Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, May 24, 2004

Kemahsyuran satu ujian .....

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Pada umumnya manusia akan berasa bangga, puas hati apabila dirinya memperolehi kejayaan, tidak kira samada kejayaan itu berupa harta kekayaan atau pun berupa prestasi, darjat atau pangkat. Kejayaan berupa prestasi umpamanya ialah kejayaan dalam peperiksaan atau kejayaan meraih gelaran yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai contohnya golongan profesional seperti doktor, profesor, atau sebagainya. Ini juga teermasuk golongan agama yang mendapat status sosial yang dihormati oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, tanggapan masyarakat terhadap golongan-golongan ini juga ada pelbagai, ada yang memuji dan meyanjung golongan ini kesan dari kecermelangan dan keperibadian mereka yang cemerlang dan ada juga golongan yang tidak bersependapat dengan golongan ini malahan ada yang lebih teruk dari itu sehingga sanggup melemparkan cacian, kecaman dan mencela terhadap golongan ini lantaran atas sebab-sebab mereka sendiri berlandaskan perbezaan pandangan masyarakat. Apapun tanggapan masyarakat terhadap golongan yang berjaya dan cemerlang ini adalah tanggapan mereka sendiri.(gol yang memberi pandangan) Ianya tidak menjadi satu bebanan kepada golongan yang dikurniakan kecermerlangan oleh Allah ini.

Apa yang penting ialah bagaimana menentukan sikap sekiranya Allah swt mentakdirkan kita sebagai orang yang berjaya dan cemerlang sehingga terkenal dan mahsyur yang mendapat pujian daripada masyrakat. Begitu juga sebaliknya, bagaimana kita mengawal perasaan dan menata hati sekiranya terdapat segolongan masyarakat yang mengecam, mencaci dan mencela kita. Hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan. Kaya, miskin, gagal, berjaya, pandai, jahil, cantik, hodoh, semuanya tidak terlepas dari menghadapi sunatullah ini, yakni ujian dan dugaan yang telah ditentukan oleh Allah sejak dari Azali lagi. Dalam hal ini manusia di dalam menghadapi orang yang memuji dan mencela kepadanya terbahagi kepada 4 keadaan

Orang tersebut merasa besar hati dengan penuh gembira apabila ada orang memujinya. Ia akan mengucapkan terima kasih kepada pemujinya. Sebaliknya jika dirinya dikecam dan dicaci ia sangat marah dan hatinya mereasa begitu sakit. Di dalam hati kecilnyaia ingin membalas dendam terhadap pencelanya dengan balasan setimpal. Inilah keadaan majoriti manusia dewasa ini, iaitu yang terdapat di dalam diri orang awam yang belum mampu mengendalikan nafsu dan mengawal hati dari berbagai jenis penyakit hati.
Golongan yang kedua pula ialah yang mana pada dasarnya gembira apabila diberi pujian namun cukup disembunyikan di dalam hati. Sementara itu ia mengigit jari dan lidahnya kelu dari mengucapkan terima kasih dan pada zahirnya ia berpura-pura menyorokkan apa yang ada di dalam hatinya. Demikian juga perilakunya apabila dia menerima kecaman. Ia sangat marah dan sakit hati, namun pada zahirnya ia menampakkan seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Keadaan begini merupakan satu kekurangan dalam diri manusia pada hari ini. Bagaimanapun ia adalah lebih baik dari yang pertama tadi. Kerana ada sedikit usaha kearah kesempurnaan.

Peringkat ketiga adalah tahap permulaan dari darjat kesempurnaan. Keadaan ini dimaksudkan bahawa seseorang itu sama sahaja samaada jika dipuji atau dikecam. Dia juga tidak marah dan dengki terhada orang yang negecamnya dan tidak juga berterima kasih kepada penyanjungnya. Dengan kata lain orang seperti ini tidak gembira dan besar hati jika dipuji dan tidak marah serta kecewa jika mendapat kecaman dan cacian. Demi kebaikan diri sendiri, adalah ada baiknya sekiranya seseorang berusaha untuk menguji dirinya di dalam beribadah dengan melakukan muhasabah diri. Contohnya ketika ia mendapat satu pujian kerana melakukan satu kebaikan terhadapa masyarakat atau satu pujian kerana melakukan ibadah, adakah hatinya akan kembang kerana bangga dan gembira? Untuk mengetahui ini sebaiknya ia meneliti adakan amal baik yang telah dilakukan tersebut hanya buat sementara waktu ataupun bertambah rajin ataupun cenderung untuk istiqamah? Jika amalnya tersebut setelah mendapat pujian tetap istiqamah bahkan bertambah maka bererti pada dirinya ada tanda-tanda peningkatan ke arah tahap yang lebih sempurna. Tetapi jika ianya hanya temporary bererti iatah terpedaya oleh tipu daya syaitan.

Dan yang keempat yang mana seseorang itu berjaya menduduki tingkat kesempurnaan. Orang yang sangat benci terhadap pujian. Sementara itu ia benar-benar suka terhadap sebarang celaan dan kecaman, kerana ia yakin bahawa si pencela tersebut telah menunjukkan kekurangan dan kelemahan yang ada di dalam dirinya yang akan membawa dirinya ke arah keadaan yang lebih baik bagi dirinya.

Bagi memotivasikan kepada diri sendiri agar dapat menjadi golongan seperti golongan yang keempat, marilah kita menghayati hadith ini .

"Kepala dari merendahkan diri itu adalah sekiranya anda benci jika dikatakan ia telah berbuat kebaikan dan bertaqwa."
HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home