Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, May 04, 2004

Usul 20 as-Syahid Imam Hassan al-Banna

Ramai di antara kita yang pernah menghadiri usrah/kelas/kuliah/ceramah yang membincangkan tentang Usul 20 as-syahid Imam Hassan al-Banna…..

Dalam minggu lepas di dalam forum islah-net ada beberapa shbt2 yang menyuarakan keinginan untuk mengetahui secara detail tentang usul 20 (usyul isyreen) …..

insyaAllah di sini diriku akan mencuba menyenaraikan usul 20 beliau.....
a brief one …….
Due to time constraint I could not publish the whole pengisian …
insyaALLAH, I will state the 'usul' briefly …..
Terima kasih ana ucapkan pada sahabat yang memberi ana bahan rujukan ini ….. Moga Allah mempermudahkan urusan mu ... ameen ...tq .... syukran jazeelan ......

Usul 1
Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah) Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Di dalam usul pertama inilah yang bulih dikatakan agak panjang penerangannya ..

Terdapat 19 perkara yang diketengah oleh Imam Hassan al-Banna.
1. Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan
2. Islam adalah negara
3. Islam adalah tanahair
4. Islam adalah umat
5. Islam adalah Akhlak
6. Islam adalah kekuatan
7. Islam adalah Rahmat
8. Islam adalah keadilan
9. Islam adalah pengetahuan
10. Islam adalah undang-undang
11. Islam adalah Ilmu
12. Islam adalah kehakiman
13. Islam adalah kebendaan dan harta
14. Islam adalah Jihad
15. Islam adalah dakwah
16. Islam adalah ketenteraan
17. Islam adalah gagasan (fikrah)
18. Islam adalah akidah yang benar
19.Islam adalah ibadat yang sah

All this thing shows the beauty of Islam, 'Islam The Way of Life' …. SYUMUL..
Maka tidak hairanlah beliau meletakkan usul ini di tangga yang pertama ….
Setiap dari 19 perkara itu terdapat keterangan, tetapi diri ku tidak mampu untuk menulis nya buat masa ini ….

Usul 2
Bagi seorang Muslim, al-Quran dan Hadis menjadi sumber untuk mengetahui hukuk-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa arab dgn tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui perawi-perawi yang dipercayai.

Usul 3
Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan oleh ALLAH ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNYA. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak menjadi dalil kepada hokum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat tidak bertentangan dengan hokum dan nas syariat.

Usul 4
Jampi, mentera mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi daripada ayat-ayat al-Quran atau jampi-jampi yang diterima daripada Rasulullah SAW

Usul 5
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi boleh ditafsirkan dengan pengertian lain;demikian juga dengan pendapatnya berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima serta diamalkan sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan dapat.
Taabud(pengabdian) menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat pada rahsia, hikmah dan tujuan ibadah tersebut

Usul 6
Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali kata-kata Rasullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solehin (salafussoleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan hadith. Jika tidak, al-Quran dan hadithlah yang menjadi ikutan kita yang utama. Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang telah mereka kemukakan.

Usul 7
Seseorang muslim yang ilmunya belum mencapai tahap nazar ( boleh mengeluarkan hukum dari dalil) dalam hukum-hukum furuk ( cabang), sayugia beliau mengikut mana-mana imam. Disamping ikutannya itu, adalah lebih baik beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Dia hendaklah memberi tunjuk ajar berserta dengan dalil-dalil imamnya. Dia hendaklah menrima tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberi tunjuk ajar itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau berada di dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau menyempurnakan ilmunya sehingga mencapai tahap nazar.

Usul 8
Perselisihan pendapat dalam cabang hukum fiqh tidak boleh menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan. Kerana setiap orang yang berijtihad diberi pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan dan lain-lain) dalam masalah khilaf, jika bertujuan mencari hakikat kebenaran. Namun dengan syarat perbincangan itu adalah atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah . Ia juga hendaklah diasaskan atas dasar kerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat serta tidak terseret kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

Usul 9
Membincangkan masalah yang tidak jejak kepada kenyataan ( tidak membuahan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberatkan sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh membincangkan cabang-cabang hukum yang belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat al-Quran yang tidak dapat dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan sahabat Rasulullah SAW atau membincangkan pendapat para sahabat, Para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai sahabat, Mereka diganjari dengan niat mereka, tambahan pula masalah takwil merupakan jalan keluar.

Usul 10
Mengenal Allah, mentauhidkan dan membersihkanNYA dari ada sesuatu yang menyekutuiNYA adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulama dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang diterima pakai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Firman Allah ”Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semua nya itu datang dari Tuhan.” ali-Imran : 7

Usul 11
Semua bidaah yang dilakukan dalam Islam tanpa sandaran asal dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya samaada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bidaan itu sendiri.

Usul 12
Bidaah yang dilakukan dengan menambah, mengurangkan dan terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilaf. Setiap orang mempunyai pendapat tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil


Usul 13
Mencintai para solehin dan memuji-memuji mereka berdasarkan amal-amal soleh yang merekalakukan adalah sebahagian daripada taqarub kepada Allah. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam FirmanNYA yang maksudnya
”Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa ” (Yunus:63)

Usul 14
Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah mengikuti cara yang diterima daripada Rasulullah SAW. Tetapi meminta pertolongan daripada si mati walaubagaimana bentuk sekalipun, menyeru mereka agar mereka memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh dari dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambui, meneranginya dgn lampu dan memperluaskannya, bersumpah dengan nama selain dari Allah dan perkara-perkara seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut melainkan untuk menutup punca-punca kemungkaran.

Usul 15
Doa yang dilakukan secara bertawassul kepada Allah melalui makhlukNYA, termasuk dalam masalah khilaf pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah khilaf.

Usul 16
Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna lafaz-lafaz syariat yang hakiki, malah kita wajib menentukan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita hendaklah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan sahaja. Kita hendaklah berwaspada daripada tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Yang diambil kira ialah hakikat sesuatu benda, bukan nama yang diberikan.

Usul 17
Aqidah adalah asas kepada amal. Amal hati ialah lebih penting berbanding amal anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini adalah dituntut syariat, sekalipun taraf tuntutan berbeza.

Usul 18
Islam membebaskan aqal. Ia menggalakkan agar mengamati kejadian alam sekeliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulama. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah merupakan barang yang hilang dari seseorang mukmin, di mana saja ia menemuinya, beliaulah yang lebih berhaq memilikinya.

Usul 19
Kadangkala masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh aqal, namun demikian syariat dan aqal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang dzanni (belum putus) dari sudut aqal dan syariat haruslah duitafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syriat dan akal dalam suatu masalah itu masih dzanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.

Usul 20
Kita tidak mengkafir seseorang muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya. Sedangkan dia telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya, iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardhukan kepadanya. Kecuali beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, mendustakan lafaz dan pengertian al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa arab atau beliau melakukan perbuatan yang biasa tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain daripada kekufuran.


insyaALLAH dikesempatan akan datang sy akan cuba masukkan keterangan bagi setiap usul.
Untuk membaca sedikit sejarah as-syahid Hassan al-Banna klik disini . Ucapan terima kasih to my little sister yg tolong retype artikel tersebut .... syukran jaja......baca jgn tak baca, It was touching .........especially the final part...Tq sahabat .....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home