Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, May 14, 2004

Terpengaruh dengan budaya Barat enggan Kahwin

KUALA LUMPUR 13 Mei - Persatuan Jemaah Islah Malaysia (JIM) mendakwa penurunan kadar perkahwinan di kalangan umat Islam disebabkan terpengaruh dengan budaya Barat yang mengetepikan tuntutan perkahwinan dan memilih untuk bersekedudukan.Ketua Wanita JIM, Dr. Harlina Halizah Siraj berkata demikian kerana statistik pendaftaran 'anak tidak sah taraf (luar nikah) meningkat antara tempoh yang didakwa berlaku penurunan perkahwinan.Malaysia difahamkan antara tempoh 1999 hingga 2001 jumlah kelahiran 'anak tidak sah taraf ialah 53,309 orang.

Satu angka yang agak memeranjatkan bila dibaca.

"Peningkatan kelahiran bayi tersebut dengan penurunan kadar perkahwinan perlu dilihat sebagai 'bencana' yang melanda masyarakat Islam sekarang."Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia turut menyebabkan perkahwinan sudah tidak popular lagi," katanya ketika dibubungi di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid mengenai penurunan kadar perkahwinan orang Islam sejak tahun 1998 hingga 2002.

Bencana ini merupakan satu bencana yang menakutkan kita semua. Keberaniaan melanggar perintah Allah bakal mengundang kemurkaan Allah. Keseronoka yang dicari sebenarnya bukanlah kebahagian yang sebenarnya. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim agar sentiasa patuh akan perintah Allah.

Dr. Harlina Halizah Siraj menggesa semua badan dan initftusi Islam bangun! dan segera menangani masalah ini bagi membendung gejala sosial di kalangan masyarakat Islam. Paling penting, katanya, pihak berkuasa terbabit perlu menjalankan kajian menyeluruh dan mencari punca berlaku peningkatan jumlah bayi ‘tidak sah taraf.’
"Ini penting kerana sudah tentu kita tidak mahu umat Islam di Malaysia nanti majoritinya terdiri di kalangan anak 'tidak sah taraf," ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fatimah Yusoff pula mahu golongan wanita dan lelaki Melayu mengetepikan ego masing-masing dalam memilih pasangan demi kepentingan Islam. Menurut beliau, perkahwinan dalam Islam bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan nafsu sebaliknya ia adalah bagi mengembangkan umat Islam.Bagaimanapun, katanya, perkahwinan di zaman ini kurang sambutan disebabkan faktor kemanusiaan.Katanya, banyak orang khususnya wanita yang berpendidikan tinggi tidak mahu. menerima pasangan yang tidak setaraf.

"Namun sikap ego umat Islam ini sebenarnya merugikan diri sendiri, negara dan agama kerana tanpa perkahwinan, umat Islam tidak dapat berkembang," ujarnya.

Pelik tapi benar .... artikel nie tak terdapat dalam Utusan Online, tapi ada di akhbarnya (diruangan yg agak kecil) ........ Adakah kerana artikel ini mengutarakan pandangan Dr Harlina ianya tak terdapat didalam utusan online?

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home