Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, April 14, 2004

HambaKu ialah siapa yang selalu mengingatiKu

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

" Sesungguhnya hambaKu itu ialah setiap orang yang mengingatiKu, diwaktu dia sedang menemui lawannya (dimedan perang) - Hadis Qudsi Riwayat Termidzi .
Orang yang sedang dalam medan perang kerana bejihad dijalan Allah itu mestilah sentiasa mengingati Allah Ta'ala, dan mengingati bahwasanya operasinya itu sernata-mata kerana menegakkan syiar Allah dan mempertahankan diri, negeri dan agamanya daripada dinodai oleh penceroboh-penceroboh yang jahat. Sebab kalau niatnya lain, atau kerana sebab-sebab keduniaan tidaklah ia dikira sebagai 'Mujahid' yang berjuang di jalan Allah. Ketika itu tidaklah ia dikira sebagai 'hambaKu', sebagaimana bunyi Hadis Qudsi itu.

Allah Ta'ala sentiasa akan berpihak kepada orang yang berpihak kepadaNya, selama niat orang itu benar dan ikhlas, tidak dicampuri maksud yang lain. Ketika itulah kernenangannya akan dijamin oleh Allah Ta'ala, dan matinya dalarn syahid, yang mana balasannya tiada lain melainkan syurga.

Bukankah Allah Ta'ala telah berfirman di dalam Al-Quran: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad: 7).

Buktinya telah jelas, jika kita meneliti sejarah Islam yang silam, di mana pihak kaum Muslimin sentiasa memperoleh kemenangan yang gilang-gernilang dalam perjuangannya di medan pertempuran. Malangnya sekarang, apa yang kita alarni adalah bertentangan sekali dengan maksud Hadis ini. Apakah Tuhan sudah berlepas tangan daripada kita? Ataukah ada sesuatu yang kita lakukan itu bertentangan dengan dasar ini sehingga kita tidak lagi tergolong sebagai 'HambaNya' yang sejati, yang patut menerima kemenangan, bukan kekalahan dan kehampaan.

Di mana-mana rantau dunia sekarang, kaurn Muslimin terus ditindas dan direndahkan. Kata bicaranya tidak dihargai lagi. Malah ada pula segolongan orang Islam yang sanggup menjadi talibarut untuk menindas saudaranya sesama Islam, atau bersepakat satu dengan yang lain untuk menjatuhkan imej kaum Muslimin, padahal Allah Ta'ala menyuruh kita supaya bersatu-padu supaya sernua kaum Muslimin itu menjadi serumpun kaum, sehingga ia ditakuti oleh pihak musuhnya. Lantaran itu hendaklah kita sedar, dan turut menyedarkan yang lain. Kepentingan diri tidak boleh menjadi halangan kepada persatuan kaum Muslimin. Selama kita terus bersatu-padu, selama itulah kita teguh dan ditakuti orang, tetapi apabila kita bercerai-berai, terlungkuplah kita dan wajarlah kita menjadi hamba kepada kaum yang lain, dan tunduk di bawah telunjuknya.

Selain medan jihdd, kita boleh berjuang juga di medan membangun masyarakat Islam di jurusan-jurusan hidupnya. Mana yang dapat kita berbakti untuk kaum sendiri, itu juga boleh dikiaskan sebagai jihad. Tetapi hendaklah semua yang kita lakukan itu kerana Allah, tidaklah sekali-kali dicampuri oleh rasa kepentingan diri, seperti inginkan pangkat, kedudukan, pujian orang dan sebagainya, supaya usaha kita itu direstui Tuhan, lalu diganjarNya dengan balasanNya yang baik, kerana tiada balasan lain yang lebih baik dari balasan Tuhan yang kekal, dan berguna pada hari yang tiada berguna apa pun selain apa yang diberikan Tuhan saja.

Telitilah baik-baik dan perbaikilah mana-mana yang telah terseleweng dari segala macam petunjukyangbenar, sehingga segala niat kita tertuju ke jalan yang benar pula.

Sumber Salinan : Analisis dan Komentar Hadis Qudsi

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home