Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, May 21, 2004

Tawadhu'

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Tawadhu' atau dalam bahasa melayunya merendah diri adalah antara satu sifat terpuji yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu muslim. Pengertian merendah diri di sini bukanlah satu perasaan merendah diri yang yang menjadikan seseorang itu terhina dan terpinggir dalam masyarakat sekeliling.

Maksud tawadhu' di sini adalah mengambil jalan tengah iaitu sederhana di antara 2 perkara yang membinasakan. Iaitu antara melebih-lebihkan diri sendiri sehingga wujud satu perasaan sombong dalam individu itu dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan atau kehinaan. Tawadhu’ juga boleh diertikan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada individu lan yang sememangnya berhak menerimanya.

Kelebihan sifat Tawadhu’
Terdapat banyak faedah dan kelebihan disebalik sikap tawadhu’. Di dalamnya terdapat rahsia yang boleh menjadikan individu lebih dihormati oleh individu lain dan diredhai oleh Allah. Di anatara beberapa rahsia tersebut adalah seperti yang dijelaskan di dalam hadith ini ;
" Allah SWT tiada menambahkan kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafannya melainkan kemuliaan. Dan tidak ada seorangpun yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya" (HR Muslim dari Abu Hurairah)
Mafhum hadith di atas adalah bahawa orang yang mempunyai jiwa pemaaf akan dimuliakan oleh Allah dan seseorang yang bersikap tawadhu’ maka Allah akan menganugerahkannya kehormatan dan maruah diri yang luhur. Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa setiap insan itu sentiasa dalam dua kawalan malaikat. Pada orang itu diperuntukkan 2 cemeti yang dipegang oleh 2 malaikat di atas. Jika orang tadi meninggikan dan menyombongkan dirinya maka 2 malaikat itu menarik cemeti tesebut sambil berdoa "Wahai Allah Tuhanku, rendahkanlah dan hinalah dia" dan jika dia bersikap tawadhu’ malaikat pon berdoa". Tawadhu' adalah salah satu dari empat kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba yang dicintaiNYA.

"Empat perkara tiaada diberikan Allah kecuali kepada hamba yang dicintaiNYA. Iaiitu diam dan itu adalah permulaan ibadah, tawakkal kepada Allah, merendahkan diri dan berlaku zuhud di dalam dunia" (HR at-Tabrani dan al-Hakim dari Anas r.a dan menurut Hakim isnadnya adalah sahih)" Tawadhu' itu tiada menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka bersikaplah rendah diri nescaya Allah akan mencurahkan rahmat keatas dirimu" (HR al-Ashfahani)

Jelaslah kepada kita semua tawadhu’ adalah sangat dituntut namun biarlah ia kena pada tempatnya dan ada batas-batasannya. Al-Fudail ‘Iyadh ra ditanya tentang tawadhu’ , maka ia menjawab " Sikap tawadhu’ ialah bahawa engkau tunduk kepada kebenaran dan engkau mematuhinya. Jikalau engkau dengar kebenaran itu dari budak kecil nescaya kamu akan mendengar dan mentaatinya, bahkan jika engkau dengar dari orang jahil pun maka engkau tetap mendengarnya."

Qatadah bin Da’amah al-Basori berkata " Sesiapa yang dikurniakan harta atau kecantikan atau pujian atau ilmu kemudian ia tidak bersikap rendah diri nescaya hal itu membuatnya binasa di hari kiamat kelak"

Urwah b al-Warad berkata " Tawadhu’ itu adalah satu alat untuk memancing kemuliaan.Ingatlah bahawa tiap-tiap kenikmatan itu mendatangkan kedengkian orang lain kecuali tawadhu’

Abu Ali al-Jauzani berkata " Sesungguhnya diri itu hancur kerana sombong, tamak dan dengki hati. Kerana itu sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi binasa nescaya ia tidak akan dapat menerima sifat tawadhu’, tertutup dari sebarang nasihat dan enggan dengan cara zuhud. Dan barangsiapa yang Allah kehendaki dirinya kebaikan maka ia akan lembut (iaitu dengan rendah hati menerima tiga perkara di atas). Oleh yang demikian jika dalam dirinya berkobar perasaan sombong maka dengan serta-merta ia padamkan dengan sifat tawadhu’. Jika lahir rasa dengki pada dirinya, nescaya diketauinya dengan beberapa nasihat sehingga ia memperolehi taufiq Allah. Dan jika timbul rasa tamak maka dilawan dengan semangat hidup zuhud."

adaptasi dari karya Abu Mazaayaa al-Hafiz

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home