Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, April 05, 2004

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

“Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipon sibuk mencari dan mengumpul ilmu tetapi tidak pernah mengamalkan. Perbuatan itu tidak ubah seperrti pencari kayu api yang sentiasa menambahkan timbunan kayunya sedangkan dia tidak mampu untuk mengangkatnya.” - Luqman al-Haqim -
Ilmu merupakan tunjang kepada seseorang. Dengan ilmulah kita insan dapat dibezakan dari seorang insan yang lain.

”Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darjat” (al-Mujadalah:11)

Akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah mempunyai pelbagai fungsi dan antara fungsinya ialah mencari dan menggapai sebanyak ilmu selagi kita masih mempunyai kehidupan di dunia ini. Biarlah ilmu yang kita kejar kerana Allah Taala dan dalam mencari ilmu biarlah dgn harapan mendapat keredhaanNYA. Tidak kira samada masih muda atau pon sudah berusia, sudah memiliki degree atau belom, sama-samalah kita berusaha menambahkan ilmu kita. Moga tidak hadir dalam diri kita satu perasaan yang mana kita rasa ilmu kita telah cukup. Tiada istilah ilmu sudah cukup sebenarnya, jika perasaan itu hadir kita telah terjebak dalam satu penyakit hati yang dinamakan “ghurur” (terpedaya), penyakit hati yang most of us are not aware of. Nauzubillah hi minzalik …. Moga-moga kita semua dihindarkan dari terjebak ke dalam penyakit hati yang kita tidak sedari….

Terlalu banyak kurniaan Allah yang boleh kita cari untuk kebaikan diri kita dan juga seluruh muslimin & muslimat. Terlalu banyak ilmu yang Allah limpahkan ke atas kita di muka bumi ini. Maka dgn itu memang sesuailah tiada penghujung dalam menambah ilmu kita. Jika kita perhatikan terlalu byk ayat-ayat didalam Al-Quran yang menunjukkan kemurahan Allah kepada kita hambaNya. Setiap surah ada menyatakan Kemurahan Allah swt, yakni lafaz Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kecuali surah at-taubah yang permulaan nya tiada lafaz Bismillah .

Moga2 biarlah kita menjadi golongan yang sentiasa bertambah ilmu pengetahuan yang diredhaiNya dari sehari ke sehari.

Diri ini teringat akan satu hadis yang disampaikan oleh seorang ustaz yang mafhum nya lebih kurang begini …..
Jadilah kamu orang yang alim (tahu) dan sampaikan lah kepada orang apa yang kamu ketahui, jika tidak mampu jadilah kamu orang yang belajar dari orang yang tahu melalui kuliah2, dan kitab2 yang diajar oleh tok guru or naqeeb or anybody that have great or depth knowledge in certain area dan jika masih tidak mampu jadilah orang yang mahu mendengar agar ilmu bertambah dan Jangan lah kamu menjadi orang yang tidak tergolong dalam salah satu tiga golongan tersebut, jika kamu tidak tergolong dalam salah satu dari golongan tersebut nescaya kamu tergolong dari golongan orang yang binasa.

Satu lagi permasalahan yg umat Islam hadapi kebelakangan ini ialah kejumudan dalam mencari ilmu. Apabila disebut tentang ilmu ramai diantara kita yang menafsirkan bahawa ilmu itu adalah ilmu agama yang merupakan bekalan di negeri abadi semata-mata. Adakah ilmu Allah hanya ilmu berkaitan agama semata-mata? Jawapannya ialah tidak, Ilmu yang Allah kurniakan / pinjamkan kepada kita mencakupi segala bidang. Segala-gala ilmu itu adalah kurniaan Allah Yang Maha Agung. Maka secara tidak langsungnya ianya termasuk dalam urusan ukhrawi juga. Moga-moga kita tidak menyempitkan pemikiran kita ke tahap itu.

Jika kita lihat cendiakawan-cendiakawan Islam terdahulu seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan sbgainya, mereka meneroka sains dan teknologi untuk mendapat keredhaan Allah. Dengan mencari dan menyelidik ilmu-ilmu baru yang belum pernah diterokai menjadikan mereka lebih hampir kepada our Khaliq. In other words bertambah keimanan di dada mereka kerana mereka berjaya meneroka sebahagian ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dgn memerhati dan memikir. Kebesaran Penciptaan Allah dapat mereka kagumi simultaneously dengan penemuan mereka. Subhanallah .…..

Berbalik kepada kata-kata oleh Luqman al-Haqim, biarlah ilmu yang kita cari bermanfaat kepada diri kita dan ummat Islam keseluruhannya. Terdapat 2 kategori utama ilmu; yakni ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmu yang ditegah dalam Islam ialah ilmu yang bertentangan dari syariat Islam.

Ilmu yang dikurniakan oleh Allah biarlah kita pergunakan sebaik mungkin. Dengan erti kata lain kita mengamalkannya. Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah. Jika kita memiliki setinggi mana pon ilmu jika kita tidak mengamalkannya ianya tidak bermanfaat kepada kita. Selalu guru-guru menegaskan betapa pentingnya kita mengamalkan apa yang kita pelajari dalam mencari keredhaanNya. Biarlah amal ibadah yang kita lakukan itu bertujuan untuk mendapat keredhaanNya. Janganlah kita terlalu mengejar fadhilatnya. Jadikanlah fadhilat yang dikurniakan oleh Allah itu sebagai satu insentif kepada kita hambaNya. Dalam melaksanakan tanggungjawabkita kpd Maha Pencipta keikhlasan merupakan elemen penting. Elemen ini penting untuk mendapat keredhaanNya. Sama-samalah kita berusaha untuk melakukan amal ibadah dengan sebaik mungkin agar diterima oleh Allah dan disamping itu sama-samalah kita mempertingkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi kita, kerana Allah mengurniakan kita kedua-dua nya … insyaAllah.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."(al-Qasas:77)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home