya yang jahil daripada campur tangan para kuffar yang jelas zahir. Sedarkah kita realiti ini?

 

Sungguh, tidak ada jalan pintas dalam mempelajari agama Allah yang suci lagi diredai ini. Ia mesti bermula sebagaimarta dimulakan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjasa. Perhatikan bagaimana tekun dan ghairahnya para sahabat memenuhi setiap majlis ilmu Rasulullah s.a.w. Alhasilnya, mereka bukan sahaja beroleh ilmu, tetapi mereka juga beroleh keimanan clan kefahaman yang mendalam. Bagaimana dengan majlis-majlis ilmu kita?

 

Akhir kalam, budaya Iqra (menuntut ilmu) mestilah dijadikan keutamaan di atas segala perkara. Ambillah masayang lama atau 'Tuluz Zaman' dalam mempelajari agama ini mengikut kesesuaian usia yang masih berbaki. Dan ternyata ia tiada had penghujungnya. Minal mahdi Hal lahdi.

 

Sekali lagi, jangan berpuas hati dengan 'secubit' ilmu yang ada. Belajarlah dan terus belajar! Jelmakan kesungguhan dan kesedaran ini dengan menghadiri dan memenuhi majlis‑majlis ilmu di masjid dan di surau.

 

Tanamkan juga kecintaan ke dalam jiwa remaja dan anak-anak untuk bersimpuh khusyuk menghirup udara kedamaian dan kebenaran di dalam majlis‑majlis yang diumpamakan sebagai taman-taman firdausi itu.

 

Untuk itu, tinggalkanlah majlis umpat‑umpatan, hina‑menghina, kata‑mengata juga majlis 'keduniaan' yang sia‑sia. Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa yangAllah menghendaki kebaikan bagi dirinya, (Allah) akan memberinya faham terhadap agama”

 

Akhir kata, bukanlah kita tidak boleh berdakwah walaupun ilmu kita tidak mencukupi. Biarlah usaha dakwah kita disertakan keikhlasan dan kefahaman yang sahih dalam sesuatu perkara yang cuba kita sampaikan. Jika kita menanti saat ilmu mencukupi barulah kita berhajat untuk berdakwah mungkin kita tidak akan menyampaikan kebenaran Islam sehingga ke akhir hayat kita kerana ilmu yang kita miliki mungkin tidak sempurna.

  

Sama‑sama kita bermuhasabah.

 

HOME


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home