Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, April 12, 2004

Tiga Doa

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Amir b Said dari bapanya berkata bahawa “ Satu hari Rasullah saw telah datang dari daerah berbukit. Apbila Rasullah saw sampai di masjid Bani Mua’wiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat 2 rakaat. Maka kami pon turut solat bersama dengan Rasullah saw. Kemudian Rasullah saw berdoa dgn doa yang agak panjang kepada Allah swt. Setelah selesai berdoa Rasullah saw pon berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “ Aku telah memohon kepada Allah tiga perkara, dalam tiga perkara itu hanya dua sahaja yang diperkenankan oleh Allah dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

2. Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam(seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh as)Permohananku ini telah diperkenankan oleh Allah swt.

3. Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pertelingkahan sesama Islam), tetapi permohonanku ini telah ditolak oleh Allah swt.

Marilah kita berfikir dan memperhatikan keadaan sekarang dengan apa yang dikatakan oleh Baginda saw 1400 tahun yang lepas.

Lima Pesanan

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untukmu.

2. Jadikan cintamu kepada Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada Ku

3. Bersungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpon tidak ada kuasa ditangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home