Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, May 30, 2004

Kedermawanan Imam Syafie

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

 

Ibu Imam Syafie tidak sempat melihat anaknya kembali ke Makkah, setelah merelakan anaknya mengembara mencari ilmu sebanyak‑banyaknya. Bertahun‑tuhun ibu Imam Syafie itu tidak berjumpa dengan anaknya yang sudah menjadi ulama' besar dan memegang beberapa jawatan penting di rantau orang. Kemudian ajalnya telah dekat. Ibu Imam Syafie berwasiat: "Apabila Muhammad bin ldris (Imam Syafie), datang dengan membawa harta kekayaan, beritahukan kepadanya agar harta itu diagih‑agihkan kepada sernua kaum kerabatnya yang kekurangan.

 

Setelah beberapa tahun ibunya wafat, Syafie pun balik ke Makkah dari pengembaraannya mencari ilmu. Di samping itu ia banyak membawa wang yang diperolehinya dari hasil kerja‑kerjanya selama ini.

 

Sebelum balik ke kota Makkah, Imam Syafie berhenti dan mendirikan khemah di luar kota. Orang ramai berpusu-pusu datang ke perkhemahan Imam Syafie. Maka Imam Syafie pun membahagi‑bahagikan wang yang dibawanya dari Iraq kepada fakir miskin yang datang berpusu‑pusu itu demi memenuhi wasiat ibunya. Maka habislah wang emas dan perak Imam Syafie yang banyak itu. Beliau memasuki kota Makkah dengan poket kosong, seperti dulu ketika. mulamula keluar dari Makkah untuk menuntut ilmu.

 

Suatu ketika Imam Syafie mendapat jawatan penting sebagai Setiausaha Gabenor di negeri Yaman. Setelah berkhidmat beberapa lama, beliau menerima gaji sebanyak sepuluh ribu dinar. Pada suatu hari beliau meninggalkan kota dengan membawa bersamanya wang sepuluh ribu dinar itu. Ketika beliau berhenti untuk menghilangkan penat di suatu tempat, tiba‑tiba datanglah beberapa orang miskin di tempat itu. Maka Imam Syafiepun mensedekahkan sebahagian dari wangnya dan orang miskinpun beredar. Tidak berapa lama kemudian datanglah sekumpulan orang miskin menghampiri Iman Syafie, maka beliaupun membahagibahagikan baki wangnya. Setelah kumpulan orang miskin itu beredar, datanglah sekumpulan orang miskin yang lain dan Syafiepun bersedekah kepada mereka. Begitulah seterusnya orang miskin silih berganti datang ke khernah Imam Syafie hingga akhirnya habislah wang beliau.

 

Pernah Imam Syafie berjumpa Khalifah Harun Ar-Rasyid di istana. Sebelum Imam Syafie pulang Khalifah menghadiahkan wang seribu dinar dan beliaupun menerimanya dengan baik."Sungguh engkau sangat bijaksana, mudah‑mudahan Allah memusnahkan musuh‑musuh engkau dan selamatlah engkau dari bahaya," kata Imam Syafie mendo'akan khalifah.

 

Apakah yang dibuat Imam Syafie dengan wang sebanyak itu? Seorang pegawai istana bernama Siraj,mengekori beliau dengan senyap‑senyap dari belakang. Dia ingin mengetahui apa yang di buat Imam Syafii dengan wang yang diterimanya dari khalifah. itu. Rupanya kepada setiap pegawai istana yang ditemuinya, tidak seorangpun pegawai yang dilewatinya melainkan mendapat wang dari Imam Syafii. Apabila beliau melangkah keluar dari kawasan istana, wang itu tinggal sedikit sekali. Tiba‑tiba beliau menoleh ke belakang dan ternampak Siraj berjalan sambil mengintai‑ngintai. Beliaupun memanggil Siraj dan memberikan baki wang dari Khalifah kepadanya. Maka hiabislah wang yang diterima oleh Imam Syafii dari Khalifah ketika itu juga. Belia tidak mengambil walau satu dirham pun.

 

Pada suatu hari, Imam Syafii sedang berjalan‑jalan di pasar. Tiba‑tiba tongkat beliau terjatuh di hadapan seorang tukang kasut. Seorang pelayan tukang kasut bangun dan mengambil tongkat itu dan dilapnya dengan bajunya, kemudian diberi kepada beliau. Untuk membalas budi pelayan itu Imam Syafii mengeluarkan beberapa dinar dari poketnya lalu diberikannya kepada tukang kasut dan berkata: "Terima wang ini untuk pelayanmu itu."

 

Kedermawan Imam Syafii terserlah walaupun beliau berada di mana sahaja. Di suatu pagi Hari Raya Korban, Imam Syafii baru saja balik dari masjid Amr Ibn Ash di Mesir dengan ditemani oleh seorang muridnya yang bernama Al Mazany. Sebaik saja beliau sampai di halaman kediamannya seorang suruhan telah menunggunya dengan membawa sebuah uncang penuh berisi wang.

"Tuan guru, tuan saya mengirim salam kepada tuan guru dan dia juga menyuruh saya menyampaikan barang ini," kata pelayan itu sambil menyerahkan barang amanah dari tuannya.

 

Imam Syafii membawa masuk wang sedekah dari tuan kaya itu ke dalam rumahnya. Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang tamu dari kampung Fustat dengan wajah risau dan sedih seperti memikirkan sesuatu.

 

"Tuan, " kata tamu itu kepada Imam Syafii, "Isteriku pada waktu ini, baru saja melahirkan anak, padahal saya tidak mempunyai sebarang harta. Saya datang ke sini untuk mengharap sesuatu bantuan dari tuan."

 

Dengan tidak berfikir panjang, Imam Syafii terus bangkit dan tempat duduknya dan mengambil wang hadiah dan tuan kaya tadi dan menyerahkannya kesemuanya kepada tamu ­yang meminta bantuan itu.

 

Demikianlah,pemurahnya Imam Syafii terhadap orang‑orang yang ditemuinya dan golongan yang tidak berada.


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home